sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 29 April 2015

Dakwaan Jentera Pemuda UMNO Tidak Turun Rompin Karut, Berniat Jahat


Ada pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan kepimpinan pemuda yang dikatakan sedang bergolak, ianya dikatakan berpunca dari fitnah terhadap '5 sekawan ' dan Pemuda Umno Johor di rompin baru-baru ini sehinggakan Pemuda Umno Malaysia dituduh dilarang membantu PRK Rompin.

Tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu kononnya jentera Pemuda UMNO tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dilihat hanyalah mainan politik semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin Datuk Mohd Johari Hussain menganggap dakwaan itu sengaja ditimbulkan bagi mengucar kacirkan hubungan baik dalam kalangan anggota parti di kawasan itu.

"Kita dengar orang bercakap (jentera) Pemuda amat perlahan, tidak aktif dan agresif. Itu semua hanya di peringkat permulaan.

"Kini kita boleh lihat Pemuda UMNO terus memainkan peranan sebagai jentera utama dalam memastikan segala gerak kerja berjalan lancar," 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman berkata selepas hari penamaan calon, 22 April lepas, Pemuda terus menggerakkan lebih 1,500 jenteranya daripada 14 bahagian untuk berkempen mendekati rakyat.

Tuesday, 28 April 2015

Lepas ' 5 Sekawan ' Timbul Pulak Kes '4 Sekawan'



Empat warga Myammar dituduh membunuh seorang rakan mereka dalam kejadian di daerah Yan, 12 April lalu, di Mahkamah Sesyen 3 Sungai Petani, semalam.

Kesemua empat tertuduh termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dituduh dengan niat menyebabkan kematian seorang lelaki yang juga warganegara Myammar, dalam kejadian terbabit.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka bersama-sama menyebabkan kematian antara jam 8 hingga 8.30 malam, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor dekat Kampung Telok Mat Acheh, Yan, Kedah.

Mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya, Hasnurliza Mohd Radzi di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 30 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Apabila ditanya sama ada kesemua tertuduh itu boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, tiada sebarang reaksi diberikan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh sebutan semula kes pada bulan hadapan bagi menunggu kehadiran jurubahasa.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 28 Mei 2015.

Monday, 27 April 2015

'Rakyat Mahu Wakil Rakyat, Bukan Wakil Suami' #PRKPermatangPauh



Kehendak masyarakat dalam PRK Permatang Pauh ialah memilih ahli Parlimen untuk mampu menjaga kebajikan mereka.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman berkata, rakyat Permatang Pauh sedang membuat pertimbangan untuk memilih wakil rakyat dan bukan wakil suami.

Beliau berkata, masyarakat memerlukan pemimpin yang mampu membela mereka selain memberi fokus khusus untuk pembangunan kawasan.

"Calon yang perlu dipilih adalah wakil yang boleh bersama dengan rakyat, berkhidmat untuk rakyat dan bantu rakyat sepenuh masa. Namun PKR menampilkan calon yang diragui kewibawaannya sama ada wakil rakyat atau wakil suami?

"Mampukah calon PKR memberi tumpuan kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan dia juga Adun di Kajang,Selangor dan terpaksa menanggung beban dengan beberapa jawatan lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pemuda Pas Boikot Kempen, PKR Berdepan Risiko



Penganalisis politik berpendapat ketiadaan jentera Pemuda Pas Pulau Pinang dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh akan memberi kesan kepada prestasi PKR.

Namun, Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan sama ada tindakan Pemuda Pas itu mempengaruhi PKR secara keseluruhan.

‎"Apabila jentera Pemuda Pas negeri tidak bergerak, saya percaya pengundi juga akan mengambil langkah, sama ada tidak keluar mengundi atau melakukan undi protes. Sejauh manakah ia boleh memberikan kelebihan kepada BN, banyak bergantung pada BN itu sendiri.‎

"Jadi, sedikit sebanyak tindakan Pemuda Pas ini akan mempengaruhi prestasi PKR. Tapi, masih terlalu awal untuk mengatakan ia mempengaruhi secara keseluruhan," katanya kepada Sinar Online.

Semalam, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang (DPPNPP), Mohd Yusni Mat Piah dilaporkan bertegas tidak akan membantu gerak kerja PR dalam PRK Permatang Pauh selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Abdul Hadi walaupun diberi tempoh sehingga hari penamaan calon.

Hari ini, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memberitahu tindakan akan diambil ke atas Mohd Yusni atas keingkaran tersebut.

Sunday, 26 April 2015

Fitnah dan Tuduhan Liar Tidak Melemahkan Jentera Pemuda


Gendang pilihanraya kecil Parmatang Pauh dimulakan semalam, kesemua jentera Barisan Nasional mula bergerak bagi menawan Permatang Pauh, hari penamaan calon semalam dihadiri oleh ribuan penyokong parti baik dari pembangkang mahupun kerajaan.

Semua sayap parti hadir memberi sokongan kepada calon muda dari Barisan Nasional, Suhaimi Hj Sabudin. Paling diberi tumpuan semalam adalah barisan kepimpinan Pemuda Umno Malaysia yang difitnah dan dituduh membuat gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.

Mereka digelar '5 sekawan' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin dan sayap-sayap dalam parti. Sebelum ini portal berita MYKMU.Net menyiarkan ada gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah, Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous Sheikh A. Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.


Laporan dan tuduhan yang berniat jahat ini di nafikan oleh mereka dan semalam jentera pemuda tetap menjalankan tugas mereka dengan baik di Permatang Pauh, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan sendiri telah diamanahkan untuk menjadi Pengarah Jentera Pemuda di Permatang Pauh. 




Kita sendiri dapat lihat ratusan pemuda hadir di hari penamaan calon dan Exco Pemuda Umno Malaysia, Armand Azha seperti biasa membawa begitu ramai anak muda dari Briget Kesatria Muda sebagai benteng kekuatan Pemuda. 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...