sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday, 22 December 2012

GEMPAQ !!!! HARAKAHDAILY SAMPAH MOHON MAAF KERANA FITNAH ?? KAH KAH KAH !!! SAMPAH !!!!


Macam tak percaya la pulak harakah boleh mohon maaf? Mungkin kali ni dia takut kena saman dengan Polis dan Zakiah (individu yang diguna gambarnya) tu kot. Kita tengok apa cerita sampai haramkah tu boleh pohon maaf.

KANGAR – ” Saya menerima panggilan dari kawan baik saya mengatakan gambar saya dan keluarga saya telah diutarakan dalam facebook milik individu tidak dikenali. Individu tersebut menggunakan akaun facebook “ Norhashimah Mohamad”.

” Jelas sekali selepas melihat akaun tersebut Itu Bukan Facebook Saya, Gambar saya telah disalah guna oleh pengodam. Saya bukan pegawai polis dan tidak pernah bekerja di bawah PDRM” Kata Zakiah Bt Musa – Pemilik sebenar gambar.

Setelah mengetahui hal sebenar saya membaca artikel yang dilihat dapat menjatuhkan maruah saya dan pihak terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia. Artikel tersebut berbunyi :-

“Saya Norhashimah Mohammad sekali lagi telah diugut oleh boss atas ditempat saya bekerja iaitu Jabatan Polis Diraja Malaysia…jika saya terus menyokong parti pembangkang, saya akan ditukarkan tempat kerja samaada ke Sabah atau Sarawak. Ugutan itu disampaikan melalui sepucuk surat yang diletakkan diatas meja saya..

Saya dengan ini menegaskan saya tidak akan berganjak walau seici pun pendirian saya terhadap sokongan saya kepada parti pembangkang khususnya parti PAS…walau diugut bunuh sekalipun..tahniah kepada boss dibalai tempat saya bertugas kerana sedia memuaskan nafsu menteri dalam negeri.

Dan disini saya ingi tegaskan ..kepada semua rakan-rakan dibalai tempat saya bertugas..semua kelakuan dan kerja buat kamu semua semasa dalam tugas..ada dalam simpanan saya..jadi kamu semua jangan nak enjoy dan rasa seronok sangat bila melihat saya mendapat warning letter…”





Selepas melihat gambar saya telah disalahguna, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis demi menjaga maruah saya dan juga pihak polis diraja Malaysia. Menyedari artikel yang dimuat turun tersebut adalah lebih bertujuan menjatuhkan kredibiliti pihak polis diraja Malaysia. Ia juga jelas membuka ruang kepada pihak parti-parti politik yang terlibat saling menuding jari dan sekaligus memberi kesan negative kepada organisasi.

Saya mengambil kesempatan bagi menafikan segala penglibatan atau penggunaan gambar dan akaun facebook dalam laman sesawang facebook. Individu yang tidak dikenali tersebut juga dilihat membuka satu akaun fan page Norhashimah Mohammad bagi memberi gambaran buruk terhadap pihak yang terlibat.


Begitulah luahan perasaan dan kebimbingan Zakiah Bt Musa pemilik sebenar gambar yang telah salah guna dalam laman sesawang facebook. Beliau yang berkhidmat sebagai jururawat desa di Rumah Seri Kenangan, Jejawi Perlis.

Beliau juga sangat berharap agar pihak berwajib menyiasat individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyalahgunaan gambar beliau yang boleh menjejaskan kerjaya beliau dan keluarga serta pihak polis khususnya.

SEMENTARA ITU, Harakahdaily.com melaporkan semakan mereka ke atas akaun Facebook yang dimilki oleh Norhashimah Mohammad ini sudah tidak ada lagi.

Harakahdaily dengan itu menarik balik berita yang disiarkan sebelum ini dan memohon maaf kepada pihak yang berkenaan termasuk pasukan polis.

GEMPAQ !!! BALAI POLIS SG.PETANI DISERBU PENDEMO EKORAN SEBARAN FITNAH ISU PERKAUMAN ??? PDRM APA KES ??




Beberapa NGO-NGO Melayu dan India serta Silat Gayong Pusaka mengadakan bantahan secara aman kepada pihak yang tidak bertanggungjawap cuba menganggu gugat kemakmuran tanah air terutamnya di Sungai Petani dengan menyebarkan Maklumat PALSU berkenaan perkauman baru-baru ini yang menyebabkan rakyat dalam ketakutan.






APJ : Sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang mahukan kemakmuran dan kesejahteraan di bumi bertuah Malaysia ni , kita tolak mereka yang mahu menghancurkan sifat kekeluargaan sesama rakyat ...

EKSKLUSIF PENUH : UCAPAN TPM DI PONDOK PAK YA !!!





Dalam lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kedah, YAB TPM telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Sekolah Agama Rakyat, Madrasah Tahfiz dan guru-guru pondok di Kedah untuk berbincang dan menawarkan kerjasama Kerajaan Malaysia bersama Sekolah Agama Rakyat di Kedah bagi di jadikanSekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan dengan tidak menganggu gugat identiti Sekolah Agama Rakyat yang telah di bangunkan pengasas-pengasas Sekolah Agama Rakyat dan Madrasah Tahfiz yang terdahulu.

Sebagai Sebuah Kerajaan yang mentadbir Negara, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf peranan yang di mainkan pengasas-pengasas Sekolah Agama Rakyat dan Madrasah Tahfiz di dalam mendidik dan mengembangkan syiar Islam di Malaysia secara mendalam.

Tujuan utama Kerajaan Malaysia menawarkan peluang kepada keseluruhan Sekolah Agama Rakyat di Malaysia di dalam menjadi Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan adalah untuk menjaga kepentingan kewujudan Sekolah Agama Rakyat supaya berterusan.

Selain itu tujuan penawaran kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam menjadi Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan adalah untuk memastikan masa depan pelajar-pelajar yang belajar di sekolah berkenaan agar mendapat keselesaan untuk belajar tentang Agama Islam dengan lebih mendalam lagi dan dapat menafaatkan ilmu yang di pelajari demi masa hadapan generasi Umat Islam yang akan datang.

Di dalam menjadi Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan peranan guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Agama Rakyat akan di beri kebajikan melalui gaji dan pembiayaan yang setimpal supaya dapat menjaminkan kehidupan para guru yang berkhidmat di Sekolah Agama Rakyat yang sebelum ini bergantung kepada pendapatan Sekolah Agama Rakyat melalui bantuan dari ahli perniagaan dan individu tertentu.

YAB TPM berharap lebih banyak lagi Sekolah Agama Rakyat akan tampil untuk berkerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk menjadikan Sekolah Agama Rakyat sebagai Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan di dalam usaha Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada sistem pendidikan di Malaysia terutamanya pendidikan Agama Islam bagi Umat Islam.

BY : PISAU KEDAH , AUPN , APJ 

EKSKLUSIF : VIDEO ORANG KUAT SEKOLAH PONDOK KEDAH BANTAI KERAJAAN NEGERI KEDAH ?? PANAS !!!! SEBARKAN !!!



Satu pendedahan yang sebelum ini kita tidak mengetahui di mana Sekolah Agama Rakyat dan Madrasah Tahfiz langsung tidak pernah di bantu Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS walau pun dalam janji manifestor PAS di Kedah pada PRU 12, sekiranya Pakatan Haram Menang, PAS akan memperjuangkan pendidikan Islam kepada anak-anak di Kedah. Namun kini janji tinggal janji setelah menjadi pentadbir di Negeri.

Dahulu PAS Kedah sering mengatakan Kerajaan Negeri Kedah yang di tadbir BN merupakan Kerajaan Negeri yang Zalim terhadap Islam dan meminggirkan pembanguna Islam di Kedah, namun setelah menjadi pentadbir tiada satu pun usaha Kerajaan Negeri pentadbiran PAS membantu pembangunan Islam di Kedah, sebaliknya apa yang berlaku adalah penumbuhan pesat pusat-pusat maksiat di Kedah sehingga membimbangkan rakyat yang beragama Islam Kedah.

Semenjak menjadi pentadbir Kerajaan Negeri, PAS sering bermegah-megah mengatakan keuntungan Kerajaan Negeri berlipat kali ganda terutamanya dari hasil pembalakan.

Tapi ke mana perginya keuntung-keuntungan terbabit di gunakan untuk membantu rakyat di Kedah ?

Di mana sumbangan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS di dalam membela dan membangunkan Islam di Kedah ?

BY : PISAU KEDAH , APJ , AUPN 

EKSKLUSIF : PAS KEDAH BERANG DENGAN BEKAS ORANG KUATNYA KERANA LAWATAN TPM DI JERAI ??



Lawatan Sambil Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kedah telah membuktikan kebajikan Kerajaan Malaysia kepada rakyat Kedah sentiasa di perjuangkan walaupun pentadbiran Kerajaan Negeri telah di tadbir Pakatan Haram.

Sempena lawatan YAB TPM ke Kedah siang tadi, TPM telah bersama dengan pelbagai pihak termasuklah lawatan beliau ke Sekolah Menengah Agama Al-Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih terkenal dengan nama Pondok Pak Ya untuk memberi sumbangan kepada 12 Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 600 Ribu serta 7 Sekolah Tahfiz yang mendapat sumbangan sebanyak RM 240 Ribu keseluruhannya.






Kehadiran YAB TPM ke Pondok Pak Ya di sambut pelajar-pelajar Pondok Pak Ya dengan iringan Selawat ke atas Nabi.




YAB TPM bergurau senda dengan Datuk Seri Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama Islam ) sambil di sambut dengan gelak tawa pewaris Pondok Pak Ya, Tuan Haji Najib Bin Haji Yahaya yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Tadbir Pondok Pak Ya ketika memberi taklimat berkenaan satu bangunan yang bakal di bangunkan Pondok Pak Ya yang memerlukan bantuan Kerajaan.




Seorang pelajar Pondok, tanpa segan silu secara terbuka telah memakai butang logo 1 Malaysia




Gambar yang paling menarik ketika dalam perjalanan ke jamuan Petang, YAB TPM berjalan sambil memimpin tangan dengan Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Muslim Osman yang kini cukup lantang mengkritik PAS setelah PAS kini di lihat menjadi alat boneka bagi parti PKR dan DAP.












Gambar di bawah merupakan gambar anak-anak Muda berkonvoi menyambut kehadiran YAB TPM ke Kedah.











BY APJ, AUPN , PISAU KEDAH 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...