sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label UMNO KEDAH. Show all posts
Showing posts with label UMNO KEDAH. Show all posts

Wednesday, 15 March 2017

UMNO Kedah Bergolak , Perebutan Kerusi PRU14 Bermula



SEMASA VIRAL ENG

Senarai calon BN Kedah bocor?

Sinar 14 Mac 2017

calon PRU

ALOR SETAR - Senarai awal calon BN Kedah bagi PRU14 kini tersebar di laman sosial dan tular sejak kelmarin.

Senarai nama itu memaparkan 15 calon parlimen dan 36 calon bagi kerusi Dun Kedah, namun beberapa kerusi Dun masih dibiarkan kosong dengan meletakkan cadangan akan dipilih Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Kerusi Dun yang masih tidak dinamakan calon ialah Lunas, Bayu, Bakar Arang, Bukit Selambau dan Anak Bukit.

Berdasarkan kepada senarai calon itu, berlaku rombakan lebih 50 peratus bagi kerusi parlimen Kedah, di mana lapan muka baharu dipertaruhkan dengan menampilkan calon muda, di Parlimen Langkawi (Nor Saidi Nanyan), Pokok Sena (Kamarol Salleh), Alor Setar (Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa), Kuala Kedah (Dr Heazar Ismail), Sik (Datuk Mohd Tajuddin Abdullah), Merbok (Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin), Sungai Petani (Datuk Shahanim Mohd Yusoff), Kulim/Bandar Baharu (Datuk Norsabrina Mohd Noor).

Manakala muka-muka lama yang dikekalkan adalah kalangan menteri kabinet dan yang memiliki pengaruh di kawasan masing-masing.

Mereka adalah Datuk Othman Aziz (Jerlun), Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Datuk Othman Abdul (Pendang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Heng Seai Ke (Padang Serai).

Tiga anggota Exco Kedah yang di canang digugurkan sebagai calon, adalah Adun Sungai Tiang (Datuk Suraya Yaacob), Adun Jitra (Datuk Aminuddin Omar) dan Adun Tanjung Dawai (Datuk Tajul Urus Mat Zain).

Friday, 25 March 2016

Video : Selagi Bernyawa UMNO Tetap Bersama Dengan Saya - @MukhrizMahathir




#Video DS Hj Mukhriz Tun Mahathir menjawab tomahan pentaksub Najib kononnya beliau mahu menjatuhkan UMNO/BN.

- Selagi darah merah yang mengalir dalam badan, memberi nyawa kepada DS Mukhriz selagi itulah UMNO tetap bersama dengan beliau.

- Sekiranya DS Mukhriz berniat mahu menjatuhkan UMNO/BN , beliau mempunyai satu peluang pada hari terakhir sebagai MB Kedah iaitu membubar DUN. Namun beliau menolak berbuat demikian (walau ada desakan) kerana ianya mengundang kekalahan UMNO/BN di Kedah..

Bagi admin, apa yang dilakukan DS Mukhriz Tun Mahathir untuk meminta DS Najib berundur adalah untuk menyelamatkan UMNO/BN dari dihukum rakyat Malaysia dalam PRU14.

Thursday, 11 February 2016

Angkara @NajibRazak Rakyat Kedah Tolak BN, PRU 14



Bekas Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin mendakwa insiden bendera BN yang dipasang secara terbalik di Kedah sebagai isyarat ‘kalih’ namun ia bukan bermaksud rakyat negeri itu menentang BN kerana menyokong parti lain.

Menurutnya, perkara itu menjadi saksi kepada pemimpin BN hari ini bahawa prinsip ‘cash is king’ (duit adalah raja) boleh dicabar di negeri tersebut.

“Hari ini seluruh Kedah memasang bendera BN terbalik kerana mereka mahu menumbangkan Najib (Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak). Seluruh Kedah mahu Najib berhenti daripada terus memusnahkan nilai dan sistem kemanusiaan bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia,” katanya dalam kemas kini status di Facebook, hari ini.

Setelah seminggu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, situasi politik Umno dan BN kini berhadapan pula dengan protes ahli-ahlinya yang didakwa sengaja menggantung bendera BN dalam keadaan terbalik di sepanjang jalan utama.

Difahamkan, tindakan protes itu dibuat sebagai tanda penolakan akar umbi terhadap pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu.

Dalam pada itu, Ainina menegaskan bahawa beliau bukan penyokong kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu meskipun dilihat seperti membelanya.

“Malah Datuk Seri Mukhriz pernah menegur cara saya berucap dalam ucapan penangguhan di mesyuarat agung perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi 8 Ogos 2015 lalu.

"Saya tidak memerlukan restu Datuk Seri Mukhriz untuk menegur Presiden kerana saya bukan pemimpin Umno. Saya rakyat marhaen. Rakyat marhaen sudah hilang sabar dengan Presiden Umno.

“Jadi, saya tidak perlu ‘consent’ dari Datuk Seri Mukhriz untuk bercakap benar bagi didengari Presiden Umno. Saya hanya bercakap bagi mewakili rakyat marhaen lain seperti saya,” katanya.

Tambahnya, tidak perlu menjadi pemimpin Umno untuk merasai denyut nadi rakyat sebaliknya menjadi rakyat biasa menjadikan dirinya lebih mulia daripada pemimpin-pemimpin yang hanyut dalam buaian kuasa dan mabuk dalam kilauan materia
l.

Monday, 10 August 2015

Jawapan Kepada Tuduhan Fitnah Terhadap DS Mukhriz


dari page Mukhriz Mahathir fc


Demi menjawab tuduhan fitnah terhadap kepimpinan Kerajaan negeri. Kami MMFC membuat poster khas utk sebaran awam di media sosial.

Kita kena ingat, fitnah yang berulang-ulang jika tidak dibendung, lama ke lamaan orang akan percaya kononnya perkara tu betul.


Jadi demi untuk menyekat fitnah dajal yang cuba meruntuhkan kerajaan. Admin minta sahabat MMFC turut membantu kami menyebarkan poster ini pada umum.

Terima Kasih..

Mukhriz Risau Suara Akar Umbi disisihkan Pimpinan Tertinggi



Dalam ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Jerai semalam. YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah menegaskan bahawa UMNO kini berada didalam keadaan kritikal dan pimpinan harus tangani isu yang berkaitan, demi untuk memperolehi semula keyakinan ahli dan rakyat pada parti keramat ini.

"Parti Umno satu-satunya parti yang mempunyai ahli cukup ramai dan mesyuarat bahagian pula diadakan setahun sekali. Oleh itu disinilah tempat kita untuk menyuarakan kegelisahan rakyat bagi membincangkan dan disampaikan kepada kepimpinan bahagian seterusnya dibawa ke peringkat pusat. Keputusan yang kita buat mestilah mendengar nadi denyut rakyat dan mengambil kira pandangan mereka".


Kata Dato Seri Hj Mukhriz yang risau jika pimpinan parti tidak ambil kisah tentang suara akar umbi.

"Kalau keputusan yang dibuat tidak menyenangi hati rakyat, maka bila tiba PRU nanti mereka akan menghukum kita. Jika hilang undi 2% pun kita akan hilang kuasa mentadbir negara. Tanya soalan tak salah, kerana pertanyaan kita itu bukan hendak menjatuhkan parti, sebaliknya untuk memperkuatkan parti". Kata beliau lagi.

Beliau menegaskan tiga perkara penting dalam ucapan semalam,

1. Jangan cuba singkirkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana beliau memenangi jawatan tersebut melalui pemilihan parti dan bukannya dilantik.

2. Jangan ada pihak yang cuba mengganggu siasatan yang sedang di lakukan oleh agensi-agensi yang berkaitan termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

3. Tan Sri Zeti merupakan seorang Gabenur Bank Negara yg disegani di peringkat antarabangsa. Jika ada tindakan yg dikenakan ke atas beliau,maka hilanglah terus kredibiliti kerajaan kita.

Kita sudah menghadapi krisis keyakinan terhadap pentadbiran. Jika kita kerap melakukan kesilapan dan perkara yang membelakangkan rakyat nescaya kita (UMNO) akan dihukum dalam PRU yang akan datang.

Sunday, 19 April 2015

Sokong PM, Sokong MB Kedah , Hormat Tun M - Umno Kedah



Sidang media Adun-Adun dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, Adun dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Kedua, mereka juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat.

Ketiga, mereka juga menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah meminta Tun Dr Mahathir memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini. Malah mereka menyokong saranan YAB PM, mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC.

Thursday, 19 March 2015

Video : Hubungan Umno Kedah Dan Umno Pusat Kukuh Dan Erat #UmnoKedah


YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berharap ahli UMNO Kedah jangan bimbang dengan perhubungan diantara kepimpinan UMNO Negeri Kedah dan UMNO Pusat. Menurut YAB, UMNO Negeri Kedah sentiasa memupuk hubungan yang amat baik dengan UMNO Pusat.

Keyakinan ini juga diberi YAB dalam sidang media beliau serta ucapan pengulungan Konvensyen UMNO Kedah 2015 setelah ada pewakilan UMNO dalam Konvensyen bertanya tentang perhubungan diantara UMNO Negeri dengan UMNO Pusat.




Video Kisah Sejarah Perjuangan Orang-orang Melayu Kedah Dalam Umno


Video Kisah sejarah perjuangan orang-orang Melayu Kedah didalam UMNO semenjak cadangan penubuhannya untuk menentang Malayan Union yang diceritakan oleh YAB Dato' Seri Hj Mukriz Tun Mahathir.

Untuk makluman, dalam surat tauliah atau piagam UMNO yang dipersetujui dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO kali yang pertama, Orang Melayu Kedah telah diwakili oleh Kesatuan Melayu Kedah dan SABERKAS.

Dalam sejarah UMNO juga tercatat, persidangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO ke 3 pada 27 Julai 1946 yang diadakan di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang, Almarhum Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah hadir sendiri bagi merasmikan mesyuarat tersebut dan tepat pukul 10.15 pagi, Almarhum telah mengetuai mengibarkan bendera UMNO yang kini dikenali Sang Saka Bangsa.



Saturday, 10 January 2015

UMNO Sik Hargai Anak-anak Pelajar Cemerlang UPSR Daerah Sik



Kemarin bertemat di Dewan Umno Bahagian Sik, Satu Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR 2014 daerah Sik telah  di sempurnakan oleh Yb Datuk Mohd Tajudin Abdullah, selaku Ketua Bahagian Umno Sik, Adun Belantek dan juga Exco Kerajaan negeri Kedah. 

Turut hadir Pegawai PPD Baling/Sik, majlis ini adalah anjuran Pejabat Umno bahagian Sik bagi menghargai anak-anak Sik yang berjaya dalam UPSR tahun lepas. Menurut Datuk Tajuddin sendiri , beliau akan berusaha untuk memberi kerjasama yang baik untuk penduduk daerah Sik agar anak-anak Sik terus berjaya dalam pendidikan. 

Beliau telah memberi peruntukkan kepada daerah sik sebanyak  Rm 20.000 setahun untuk membuat kelas-kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar disini dan berharap agar guru-guru berusaha keras bagi merialisasikan harapan kerajaan negeri untuk menduduki 5 negeri terbaik dalam pendidikan. 

Bagi penulis, sepatutnya semua daerah di Kedah ini harus mengikuti dan melakukan seperti yang Umno Sik dan juga Datuk Tajuddin lakukan di Sik, terus berusaha untuk membantu rakyat tanpa kira fahaman politik bukan hanya memilih bulu sahaja untuk dibantu. 

Friday, 4 April 2014

PANAS !!! MB @MukhrizMahathir KECAM PIHAK CONTENG BANGGUNAN-BANGUNAN UMNO DI KEDAH !!!


Kenyataan Media dari Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir mengenai tindakan khianat dan provokasi individu yang tak bertanggung jawab menconteng Bangunan UMNO negeri dan beberapa UMNO bahagian.

Kenyataan Media beliau dibaca oleh Setiausaha Kerja UMNO negeri, En Haris Che Mat kerana Dato Seri Mukhriz diluar negeri menunaikan tugas kerajaan.




KENYATAAN MEDIA

Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menconteng dinding Bangunan Tunku di Alor Setar yang menempatkan Ibupejabat Umno Negeri Kedah.

Bukan sahaja ia mencerminkan kedangkalan minda pelakunya, malah perbuatan itu menyimpang jauh dari amalan demokrasi dan budaya penuh hemah, toleransi dan saling menghormati yang sepatutnya didokong oleh semua pihak dalam berpolitik.

Perjuangan politik yang berkesan dan bermatlamat memerlukan individu-individu yang berkeperibadian tinggi, berfikiran jauh dan berpegang pada nilai-nilai sosial yang murni. Perbuatan merosakkan harta benda dan cubaan meniup api kemarahan pihak lain bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai murni tersebut malah ia juga ditegah oleh Islam.

Thursday, 30 January 2014

PANAS !! KAITKAN TUN M , PEMUDA UMNO KEDAH BIDAS RAFIZI !! @MukhrizMahathit



Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai kenyataan Rafizi mengenai justifikasi perletakan jawatan ADUN PKR Kajang

Pemuda UMNO Negeri Kedah menyifatkan kenyataan Rafizi mengheret YABHG Tun Dr Mahathir berkonspirasi ingin menjatuhkan kepimpinan negara adalah berniat jahat, kebudak-budakan dan melulu.

Pemuda Kedah percaya kenyataan ini dibuat atas situasi terdesak ataupun "desperado" dan bertujuan meredakan kemarahan penyokong parti dan ahli2 pakatan pembangkang diatas perletakan jawatan ADUN Kajang akibat krisis dalaman politik negeri Selangor yg semakin meruncing. 

Melihatkan reputasi Sdr Rafizi yg sering menipu dan mengadu domba, Pemuda Kedah menasihatkan agar pimpinan PKR pusat mengkaji semula kedudukan Rafizi kedudukan Rafizi sbg Pengarah Strategi PKR yg sepatutnya membuat kenyataan yg lebih bertanggungjawab berlandaskan fakta dan bukti2 yg kukuh. 

Pemuda Kedah juga menyifatkan perumpamaan Erdogan dan Jokowi adalah fantasi politik yg ingin disajikan kpd penyokong parti mereka dan ahli2 pakatan rakyat yg semakin hari semakin hilang kepercayaan thdp pucuk pimpinan PKR.

Thursday, 21 November 2013

BLOGGER/FACEBOOKER KEDAH DIBAKUL SAMPAHKAN BN KEDAH ?? @NajibRazak @AhmadMaslan @TengkuAdnanReal @MukhrizMahathir



Sambil menulis ni terdegar lagu Jamal Abdillah , antara bait-baitnya adalah ' dari desa ku merantau , ku memburu cita-cita , walau apa rintangannya , ku cuba mencari bahgia , keluhanku di rantauan , tak siapa mendengarkan , mungkin esok kan ku temui sinaran cinta suci '  

Aku nak ubah lirik tu jadi ' dari kota ku merantau ke desa , ku memburu ... kemenangan Barisan Nasional ... walau apa rintangannya , ku cuba memenangginya , dan akhirnya menanglah sudah .. tepi kini..... medan ini kurasa kan sepi... keluhan di rantauan , tak siapa mendengarnya .. mungkin esok ku temui sinaran cahaya suci ' ... 



SEBELUM PRU13

Aku tak nak cerita lebih pasal sebelum , kang di katakan pulak duk ungkit mengungkit !! apapun genaplah setahun aku kembali berjuang di Kedah bersama sahabat-sabahat aku dalam TMK setelah bertahun-tahun lamanya berjuang di tempat orang. Semuanya kerana sedih melihat Kedah lemah di rampas oleh Pas dahulu di tambah lagi dengan kelemahan BN Kedah.

Setahun yang aku anggap 'bolehlah' bagi kehidupan aku , sebenarnya dah lama aku nak luahkan tentang ini tapi kini keluaq jugak la.. Macam-macam aku dan sahabat-sahabat lalui ,makan , minum , lapar, dahaga , turun gunung naik gunung , redah sungai , parit longkang , redah pusat pelacuran , disko , pub dan macam-macam lagi , yang kadang-kadang hanya dibekalkan rm50-150 untuk setiap tugasan tapi kami tidak pernah persoalkan kerana apa ?? kerana mahu menangkan BN dan bongkarkann kejahilan pemerintah dahulu. itulah harga pengorbanan kami.

Monday, 23 September 2013

HOT PEMILIHAN UMNO !! HAMPIR 90 % KETUA BAHAGIAN KEDAH DICABAR !!! @MukhrizMahathir @NajibRazak #MM4VP #BeraniBerubah



Proses pendaftaran bagi pemilihan dalam bahagian Umno di Kedah hari ini menyaksikan 11 daripada 15 bahagian berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian.

Setelah proses penyerahan borang ditutup 5 petang ini, Bahagian Padang Serai menyaksikan paling ramai calon menghantar borang untuk merebut jawatan ketua bahagian iaitu enam orang manakala masing-masing tiga di bahagian Sungai Petani, Kuala Kedah, Merbok, Langkawi dan Baling.

Bahagian Kubang Pasu, Pokok Sena, Jerai, Pendang dan Sik, masing-masing terdapat dua calon menghantar borang bertanding jawatan ketua bahagian.

Sunday, 15 September 2013

HOT NEWS !!! KEDAH AKAN PERKENALKAN BARISAN CALON PEMILIHAN MINGGU DEPAN !!! TERBAIK !! @MukhrizMahathir @NajibRazak #KedahAmanMakmur


Badan Perhubungan Umno Kedah akan mengadakan majlis khas bagi memperkenalkan calon-calon dari negeri ini yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti itu bulan depan.

Pengerusinya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata perjumpaan itu akan diadakan pada 19 Sept di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini, bertujuan untuk mempertemukan calon dengan semua perwakilan dari negeri ini.

"Anggota-anggota Umno yang tawar diri bertanding di peringkat kebangsaaan akan kami perkenalkan satu persatu supaya seluruh perwakilan dari Kedah dapat mengenali mereka.

"Setakat ini yang telah nyatakan keinginan untuk bertanding bagi Majlis Tertinggi ialah yang sedia ada, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Presiden Kelab Putera 1Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kebersihan Kedah (3K) di Taman Wira Mergong, di sini hari ini.

Friday, 26 July 2013

HOT NEWS !!! ITUDIAAAA !!!! UMNO KEDAH DAH BERUBAH DAH !!!! @MukhrizMahathir JANGAN LUPA JASA PENGAMAL MEDIA SOSIAL KEDAH @tunfaisal @NajibRazak #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


Yang Apj duk tunggu-tunggu dah lama  akhirnya detik perubahan berlaku juga pada Umno Kedah yang baru saja mendapat Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang baru iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. 

Sebagai orang muda Apj mahu melihat kesegaran berlaku dalam Umno Kedah di bawah Datuk Mukhriz. Bab Umno Kedah dulu biarlah menjadi sejarah yang pastinya sekarang adalah kepimpinan Umno Kedah yang baru. 

Banyak benda yang perlu dilakukan oleh Datuk Mukhriz tentunya Apj tahu Mukhriz banyak perancangan untuk bersih dan sucikan Umno Kedah yang dulu dilihat agak memualkan. 

Buat Datuk Mukhriz , tahniah dari Apj dan jangan lupa jasa, penat lelah pengamal media sosial macam kami terutama Team Media Kedah TMK yang banyak membantu membongkar kegiatan Pas dahulu terutama kes BALAK !!! 

Apj : Raya Dah Dekat !! ARGHHHH !!! 

Wednesday, 26 June 2013

PANAS !!! Woiiii BLOGER-BLOGER !! SAPA KATA TMK NI ANAK TIRI UMNO KEDAH ?? CEHHH !! #HanyaDiKedah


Dari semalam dok kecoh para blogger semalaya tentang TMK yang dipinggirkan UMNO Kedah, mana ada kami dipinggirkan ? kami cuma tak dibawa bercuti ke Vietnam saja , 


tak di beri penghargaan saja , tak dilayan seperti blogger hebat yang Tok Bashah bela tu saja, tak diberi sedikitpun beras sumbangan untuk kami makan saja , 


Dan dan dan itu itu saja !!! Kenapa hampa duk kata yang bukan-bukan dekat UMNO Kedah ni pasai apa ? kesian kat depa penat lelah siang malam duk nak bagi BN tawan Kedah dari PAS !!! hampa ni blogger-blogger jangan kojaq sangat , bukan kami tak makan pun , cuma kadang-kadang ja tak berasa lauk sedap !! kami TMK tak apa !! Kalau bab hutang ni biasa dah hihi.. sampai naik meluat orang !! 

TMK buat keja apa la sangat , kalau takat mengadap 24jam laptop dan notebook 1 Malaysia ni hari-hari dapat apa ? takat nak tepis fitnah pembangkang ja !! itu saja !! Kalau ada operasi turun ramai-ramai plan bagi cantik ! itu saja ! Takat kes-kes besar seperti balak , kuin , kelab malam , rumah urut , pelacuran , kes salah laku pemimpin PAS Kedah apa lah sangatpun !! Kes balak bawa TV3 , tv itu ini , berita itu ini apalah sangatkan !! Takat meletup satu Malaya saja !! 



Selama berapa tahun TMK digabungkanpun sebulan takat 200 - 300 artikel saja keluar , pasal Kedah 70% ja dari artikel tu , itu saja !! Sebelum bergabung tenaga masing-masing duk bertempur secara individu saja , takat nama Kedah Ke KL , Medan Tempur , Aktivis Pendang jr , Pisau Kedah , Kamera Kupang , Aktivis Pekan Naka , Dahlia bkt lada , Duke Of Umno dan lain-lain,  mana UMNO Kedah kenaipun !! Kalau tanya Tok Bashah kang dia cakap tak kenai buat malu muka ja tanya kiiki !!! 

Setakat potong rumput , motong getah , jual tin , jual burung , jual besi buruk tu dah jadi perkerjaan tetap la ni , tapi untuk pengatahuan hampa,  yang paling hebat adalah sifat persahabatan dalam TMK , Kalau si dia sedih , si diu sudi mendengar , Kalau kedua-dua sedih , si anulah jadi pendengar , kalau semua TMK sedih , MC lah tempat mengadu !! hihihi (dia kan tok ketua) !! 

Semalam Blogger-blogger duk bantai MC dan TMK , kejam betui depa ni kat kami !! kejam kerana tak sanggup tengok TMK diperlakukan sedemikian rupa !! hihi Aku sebenarnya bangga dengan TMK , kerana mampu bertahan dan bersama susah atau senang terutama MC yang banyak bantu dan usaha untuk TMK hidup. Dia buat kami bersatu dan macam adik beradik !! bukan nak puji MC atau puji orang 'kaya' tapi itulah MC yang tak reti penat nak bantu TMK. Aku tabik lu bro !! 

Geng-geng yang duk bantai semalam terdiri daripada samseng-samseng ini SANGKAKALAJARI9 , DOUBLE Y , KULAAN NIRING , KERIS 7 LOK , KEDAH TIMES , BRADER JAI , WARTA RAKYAT , SRI KINTA , HARAPAN ESOK , TUKANG DOK PERATI , MTK , dan ramai lagi , depa bukan duk marah buta tuli tapi atas semangat persahabatan dengan TMK  depa bersuara . Secara peribadi aku nak belanja hampa makan aku pokai nih !! apapun aku hargai ingatan hampa kat TMK . 

Sedap jugak meegi dan kopi ni time-time pagi buta pukul 3 nih !! Ni bukan meegi Vietnam tau , ni meegi Malaysia punya , kopipun Malaysia punya keluaran Kedah lagi tau !! ehh lari tajuk pulak dah !! kang orang kata raih simpati pulak hihi macam-macam manusia nikan !! 

Walaupun dikatakan benggong dan macam-macam lagi kerana bantu UMNO Kedah tapi UMNO Kedah tak pandangpun dan kami sebenarnya bangga dengan diri sendiri kerana usaha dan perjuangan ni berbaloi dengan kembalinya Kedah pada pangkuan BN . Walaupun tiada penghargaan tapi kami tetap harunggi bersama susah, senang , suka duka dan macam-macam lagi !! 

Sekarang ni MB Kedah dan barisan Exco yang mantap buat kami anak-anak Kedah dan pejuang marhean bangga sebenarnya  tapi jika ada benda yang aku rasa perlu aku tegur di arena blog ni aku akan tulis .

Buat sahabat-sahabat dalam TMK sebuah lagu untuk kita semua , ingat blogger-blogger tu ja boleh bagi lagu , cehh !!! 





Saturday, 22 June 2013

TUDIAA !!!! SPEAKER DUN !!! HEBAT TOK ZAI PENDANG DAN PAK LANG MIE YANG KU KENALI #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Datuk Azmi Che Husain akan dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Kedah bagi membantu Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Md Rozai Safian yang akan dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri

Pemilihan kedua-dua tokoh tersebut merupakan satu gandingan mantap berdasarkan pengalaman yang mereka miliki semasa menjadi pembangkan pada sesi DUN yang lepas. Selain untuk memastikan perjalanan sidang DUN yang lancar mengikut peraturan dan undang-undang.

Mereka akan mengangkat sumpah ada 23 Jun ini, yang juga merupakan hari perasmian sidang Dun pertama selepas pilihan raya umum ke-13.

Dua orang tokoh dan berpengalaman yang Apj hormati , Datuk Rozai pernah membantu memberi sumbangan peribadi tatkala satu ketika bertarung dengan nyawa di hospital. Hanya dia yang tampil dan yang lain hanya pandai bercakap , pernah membantu seorang seorang ketua cawangan mengantikan bumbung rumah yang reput tetapi dimaki hamun orang lain kerana bantuan tersebut tapi itulah seorang ketua , sanggup dimakihamun demi rakyat dan banyak lagi bantuan yang Tok Zai berikan walaupun tiada liputan. 

Dan yang kedua adalah Datuk Che Azmi yang banyak membantu TMK dalam operasi gunung Inas dahulu , sikap mudah mesra dan tidak tinggi diri buat diri ini kagum. Mana mungkin boleh TMK jayakan operasi Gunung Inas tersebut jika beliau tidak membantu. 

Tahniah sekali lagu kepada dua pemimpin ini. 

Tuesday, 18 June 2013

PANAS BONGKAR !!! ANGKARA SYAITAN PAS DULU !!! KUIN TENAT !!! #HanyaDiKedah


Kerajaan Kedah terpaksa menanggung perbelanjaan dan membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd, walaupun anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu sepatutnya menjana pendapatan sendiri.

Tak pernah dengar KUIN untung selepas Pas menawan Kedah. Malah semakin hari, semakin banyak pula masalah yang dihadapi!

Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata kerajaan negeri terpaksa menanggung kos berkenaan buat sementara waktu sehingga satu keputusan mengenai status Insaniah Holding dibuat dalam tempoh terdekat.

"Masalah gaji kakitangan Kuin yang sebelum ini selalu lewat dah selesai. Cuma ada sikit lagi melibatkan gaji staf.

"Sepatutnya syarikat Sdn Bhd ni meniaga, takkan kita nak bayar sebab staf tidak terikat dengan pengambilan kerajaan," katanya lagi.

Beliau mengulas perkembangan terkini Kuin ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pelajaran Mara dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.

Tajul Urus berkata, bagi belanja mengurus serta membayar gaji dan elaun lebih 100 kakitangan Insaniah Holdings sahaja, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan kos lebih RM0.5 juta setiap bulan.

"Insaniah Holdings sepatutnya bukan di bawah tanggungan kerajaan negeri kerana ia adalah cabang perniagaan Kuin, tapi kita faham masalah kakitangan Insaniah Holdings ni.

"Pihak saya kini sedang menyusun untuk mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin dalam masa terdekat untuk bincangkan masalah ini, sama ada nak teruskan Insaniah Holdings ini atau ubah suai, ambil alih atau tutup terus," katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan kononnya kerajaan negeri ingin menswastakan Kuin, beliau berkata tidak pernah ada sebarang keputusan mengenai tindakan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin supaya kolej universiti itu dapat bergerak lancar dan menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka khususnya di negeri ini.

Sunday, 9 June 2013

HOT !!! @MukhrizMahathir SEDIA TUNGGU 6 BULAN LAGI !!!! APA LAGI NAK !!!

Mukhriz sedia tunggu MCA 6 bulan lagi

Mukhriz sedia tunggu MCA 6 bulan lagi

ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedia memberi tempoh hingga enam bulan kepada MCA mengemukakan jawapan berhubung tawaran jawatan Exco kepada wakilnya setelah kepimpinan pusat menetapkan tidak menerima sebarang jawatan.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berharap dalam tempoh berkenaan satu jalan penyelesaian dapat dicapai dan jika masih belum ada perubahan kemungkinan perlu membuat keputusan lain.

Menurutnya, portfolio sepatutnya diberikan kepada wakil MCA disandangnya untuk sementara waktu dengan dibantu rakan lain bagi memastikan segala program dirancang berjalan lancar.

“Sehingga kini kita tidak mengambil sebarang tindakan lain selain hanya terus menunggu kerana tetap menghormati keputusan salah satu parti komponen BN.

“Apa pun kita berharap keputusan menang-menang bagi semua pihak dapat dicapai,” katanya kepada media ketika meraikan kunjungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di pejabatnya, Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Sinar Harian pada 15 Mei lalu melaporkan kerajaan negeri tetap menawarkan jawatan exco kepada wakil MCA meskipun kepimpinan pusatnya menetapkan tidak akan menerima sebarang jawatan ekoran prestasi buruk dalam PRU13.

Berikutan itu, satu kuota jawatan berkenaan yang sepatutnya diserah kepada MCA dikosongkan buat sementara waktu sehingga pihaknya mendapat maklum balas daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mukhriz berkata, portfolio yang ditawarkan kepada MCA ialah jawatankuasa alam sekitar, hal ehwal masyarakat Cina, kesihatan dan perpaduan. SINAR 

APJ : CONTOH PEMIMPIN TERBAIK SEPERTI MUKHRIZ MAHATHIR 

Saturday, 8 June 2013

GEMPAR !! LA AHMAD BASHAH NAK LEPAS JAWATAN PULAK !!!

Ahmad Bashah sedia lepas jawatan



ALOR SETAR - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bersedia melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah jika diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berkata, kedudukannya itu diserahkan kepada presiden parti atau majlis tertinggi untuk membuat keputusan.

“Saya tengok selepas pemilihan parti, jawatan itu akan diputuskan oleh presiden dan kemungkinan ada perubahan. Saya memahami di mana-mana pun keadaan itu berlaku.

“Saya memang dari dulu lagi bersedia, kita mesti memahami kedudukan bila semuanya sudah selesai selepas pemilihan di peringkat bahagian dan menteri besar pun kita ada.. jadi saya bersedia,” katanya kepada media selepas sambutan ulang tahun pertama kelahiran cucunya, Ameer Farish Fairuz di kediamannya, di sini semalam.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata, berkata Umno Kedah bersetuju jika parti mengambil langkah mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan kali ini.

“Saya amat bersetuju supaya kedua-dua jawatan itu tidak ada pertandingan. Kita harus kekalkan presiden dan timbalan presiden agar mereka terus menjalankan tugas dan tanggungjawab memantapkan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita perlu tunjukkan perpaduan dalam Umno selepas PRU13 dan ia mesti berada dalam keadaan kuat. Jika berlaku pertandingan jawatan berkenaan, sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan kekuatan kita,” katanya.

Ditanya cadangan untuk mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden kemungkinan akan dikecam pembangkang, Ahmad Bashah berkata, mereka (pembangkang) tidak perlu masuk campur hal dalaman Umno.

“Kalau mereka kata langkah ini sebagai diktator, mereka lebih dahsyat lagi diktatornya. Jadi mereka tak boleh tuduh apa-apa kerana ini hak Umno dan kita buat keputusan untuk kepentingan parti.

“Saya akan bawa usul ini dalam mesyuarat perhubungan negeri untuk kita buat keputusan dan minta rakan-rakan dalam parti bersetuju,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata jawatan presiden dan timbalan presiden Umno wajar dipertandingkan pada perhimpunan agung Oktober ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, jawatan itu perlu dipertandingkan kerana Umno mengamalkan demokrasi.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...