sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label INDIA. Show all posts
Showing posts with label INDIA. Show all posts

Monday, 15 July 2013

GEMPAR !!!! BARU 2 BULAN TADBIR KEDAH , KERAJAAN PIMPINAN MUKHRIZ DAH BIKIN HAL !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur

HARI THAIPUSAM BAKAL DIISYTIHAR CUTI UMUM BAGI NEGERI KEDAH



Salah satu daripada manifesto aku janji BN Kedah pada PRU13 lalu akan ditepati dengan Kerajaan Kedah akan mengotakan janjinya iaitu mengisytiharkan cuti umum bagi Hari Thaipusam di negeri Kedah. Satu beri yang mengembirakan rakyat Kedah terutama rakyat yang berbangsa India di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco Kerajaan Negeri yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita berhasrat kerana Thaipusam sama dengan Deepavali jugak iaitu perayaan keagamaan. Saya ingat dah sampai masa dah Thaipusam dijadikan sebagai cuti umum kepada Kedah kerana negeri ni ramai (masyarakat India)..lebih 100 ribu masyarakat India..dekat-dekat 200 ribu masyarakat agama Hindu di Kedah.” Katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Pertubuhan Sri Ramak Rishna di Jalan Alor Semadom, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan tersebut, Mohd Rawi berkata, beliau akan membawa permohonan yang dikemukakan oleh pertubuhan itu untuk perhatian kerajaan negeri.

Pertubuhan tersebut memerlukan dana berjumlah RM40,000.00 bagi menyiapkan bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Apj : Kena kerja keras lagi , banyak lagi janji perlu ditepati . Apapun terima kasih Kerajaan BN Kedah. 

Friday, 31 May 2013

PANAS !!!! POLIS JOHOR SIASAT GURU CINA DAP HINA MELAYU DI GELANG PATAH !!!

Kes yang menjadi kemarahan rakyat Malaysia pada seorang guru di Gelang Patah baru-baru ini telah di siasat Polis Johor. Sikap biaDAP guru ini yang begitu rasis hasil ajaran DAP ini sememangnya layak dibawa kemuka keadilan kerana boleh mencetus pergaduhan antara kaum di Negara ini.

Kes itu boleh dibaca disini

Polis Johor semalam telah menerima laporan berkenaan kes ini dan sedang menyiasat dan jika benar guru tersebut akan didakwa atas Akta Hasutan.

Kes ini APJ tidak terperanjat kerana bukan takat di Gelang Patah sahaja berlaku perkara ini , di Selangor dan Penang juga berlaku. Sikap kurang ajar dan rasis pada Melayu seperti yang diajar oleh DAP ini akan satu hari nanti menjadi barah dan bahaya kepada keselamatan negara ini.

Selepas 2008 pemimpim politik terutama dari DAP begitu kuat memainkan sentimen perkauman sehingggakan pada satu masa boleh mencetus pergaduhan kaum. Sikap kurang ajar ni APJ yakin jika tidak dibendung satu lagi malapetaka besar bakal mengundang kaum-kaum di Malaysia ini.

Semoga guru biaDAP di Gelang Patah ini dikenakan hukuman berat agar tiada lagi pihak berani bermain api perkauman.

Tuesday, 21 May 2013

NAJIB SERIUS NAIK TARAF MASYARAKAT INDIA !!!! TERBAIK !!! TANDA PENGHARGAAN TERHADAP MEREKA !!!

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Pelantikan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri jelas menggambarkan komitmen dan betapa seriusnya kerajaan meneruskan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

Buat pertama kali, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa seorang wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India ke Kabinet bagi membantu membawa perubahan positif dalam kedudukan sosioekonomi masyarakat India.

Hindraf, yang sebelum ini menentang kerajaan, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Barisan Nasional pada 18 April, dengan enam perkara utama, bertujuan bagi membawa masyarakat India yang miskin ke dalam arus perdana pembangunan negara.

Seorang pensyarah kanan HELP University, Dr K Harikrishan berkata, kerajaan beri perhatian serius berhubung dilema masyarakat India dan berharap dengan pelantikan Waythamoorthy, ia akan memastikan semua masalah yang melanda masyarakat itu dapat diselesaikan.

Beliau berkata, masyarakat itu terutama generasi muda mahu melihat perubahan yang kekal dalam isu kerakyatan dan juga peluang pekerjaan dan perniagaan, yang sebelum ini diabaikan.

“Dengan pelantikan ini, kita berharap Waythamoorty akan berpegang dengan janji-janjinya bagi membawa gelombang harapan baru kepada masyarakat India. Hari ini keseluruhan tanggungjawab terletak di bahunya dan MIC bagi memastikan semua janji-janji ditunaikan,” katanya.

Pelantikan itu menerima kritikan daripada pelbagai individu, terutama Uthayakumar, yang mendakwa sebagai pemimpin Hindraf, dengan mengkritik adiknya Waythamoorthy kerana menerima jawatan Kabinet dan merujuk beliau sebagai oportunis politik.

Sabtu lalu, Waythamoorthy berkata, beliau akan fokus masalah dihadapi masyarakat India seperti pekerja ladang yang tidak mendapat pembelaan, mereka yang tidak mempunyai taraf warganegara, pendidikan serta peluang perniagaan dan pekerjaan.

Bagaimanapun, penasihat Hindraf, N Ganesan, mengecam kritikan itu sambil berkata, Najib memerlukan individu atau pertubuhan bagi membawa transformasi diperlukan bagi masyarakat India.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, Waythamoorty kini mempunyai tanggungjawab besar bagi menterjemahkan semua yang tersenarai dalam rangka rancangan menjadi tindakan.

“Saya percaya mereka yang kembali menyokong BN akan memerhati dengan dekat rancangan dan pencapaiannya. Saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab wakil masyarakat India untuk memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan masyarakat minoriti termasuk tugas yang diberikan di bawah unit khas bagi memantau dasar-dasar berkaitan masyarakat India.

Ketua Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya Prof Dr S Kumaran berharap pemilihan enam wakil masyarakat India, yang dikehendaki masyarakat itu, akan menyumbang kepada kejayaan bagi membawa masyarakat itu ke peringkat lebih tinggi.

“Pelantikan Waythamoorthy tidak dijangka. Jadi, beliau perlu bijak menggunakan peluang ini untuk menunjukkan dedikasinya bagi membangunkan masyarakat India supaya mereka dapat terus mempercayai beliau sebagai tunggak kepimpinan pada masa depan,” katanya.

Pelantikan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang, Datuk Dr J Loga Bala Mohan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pula diharap membawa penambahbaikan dan perubahan kepada kehidupan masyarakat India, bersama empat wakil MIC. - Bernama

Wednesday, 15 May 2013

SEBUAH LORI BAWA PENYAPU DAN BENDERA DAP DI KESAN !!! NAK HALAU MELAYU LAGI KA NI ??? MOHON AMBIL TINDAKKAN !!!








PRU-13 cuba dijadikan pemangkin untuk mencetuskan semula motif sebenar 13 Mei 1969 iaitu pengambilalihan tampuk kuasa di negara ini dan merubah segala-gala yang tersurat iaitu MELAYU, BAHASA KEBANGSAAN, ISLAM dan RAJA-RAJA MELAYU kepada sesuatu yang merek anggap sebagai BUKAN RASIS iaitu penghapuskan semua yang berkaitan keempat-empat perkara berkenaan.

Nampaknya sudah ada yang cuba mengibarkan masalah tersebut menerusi perbuatan yang amat menjengkelkan.

Sebuah lori dikesan mengibarkan bendera DAP dan meletakkan sebatang PENYAPU sebagaimana yang berlaku pada tahun 1969 di Pulau Pinang.

Apa sebenarnya motif pemandu dan pemilik lori berkenaan?

Adakah ianya bertujuan untuk membangkitkan kemarahan dan kemudian tercetuslah kekacauan yang akhirnya berjaya mencapai matlamat tertangguh 1969?

Tidak adakah peraturan yang melarang penyebaran simbol-simbol sebegini di Malaysia? Tidak adakah penguatkuasaan daripada pihak berkuasa Malaysia untuk menghalang rakyat dan penduduknya daripada mencari fasal untuk pertumpahan berdarah?

DARI

Tuesday, 14 May 2013

PANAS !!! RAKYAT MALAYSIA DAH PEBETULKAN BENDERA YANG DITERBALIK OLEH KAUM BIADAP DAP !!! HIDUP MALAYSIA !!!


Pada kaum biaDAP yang terbalikkan bendera Malaysia , kami Rakyat Malaysia dah pebetulkan balik bendera Negara Kami . 

SAYA PILIH MALAYSIA 


Korang KAUM BIADAP ni tau ka lagu Negara Malaysia ?

Wednesday, 8 May 2013

VIDEO PANAS !!! LAGI KAUM CINA DAP HINA RAKYAT MALAYSIA KERANA WARNA KULIT !! NASIB BAIK TAK KENA LEMPANG DENGAN RAKYAT MALAYSIA !!! PERGI BALIK LA !!!! #PRU13 #GE13


BOLEH CAKAP MELAYU , CINA DAN ORANG PUTIH TAPI KAUM BIADAP NI TUDUH JUGAK BANGLA , CELAKA LAHANAT LA KAUM BIADAP NI !!! 

LEPAS NI MINTA KERAJAAN BUAT IC BARU , DAN SEBELUM BAGI IC WAJIB KENA CAKAP MELAYU , RUKUN NEGARA DAN MENYANYI LAGU NEGARAKU BARU DAPAT IC !!!


APJ : BOS AKU DULU BERBANGSA CINA DI PJ LANGSUNG TAK RETI BAHASA MELAYU , AGAK-AGAK DIA PANDAI KA MENYANYI LAGU NEGARAKU ??

JIRAN AKU BINI LANGSUNG TAK PANDAI CAKAP MELAYU , AGAK2 DIA PANDAI DAK MENYANYI LAGU NEGARAKU ???

LAIN KALI HORMATI SEMUA KAUM TAK KIRA APA JUA WARNA KULIT WAHAI KAUM DAP !!!! 

Monday, 11 February 2013

PERPADUAN !!! MELAYU DAN RAKAN MELAYU DI MALAYSIA !! MASIHKAH KAMU INGAT WAHAI RAKAN-RAKAN MELAYU MALAYSIA ??

Presiden MIC Dato' VT Sambanthan di Dewan Rakyat pada tahun 1965 kepada orang Melayu

” Jika kita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.

“Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu.
Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

” Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”
” Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

” Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia?

“Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

BERCERITA TENTANG MELAYU DAN SAHABAT MELAYU DI MALAYSIA !!! WE LOVE MALAYSIA

INI FAKTA BUKAN AUTA..BUKTI MASYARAKAT INDIA MENYOKONG KEPIMPINAN PA DAN BARISAN NASIONAL ...


Zalim sungguh Kerajaan Barisan Nasional sehingga sanggup membuat perkara-perkara yang aku rasa Pakatan Rakyat tak mampu buat dan takkan Pakatan Rakyat buat jika mereka dapat memimpin Negara ini jika mereka menag pada Pru13 akan datang sama sama kita nilaikan apakah perjuangan ini ZALIM KEPADA RAKYAT atau sebaliknya

Berikut ialah intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
* RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
* RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
* RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
* Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
* RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
* RM9 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
* RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
* Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
* RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
* RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
* Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
* Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
* RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
* Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
* Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
* Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.
* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015.
* Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama.
* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang".
* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta.
* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.
* Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman.
* Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000.
* RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.
* Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta.
* Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250.
* Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
* Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun.
* 100 Pusat Internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan peruntukan RM150 juta.
* Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang mana bayaran setengah bulan akan dibuat pada Dis 2012, manakala setengah bulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.


Saturday, 22 December 2012

GEMPAQ !!! BALAI POLIS SG.PETANI DISERBU PENDEMO EKORAN SEBARAN FITNAH ISU PERKAUMAN ??? PDRM APA KES ??




Beberapa NGO-NGO Melayu dan India serta Silat Gayong Pusaka mengadakan bantahan secara aman kepada pihak yang tidak bertanggungjawap cuba menganggu gugat kemakmuran tanah air terutamnya di Sungai Petani dengan menyebarkan Maklumat PALSU berkenaan perkauman baru-baru ini yang menyebabkan rakyat dalam ketakutan.






APJ : Sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang mahukan kemakmuran dan kesejahteraan di bumi bertuah Malaysia ni , kita tolak mereka yang mahu menghancurkan sifat kekeluargaan sesama rakyat ...

Wednesday, 19 December 2012

TERKINI : GAMBAR ANTARA MEREKA YANG PARAH AKIBAT 'RUSUHAN KAUM ?? PDRM JAWAB !!!

'
Ni antara gambar-gambar yang dikatakan mangsa kejadian rusuhan kaum di Sungai Petani . 





blog Labi- Labi telah mengeluarkan entri berkaitan isu berkenaan.


Sebelum kita berprasangka yang bukan- bukan terhadap penganut agama lain, seharusnya diingat bahawa perlakuan yang ditampilkan sebahagian individu ini bukanlah mewakili keseluruhan mereka.

Ikuti artikel yang dikeluarkan blog tersebut;

Kejadian pergaduhan teruk antara golongan Pelampau India daripada Geng 35 dengan orang Melayu Islam di Sungai Petani. Khabarnya Geng 35 telah mengugut untuk membakar masjid dan surau. Beberap aanggota polis Melayu telah dibelasah oleh anggota Geng 35. Perintah darurat telah dikeluarkan oleh Polis dan FRU di kawasan tersebut. Mohon bersatu! Umat Islam digesa jangan bertindak terburu-buru, dan mengikut arahan polis agar peristiwa buruk tidak berlaku.

Kat bawah ni antara berita yang tersebar ..



Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan 
kes serangan kongsi gelap india 35 melakukan serangan perkauman 
di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap kaum melayu & ancaman 
serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik 
Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04-
4222222..Jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar 
khabar angin.Kekalkan perpaduan antara kaum

APJ : PIHAK PDRM TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN MEDIA SEPERTI DI SINI

TERKINI : PERGADUHAN DI DAERAH KUALA MUDA , PDRM BERI KENYATAAN MEDIA !!!


PERHATIAN :
PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) ,

MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .
PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA .

Monday, 17 December 2012

CERITA PANAS : SHAH RUKH KHAN MAHU JADI SEPERTI TUN M !!! TUDIAAA JOM TENGOK


SRK mengaku dia mahu mempunyai pemikiran luar biasa seperti yang dimiliki oleh Tun Mahathir. Dia begitu mengagumi Tun Mahathir.


WALAUPUN sudah berusia 87 tahun, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi idola kebanyakan rakyat Malaysia. Jasa beliau selama 20 tahun mentadbir negara sentiasa dikenang oleh masyarakat.

Demi menghargai jasa Tun Mahathir yang merupakan salah seorang pelanggan setia butik mereka, Lord's Tailor telah mengadakan sebuah majlis ulang tahun yang dihadiri oleh 200 tetamu VVIP dan selebriti di Hotel Le Meridien, KL Sentral, Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu.

Selain itu, pihak Lord's Tailor juga membuat kejutan kepada Tun Mahathir dengan membawakan aktor tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan sebagai 'hadiah' kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu.

Sementara menunggu kehadiran Shah Rukh Khan, majlis diserikan dengan persembahan penyanyi kegemaran Tun Mahathir, Datuk Yusni Hamid serta Amanda Imani dan seorang penyanyi India, Dr. Burns sebagai pembuka tirai majlis tersebut diiringi muzik Datuk Mokhzani Ismail.

Shah Rukh Khan yang tiba sejam selepas majlis bermula terus memberi penghormatan kepada Tun Mahathir dengan menyanyikan lagu Happy Birthday dan Kuch Kuch Hota Hai yang katanya khas buat mentornya itu.

“Saya amat mengagumi Tun Mahathir dan beliau merupakan mentor serta inspirasi terbaik buat diri saya.

“Sejak mengenali beliau 15 hingga 20 tahun lalu, saya sentiasa mencuba untuk mempunyai pemikiran luar biasa sepertinya dan mengikut falsafah yang dimiliki beliau.

“Mereka (Tun Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah) juga sangat sukakan saya, jadi saya tidak boleh menolak dan perlu juga berada di sini untuk menyambut majlis ulang tahun yang ke-87 beliau.

“Paling penting, saya juga mahu mengambil restu dari mentor yang juga rakan baik saya ini,” ujar bintang tersohor Bollywood yang mendapat gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka beberapa tahun lalu itu penuh teruja.


SRK mendendangkan lagu Kuch Kuch Hota Hai khusus buat Tun Mahathir.


Shah Rukh Khan yang juga digelar SRK membuka rahsia, setiap tahun, dia pasti tidak akan ketinggalan dan meluangkan masa untuk bertemu Tun Mahathir beberapa kali setahun.

Sementara itu, sepanjang majlis berlangsung, Tun Mahathir sentiasa mengukir senyuman dan kelihatan gembira.

Beliau juga amat berterima kasih di atas kehadiran aktor tersebut serta tetamu yang sudi hadir meraikan hari ulang tahunnya yang jatuh pada 10 Julai lepas.

“Terima kasih kepada Shah Rukh Khan yang sudi meluangkan masa terbang dari London untuk bersama-sama raikan majlis ulang tahun ini,” ujarnya.

Tun Mahathir kemudian secara berseloroh memberitahu: “Saya ingin berkongsi rahsia untuk sentiasa kekal muda. Sambutlah ulang tahun dua kali setahun seperti saya.

“Secara tidak langsung juga, anda akan dapat banyak hadiah dan saya berterima kasih kepada bapa saya kerana dia telah fikirkan perkara ini secara ke hadapan.”

Antara tetamu selebriti yang turut meraikan ulang tahun idola kesayangan ramai tersebut ialah Datin Paduka Umie Aida dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Esma Daniel dan isteri, Eja dan suami, Sofea Jane dan Fizz Fairuz.

SUMBER : KOSMO

EKSKLUSIF !!! VIDEO BARUA MAT SABU HINA BANGSA MELAYU DAN INDIA !!! KURANG AJAR !!!







APJ : MAKIN HARI MAKIN KURANG AJAR MAT SABUN CAP PELACUR NI !!! MACAM NI KA PEMIMPIN PAS ??? BUAT ORANG BENCI BUKAN LAGI DEKAT DENGAN PAS !! CUBA NIK AZIZ PECAT MAT SABU , MAU KENA SONDOL NIK AZIZ DENGAN SABU NI !!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...