GUAN ENG TOKONG
Krisis dalaman Pakatan Rakyat di Pulau Pinang makin teruk apabila tv3 menyiarkan bukti perbualan talifon timbalan Ketua Menterinya baru-baru ini. Dengan tersiarnya rakaman itu maka terbuktilah bahawa penafian timbalanya sebelum ini adalah sebuah helah untuk menutup malu atau 'cover line' demi masa depannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Perkataan Guan Eng sombong, angkuh dan macam tokong memang terbukti keluar dari mulut timbalannya itu. Bagai disambar petir , setiap kali diajukan soalan berkenaan kepada Guan Eng mukanya menjadi merah dan menukar topik atau seperti di parlimen semalam, Guan Eng menyalahkan tv3 dengan berkata sekali menipu dan putar cerita.
Sekarang ni masa akan menentukan nasib timbalannya itu, sudah pasti dengan sikap Guan Eng yang begitu angkuh dan sombong timbalannya pasti mendapat balasan akibat kata-kata itu.
Selepas ini walaupun beribu penafian mereka, rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang sudah muak dengan sikap mereka yang berebut kawasan dan selalu bergaduh, sudah pasti jika apa-apa berlaku, Guan Eng dengan hanya memerlukan 2 kerusi dun untuk tubuh kerajaan sendiri tidak takut untuk bertindak.
Kita akan tunggu nasib si Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ini.
DAP RASIS
No comments:
Post a Comment