PULAU PINANG 18 Jan. - Kira-kira 10 orang wakil ahli Persatuan Muka Buku Pulau Pinang (PMBPP) membuat laporan polis malam tadi berhubung satu gerakan yang dikesan mengedarkan kitab Bible versi bahasa Melayu kepada pelajar sekolah termasuk pelajar beragama Islam.
Pengerusinya, Salleh Ismail berkata, pihaknya mahu satu siasatan lengkap dibuat terhadap gerakan itu yang dilihat sengaja mahu menimbulkan ketegangan agama di antara rakyat berbilang kaum di negara ini.
Tegasnya, tidak sepatutnya kegiatan berkenaan dilakukan terutamanya di hadapan sekolah dan melibatkan pelajar beragama Islam.
"Kami berharap pihak berkuasa akan menyiasat ini kerana ia melibatkan iman umat Islam, terutamanya generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Jelutong balai polis semalam.
Beliau menjelaskan bahawa aktiviti itu melanggar Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain, apa-apa doktrin atau kepercayaan kepada umat Islam. - Bernama
1 comment:
Untuk merosakan serta cuba menjatuhkan agama lain, sanggup islam ini menabur fitnah dan membuat wayang yg kononnya Alkitab diedarkan dengan cara sembarang macam ini? Alkitab atau Bible adalah kitab suci utk umat Kristian seperti juga quran utk org islam. Mana mungkin kami edarkan begitu sahaja kpd mereka yg mungkin akan merosakkannya atau mengotorkannya? Contohnya, berani ka kamu (islam) memberikan quran kamu kepada saya begitu saja? Tentu tidak kan? Sebab prasangka kamu ialah saya mungkin tidak akan menghormatinya serta mengotorkannya. Sudah2 la mau menipu tu, bagus jaga iman dan agama sendiri.
Shalom
A.Francis. Tawau, Sabah
Post a Comment