sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 18 June 2013

GEMPAR !!! PELAKON CUN NELYDIA BERBIKINI DI PANTAI ?? PANAS !!!



KECOH apabila sekeping gambar pelakon muda, Nelydia Senrose yang kononnya memakai bikini telah dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Gambar yang mengundang spekulasi itu telah dirakamkan di Pulau Tioman sempena percutian bersama keluarganya dan tanpa disengajakan telah mencetuskan reaksi negatif peminat bintang drama Setia Hujung Nyawa itu.

Mengulas spekulasi yang timbul kata pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, dia menafikan bahawa pemilik sebahagian sosok badan dalam gambar itu adalah dirinya.

Sebaliknya, ujar figura yang dikenali dengan nama ringkas Nely itu, dia sendiri yang merakamkan gambar itu dan tujuan utamanya untuk menunjukkan pemandangan di sebalik badan wanita berbikini itu.

Kosmo! bertemu dengan pelakon kelahiran negeri Kelantan itu sempena majlis penayangan rancangan menarik Ramadan dan raya Media Prima di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mendapatkan kenyataan lanjut. Ikuti temu bual berikut.

Kosmo!: Timbul reaksi negatif baru-baru ini berkenaan sekeping gambar Nely berbikini di Pulau Tioman. Mungkin Nely ada penjelasan tersendiri?

NELYDIA SENROSE: Demi Allah itu bukan saya. Subjek utama gambar itu adalah pemandangan di depan. Kebetulan ada seorang gadis warga negara asing berada di depan saya dan secara tidak sengaja dia pun termasuk sama dalam gambar saya. Orang ingatkan itu saya tapi sebenarnya bukan. 



Bagaimanakah Nely dimaklumkan mengenai hal itu?

Pengarah Ahmad Idham menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan akan cerita yang timbul. Saya tidak terfikir untuk kaburkan imej gadis berbikini itu kerana merasakan tiada apa-apa isu pun yang akan timbul. Saya diberitahu gambar itu telah menjadi kecoh kurang sejam saya memuat naik.

Mungkin Nely tahu tapi sengaja memuat naik gambar itu untuk mencetuskan kontroversi?

Sudah tentulah tidak. Kenapa saya perlu memalukan keluarga saya untuk perkara sebegini? Kita tahu orang sekarang pandai menilai, buat apa kita hendak buat perkara yang bukan-bukan. Ini cuma sekeping gambar yang lain disampaikan lain yang diterima.
Apakah tujuan Nely ke Pulau Tioman ketika itu?
Untuk bercuti dengan keluarga sempena musim cuti persekolahan. Cuba fikirkan ketika musim cuti sekolah, amatlah mustahil untuk saya memakai bikini. Pergi pun dengan rombongan guru-guru, jadi kalau saya buat kuranglah rasa hormat saya kepada mereka. Fikir logik pun tidak akan saya memakai sebegitu.
Adakah Nely akan berbikini sekiranya berada di tempat lain selain Malaysia.
Tidak sama sekali. Saya menjaga bahagian tubuh badan saya.
Adakah Nely mengambil keputusan untuk mengeluarkan gambar itu daripada akaun Instagram?
Tidak. Kenapa saya perlu berbuat sebegitu kerana itu bukan saya.
Bagaimanakah reaksi keluarga dan teman lelaki anda (Qi Razali)?
Mereka terkejut dan bertanyakan hal itu kepada saya sendiri untuk pengesahan. Mama pun tahu saya tidak akan memakai bikini untuk tatapan orang. Qi pun tahu itu bukan saya dan percayakan saya.
Bagaimanakah perkembangan hubungan Nely dan Qi sekarang?
Alhamdulillah kami masih berkawan baik. Dalam keadaan yang okey. Buat masa sekarang tidak berani merancang apa-apa, biar ia datang dengan sendirinya.
Apakah perkembangan terkini Nely?
Saya baru saja selesai menjalani penggambaran filem arahan Ahmad Idham, Cinderella dan sibuk di lokasi drama bersiri Syurga Tanpa Bidadari, yang akan ditayangkan di TV3 mulai 14 Ogos nanti. Saya juga akan memulakan penggambaran telefilem khas sempena hari raya Aidilfitri, Setia Hujung Nyawa Raya, pada Julai ini.
KOSMO ONLINE 

APJ : YANG CUN YANG MENAWAN TU HANYA PINJAMAN ALLAH , JADI PANDAILAH MENJAGA DAN MENSYUKURI NIKMAT PINJAMAN ITU !!! 

2 comments:

Tasek Gelugor Portal said...

Slm mohon dipautkan blog Tasek Gelugor Portal... Blog tuan telah pun dipautkan...

Anak Melayu said...

ok terima kasih banyak2

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive