Kedah rancang bangun Kuala Muda
KUALA LUMPUR 25 Jun - Kerajaan negeri Kedah hari ini mengesahkan hasrat untuk membangunkan pelabuhan Kuala Muda kerana rancangan itu telah lama wujud.
Menurut pegawai kanan kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir, rancangan untuk membangunkan pelabuhan tersebut, pertama kali pernah dibangkitkan pada 1995.
"Pada awalnya, kita mahu memajukan Kuala Kuah tetapi kemudian mendapati Kuala Muda lebih sesuai," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Mengikut fakta sejarah, Kuala Muda pernah menjadi pelabuhan utama bagi Kedah ratusan tahun dahulu, terutama dalam dagangan dengan Siam dengan sungainya mengalir terus ke Laut China Selatan dan fungsinya masih penting sehingga ke hari ini.
Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia Khamis lepas, Luster Industries Bhd. mengesahkan hasratnya untuk meneroka pembangunan dan penambahbaikan ke atas pelabuhan Kuala Muda tetapi masih belum menerima sebarang pengesahan dari kerajaan negeri Kedah.
Syarikat itu baru-baru ini, dijemput oleh kerajaan negeri supaya mengkaji projek itu.
Dalam konteks ini, pegawai tersebut enggan mengulas lanjut mengenai urus niaga tersebut.
"Saya boleh mengulas mengenai pelan pembangunan di Kedah tetapi tidak mengenai hal-hal lain,'' ujar beliau.
Semalam, Bernama memetik Pengarah Urusan Luster, Lim See Chea sebagai berkata, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary berkemungkinan akan menjadi rakan teknikal Luster di dalam projek pembangunan pelabuhan Kuala Muda.
Katanya, Syed Mokhtar dilihat sebagai rakan teknikal terbaik jika diambil kira beliau kini memiliki Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor melalui MMC Corp Bhd.
Pelabuhan Kuala Muda menghubungkan tanah besar negeri itu dengan pulau Langkawi melalui hubungan laut.
Adalah difahamkan bahawa pembangunan pelabuhan itu akan memanfaatkan Langkawi, terutama sekali di Pulau Rebak, yang akan membantunya menjadi satu daripada destinasi percutian utama di dunia.
Pada 2011, DRB-Hicom Bhd., satu syarikat yang dikuasai oleh Syed Mokhtar dilaporkan sedang merangka pelan untuk menjadikan Pulau Rebak sebagai pusat tarikan percutian bagi golongan kaya dan terkenal.
Kumpulan itu mahu membangunkan satu konsep 'butik' percutian mewah di sana bagi disepadankan dengan "The Residences,' 'Bvlgari Residences' dan 'Banyan Tree Ungasan' di Bali, 'Six Senses Private Residences' di Vietnam, 'The Yamu' di Phuket, 'W Residence' di Koh Samui dan lain-lain.
utusan
apj : terbaik dan seimbangkan pembangunan Negeri Kedah dari dimanopoli Pulau Piinang . Pelabuhan Kuala Muda .
2 comments:
Pelabuhan Kuala Muda...Kat area mana tu ye...?Pulau Bunting kat Yan tu tak jd ke..?
konsep dan tema mesti ada di pelabuhan kuala muda utk mendahului pelabuhan lain, dan berkembang maju di masa hadapan.Kalau sama jer jadilah mcm kawasan pelabuhan lain yg berterabur tidak tersusun dan berlaku kos kehidupan yg tinggi.Maka payahlah nak bersaing dgn pelabuhan lain.Dengan adanya laluan keretapi berkembar ianya satu impak yg besar.Yang paling penting ialah ketahanan jalanraya utk laluan lori kargo dgn selesa dan berdekatan dgn kilang.Teknologi hijau, memainkan peranan yg amat penting di samping teknologi tinggi dan IT , memandang permukaan bumbung kilang yg luas dan banyak.Boleh di integrasikan utk di jadikan sebagai sumber tenaga.Contoh papan solar di jadikan sebagai sumber tenaga membakar, utk air dan mengerakkan turbin.Lanskap kehidupankan pekerja mestilah berkonsep green dan hampir ke tempat kerja utk melenyapkan peningkatan kos pgangkutan kilang di masa, yg akan datang.Perlu ada pendekatan lanskap yg boleh menampung penggunaan terknologi baru di masa mendatang.Maka temanya ialah,Tenaga kerja,lanskap dan teknologi hijau.
Post a Comment