sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 11 September 2013

PANAS !!! BILA TOK JAMIL TIBAI SAM KETOT !!! PEHH !!! @dsjamilkhir @NajibRazak



Tudiaa !!! kali ni Apj tabik pada Tok Jamil sebab berani bertindak keatas si Ketot dari Melaka tu yang menfitnahnya. Satu tindakkan yang harus diikuti oleh barisan pemimpin Bn lain agar manusia-manusia bangkang tu sedar sikit !! Anak didik Anwartu pasti terkedu dengan tindakkan Menteri kita sorang nih !! 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan berunsur fitnah Ketua Angkatan Muda Keadilan itu terhadapnya membabitkan isu permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamil Khir, menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan, memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Shamsul Iskandar, yang juga anggota Parlimen Bukit Katil, untuk membatalkan writ saman tersebut.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Adnan Seman@Abdullah mewakili Jamil Khir dan peguam Fahda Nur Ahmad Kamar, mewakili Shamsul Iskandar.

Ketika ditemui pemberita, Adnan berkata mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak memprejudiskan defendan dan menetapkan empat hari bermula 4 Februari 2014 untuk perbicaraan selain menetapkan 13 November ini untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa Shamsul Iskandar telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya ketika mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas ketua pembangkang itu (Anwar) yang ditayangkan secara langsung oleh RTM dalam satu forum bertajuk "Pengurusan Persepsi" pada 30 Mac 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau seorang yang menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf dan juga menyalahgunakan kuasa untuk menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut Anwar.


Jamil Khir, dalam pernyataan tuntutannya, juga mendakwa pada 31 Mac 2012 beliau telah membuat kenyataan kepada media bagi menuntut Shamsul Iskandar mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, namun defendan (Shamsul Iskandar) gagal berbuat demikian sebaliknya mencabarnya untuk berdebat.

Bagi Apj , tindakkan ini satu tindakkan terbaik untuk diikuti oleh pemimpin lain yang difitnah , walaupun mereka tak kisah pasal bayar duit saman berjuta-juta tapi kita dah tunjukkan kita bukan bacul !! 

2 comments:

Anonymous said...

Makin ketot lagiii lah budak ketot niee.. Diakhir zaman manuasia tidak takut untuk menabur fitnah...semuanya demi kuasa dan wang..

Anonymous said...

Diharap prosiding pendakwaan diteruskan sampai dijatuhi hukuman. Jangan nanti ada permohonan maaf dilepaskan dengan mudah. Biar dijatuhi hukuman oleh mahkamah dengan 3 tahun penjara dan denda rm5000.00. Biar hilang kelayakan sebagai YB.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive