Kata beliau, DAP sepatutnya mengambil inisiatif untuk berjumpa dan menyerahkan maklumat itu kepada ROS sekiranya benar CEC parti itu dibuat secara telus.
"Kenapa perlu begitu. Sepatutnya kedua pihak kena 'give and take', kenapa nak tunjuk macam ni? Sepatutnya DAP kena hantar kepada ROS.
"Seperti agak bongkak la dengan menggunakan cara itu," katanya ketika dihubungi Antarapos.
DAP pada Jumaat meminta ROS supaya membuat temujanji jika mahu melihat bukti 500 perwakilan yang tidak dapat menghadiri pemilihan CEC, tahun lalu.
Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, adalah tidak munasabah bagi ROS untuk menuntut bukti itu kini, lantaran parti itu telah akur untuk mengadakan semula pemilihan CEC DAP.
ROS sebelum ini mengarahkan DAP menjalankan semula pemilihan CEC dan parti itu menetapkan 29 September ini untuk berbuat demikian.
Mengulas lanjut Jenice berkata DAP perlu lebih profesional dan sopan sepanjang menangani kontroversi itu.
Beliau berkata perkara ini penting bagi memastikan pemilihan akan datang sah dan berjalan lancar.
"Kalau betul-betul nak tunjuk bukti, buat secara baik. Bukan cuba nak tunjuk kehebatan sahaja.
"Saya bukan nak kritik DAP sahaja, tapi saya berharap pemilihan semula boleh dijalankan secara lancar.
Media melaporkan ROS sehingga kini masih menunggu DAP mengemukakan surat daripada 500 perwakilan yang menyatakan mengapa mereka tidak dapat menghadiri pemilihan pucuk pimpinan dan kongres parti itu pada 15 Disember lalu.
Seorang jurucakap ROS dipetik sebagai berkata parti itu belum menghantar surat berkenaan walaupun ia menyatakan dokumen terbabit akan “membersihkan” dakwaan kononnya 753 perwakilan tidak dapat membuang undi kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai tarikh kongres.
No comments:
Post a Comment