sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 3 December 2013

PANAS !! WARISAN SEJARAH LEMBAH BUJANG HARUS DI PERTAHANKAN !!!! @NajibRazak

MIC mohon isytihar Lembah Bujang tapak warisan



Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel meminta Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) mengisytiharkan Lembah Bujang yang wujud sejak abad kelapan di Kedah sebagai tapak warisan dunia.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, turut meminta kerajaan persekutuan dan kerajaan Kedah mengambil tindakan segera menyekat kemusnahan yang berlaku di kawasan itu.

"Pemaju tidak boleh memusnahkan candi nombor 11. Saya pernah bekerja bersama Muzium Negara pada 1970-an dan terlibat dengan kerja pengorekan.

"Kami membersihkan lapisan demi lapisan pemaritan dan kami menemukan satu Siva Linga yang telah lama usianya," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut laporan, sebuah kuil makam adalah antara peninggalan prasejarah di Lembah Bujang yang dimusnahkan secara rahsia oleh sebuah syarikat pemaju baru-baru ini.

Palanivel berkata Unesco patut menghantar pegawai tingginya untuk mengkaji kawasan itu dan mengambil tindakan segera bagi melindunginya.

"Kerajaan boleh memberi pampasan kepada pemilik persendirian. Saya harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan meminta pihak berkuasa berkenaan mengisytiharkan tempat itu sebagai tapak warisan," katanya.

Ketika menyuarakan pendapat serupa, anggota jawatankuasa kerja pusat MIC Datuk S.Murugesan meminta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir membeli balik tanah berkenaan bagi memastikan tapak itu kekal sebagai sebuah tapak bersejarah milik semua rakyat Malaysia.

"Lembah Bujang adalah kepunyaan semua rakyat Malaysia dan merupakan sebahagian daripada sejarah dan warisan kita. Menjualnya kepada syarikat swasta menunjukkan betapa singkat pandangan dan ketidakpekaan mereka yang membuat keputusan itu," katanya.

Lembah Bujang adalah sebuah tapak arkeologi dan pengorekan yang menyimpan bekas jeti, kawasan melebur besi dan tugu bata tanah liat yang wujud sejak tahun 110 Masehi dan merupakan struktur buatan manusia tertua yang direkodkan di Asia Tenggara setakat ini. - Bernama

APJ : Setuju dengan Presiden MIC , Lembah Bujang adalah tapak warisan bersejarah , jangan hancurkan sejarah negeri Kedah dengan sikap tamak dari pemaju !! 

1 comment:

paridah said...

tapak sejarah yg perlu dijaga pulihara bukan kerana kita sokong agama hindu tp nilai sejarahnya yg berkurun lama...

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive