sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 11 December 2013

TERKINI !!! JUMLAH MANGSA BANJIR DI TERENGGANU MENINGKAT !! @Shaberyc @TengkuZaihan



Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini terus meningkat manakala di Pahang berkurangan berbanding malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 15,677 orang daripada 3,733 keluarga berbanding 14,643 orang daripada 3,480 keluarga sebelumnya.

Di Dungun, angka mangsa banjir meningkat hampir 600 orang iaitu 3,288 orang (807 keluarga) berbanding 2,789 orang (701 keluarga) malam tadi manakala jumlah di Kemaman turut meningkat kepada 1,351 orang (384 keluarga) daripada 790 orang (245 keluarga) pada tempoh yang sama.

Di Marang pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang (10 keluarga) berbanding 21 orang (empat keluarga) manakala di Setiu jumlah mangsa banjir menurun kepada 134 (46 keluarga) berbanding 149 orang (43 keluarga) malam tadi.

Sebanyak 88 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 22 di Dungun, 27 di Hulu Terengganu, 30 di Kemaman, lima di Marang dan empat di Setiu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di sungai utama di Terengganu kebanyakannya berada di bawah paras berjaga-jaga pagi ini.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive