Tahniah kepada Malaysia kerana layak ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-27 selepas mengalahkan Vietnam 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A di Stadium Zayar Thiri petang tadi .
Walaupun pada babak pertama Vietnam banyak menguasai perlawanan tetapi Malaysia bangkit pada babak kedua dengan mendahului 2 - 0 sebelum Vietnam berjaya menjaringkan satu gol. Malaysia akan bertemu Indonesia pada perlawanan peringkat separuh akhir 19 Disember nanti .
Teruskan sokongan kita pada skuad Harimau Muda menentang Indonesia nanti . HIDUP MALAYSIA
No comments:
Post a Comment