Makin lama makin pelik pulak bila syarikat penerbangan kerajaan Malaysia iaitu, Malaysia Airlines (MAS) terpaksa menanggung kerugian dalam empat suku berturut-turut pada tahun 2013. Untuk pengetahuan pembaca, Kerugian pada tahun 2013 adalah sehingga 3 kali ganda kerugian berbanding pada tahun 2012 yang mencapai kerugian sebanyak RM433 juta.
Hal ini telah diumumkan sendiri oleh CEO MAS, Encik Ahmad Jauhari Yahya (SINI)..
Apa yang lawaknya ialah CEO MAS menafikan kesalahan syarikat mereka sendiri dan cuba menyalahkan kerajaan? Memang matawang dan minyak tidak menentu dan mempengaruhi. Tetapi sebagai CEO yang bertanggung jawab, apakah beliau tak sedar akan keadaan tu?
Pada tahun 2013, MAS memperoleh hasil sebanyak 15.1 bilion ringgit, meningkat 10 % berbanding 2012. Bilangan penumpang juga meningkat hampir 30 %. Tetapi perbelanjaan penerbangan naik 10% kepada 14.9 bilion ringit di tengah-tengah harga bahan api yang tinggi. - Ahmad Jauhari Yahya, CEO
Tentu dalam perancangan kewangan MAS dah termasuk, perbelanjaan dijangka dan tidak dijangka. Tak guna la bayar gaji ratus ribu kalau itu pun Ahmad Jauhari tak mampu nak fikir.
Hinggakan CEO Air Asia, Tony Fernandes pun terkejut dengan kerugian yang dialami MAS tahun lepas, kerana dia sangkakan kedudukan Air Asia sudah tak stabil, rupa-rupanya MAS lagi teruk walaupun ianya ditaja oleh kerajaan! Nak baca apa kata Tony, boleh klik SINI
Dah sampai masa kerajaan membuat perubahan dalam organisasi terbesar MAS. Sepatutnya kerugian 2012 dikurangkan lagi, bukannya ditambah-tambah! Lagi ada pendapat mengenai MAS, boleh baca kat SINI.
Kekadang terfikir, betui ke rugi ni? Atau ada pihak yang sengaja bermain dengan angka, untuk kepentingan diri?
Dari Blog KEDAHKEKL
3 comments:
Bila company rugi..ceo dan lain2 telah gagal. Mereka mesti letak jawatan.
Bila syarikat rugi bermakna ceo dan lain2 tu bodoh tak boleh pakai...humban saja ke dalam laut biar dimakan jerung......
aku guna kedua2 syarikat bergantung pada bila masa yang aku perlu ... tak memilih pun (company yg bayar)
cuma 1 soalan aku pada MAS ... kenapa tak buat penerbangan tambang murah ..
bayangkan tambang MAS 4x ganda dari AIR ASIA untuk destinasi yang sama .. airport yang sama
apa lah susahnya berjalan dari gate ke pesawat atau beli sendiri makanan didalam pesawat ?
AIRASIA guna airport yang didirikan MAS dengan segala kemudahan dan kuasai 80% jumlah penumpang
pesal la CEO MAS ni ngok sangat ntah ....
Post a Comment