Semalam satu perhimpunan anjuran Pemuda PAS Kedah di depan Pekan Rabu di Alor Setar yang menyaksikan seramai 100 ribu ehh 100 orang hadir menyertai himpunan itu. Ternyata himpunan itu gagal dan menyusahkan peniaga Pekan Rabu atas tindakkan himpunan BODOH mereka.
Himpunan Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup "Himpunan Kangkong" dengan alasan untuk membantah kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup penduduk di Malaysia meningkat .
Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Md Khalil Abdul Hadi, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang Romani Wan Salim dan Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria.
Nasir, yang ditemui pemberita, mengakui himpunan itu kurang mendapat sambutan. Bagi Apj himpunan BODOH anjuran PAS ini tidak dapat sambutan kerana rakyat sudah muak dengan perangai dan sikap PAS yang hanya bermain politik murahan sedangkan apa yang PAS buat selama memerintah Kedah langsung tidak membantu rakyat malah menghancurkan rakyat.
PENIAGA PEKAN RABU BERANG DENGAN PENGANJUR HIMPUNAN
Ia disifatkan sebagai tindakan biadab kerana tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan dan peniaga di situ menyebabkan berlaku suasana tidak menyenangkan dalam kalangan peniaga dan pelanggan.
Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Azmi Shahab, terkejut apabila mendapat rungutan daripada peniaga terbabit berikutan kehadiran peserta Turun 3.0.
Menurutnya, perhimpunan tanpa keizinan itu adalah kurang ajar sekali gus mencalar imej kompleks perniagaan itu sendiri.
"Tindakan mereka adalah satu pencerobohan terhadap keharmonian Pekan Rabu sebagai pusat perniagaan utama di bandar raya ini.
"Penganjuran perhimpunan itu menganggu ketenteraman orang ramai dan peniaga. Pekan Rabu hari ini menjadi tumpuan orang ramai memandangkan ia hari cuti umum,"
Kecewa dengan penganjuran terbabit, Azmi berkata, pihaknya akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
"Kami kesal kerana penganjur seolah-olah mempergunakan peniaga di sini untuk menyokong tindakan mereka sedangkan kami tidak terlibat dengan kenaikan harga barang.
"Ramai peniaga merungut dan rasa kecewa kerana kehadiran orang ramai terganggu akibat perhimpunan itu," katanya. - SINAR
No comments:
Post a Comment