Panel Pemikir JASA, Tun Faisal Ismail menasihatkan calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail supaya berhenti melemparkan pembohongan termasuk menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam pertambahan pengundi awal dari 300 pengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 kepada 1197 pengundi, baru-baru ini.
Menurut Tun Faisal, pembohongan demi pembohongan dilakukan calon PKR itu menjadikan Wan Azizah dilihat hilang kredibiliti dan intergeriti, terutama ketika tempoh kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang masih berbaki tiga hari.
“Ini adalah pembohongan kali ketiga oleh Wan Azizah dalam tempoh lima hari selepas menuduh pihak berkuasa Malaysia menggunakan khidmat bomoh dan menafikan suaminya (Anwar Ibrhaim) mengenali juruterbang pesawat MAS MH360 sebelum ini.
“Adakah Wan Azizah tidak malu sedangkan segala pembohongannya telah dibongkar? Kesanggupannya berbohong telah merosakkan imej beliau yang baik,” katanya ketika dihubungi Selangor Press, hari ini.
Tambah Tun Faisal lagi, Wan Azizah seharusnya terlebih dahulu mengkaji segala fakta sebelum membuat sebarang kenyataan dalam media berhubung PRK ini bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif timbul.
Malah pembohongan calon PKR itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat telah kehabisan modal, selain gagal menunjukkan track record cemerlang sepanjang mewakili rakyat di Kajang.
No comments:
Post a Comment