Baru-baru ni , Kor Ming telah mengeluarkan kenyataan biadap lagi kurang ajar terhadap kaum wanita , apabila menggelar calon BN kajang sebagai pembantu rumah !! jom tengok apa kata Datin Paduka Chew Mei Fun mengenai perkara ini !!!
Beliau menyifatkan tindakan Nga mengutuknya hanya kerana kad ucapan sempena Hari Wanita Sedunia sebagai satu diskriminasi dan pemimpin DAP itu harus meminta maaf kepada semua wanita di negara ini.
"Saya hanya mengedarkan kad ucapan khas kepada pengundi wanita sekitar DUN Kajang semalam bagi memberi penghormatan kepada mereka sempena Hari Wanita Sedunia dengan menggunakan gambar sebuah seterika antik.
"Penggunaan gambar seterika dalam kad ucapan itu adalah melambangkan kuasa wanita untuk meringankan kesakitan dan perjuangan dalam keluarga seperti menghilangkan kedutan pada kain, bukannya sebagai pembantu rumah seperti yang didakwa beliau (Nga)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden MCA yang diadakan di Kajang.
Pada Rabu, Chew yang menyertai program lawatan rumah ke rumah di Sungai Chua, mengedarkan kad ucapan khas tersebut kepada pengundi wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang akan disambut Sabtu ini.
Nga yang juga Ketua DAP Perak menerusi laman sosial Twitternya berkata: "MCA candidate 'Char Bee Hun' dressed up as a janitor aunty, today she holds an iron. I think she wants to apply for a maid position and forgot the rakyat wants to elect a vocal and capable lawmaker." (Calon MCA 'Char Bee Hun' berpakaian seperti makcik penjaga bangunan, hari ini dia memegang seterika, saya fikir dia mahu memohon kerja sebagai pembantu rumah dan lupa rakyat mahu memilih pengubal undang-undang yang lantang dan berkebolehan).
Kenyataan itu bagi merujuk kepada kad ucapan Chew yang dicetak dalam versi Mandarin dan Bahasa Inggeris dengan slogan berbunyi 'trusty and reliable Chew Mei Fun'.
PRK DUN Kajang dijadualkan 23 Mac ini dan penamaan calon 11 Mac.
RAKYAT NEWS
Apj : Memang kurang ajar manusia bernama Khor Ming ni !!! biaDAP !!!
2 comments:
Sandiwara macam mana pun Cina juga menang.....
Otak pemimpin pembangkang cina ni dah mcm otak pembangkang melayu pulak.penuh dgn hasat dengki dan suka memburukan bangsa kaum sendiri.
Post a Comment