sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MADINAH. Show all posts
Showing posts with label MADINAH. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

#HAJI1435H : JEMAAH HAJI DI BAWA MELAWAT MAKAM RASULULLAH DAN SAHABAT2 DI MADINAH



Pagi ini selepas solat subuh kumpulan jemaah haji pertama Malaysia di bawa melawat Makam Rasulullah dan sahabat2 di Masjid Nabawi Madinah.

Ada jemaah yang menitiskan airmata bila pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan melihat makam Rasulullah.



Selesai sahaja melawat Makam Rasulullah, Jemaah2 Haji ini di bawa melawat perkuburan Baqi, 10 ribu sahabat2 Nabi dikebumikan di tanah perkuburan yang penuh dengan sejarah ini

Madinah 1435H
28 Ogos 2014

#MMFC #Haji1435H #KedahSerataRata

P/S : Laporan Harian Haji 1435H juga boleh diikuti di Page Rasmi Mukhriz Mahathir FC

#HAJI1435H : KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI SELAMAT TIBA DI MADINAH


Laporan Harian Haji 1435H

KUMPULAN JEMAAH HAJI PERTAMA SELAMAT TIBA DI MADINAH

"Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni'mata Laka Wal Mulka La Syarikalah."

Pagi tadi kira-kira pukul 9 pagi di sini (2 petang waktu Malaysia), pesawat pertama yang membawa Jamaah Haji Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Prince Mohammad Abdulaziz, sini.

Jemaah kedua pula selamat tiba di Madinah jam 2 petang waktu Saudi dan ketiga baru sahaja tiba di Madinah

Seramai kira-kira 1,000 jemaah haji Malaysia yang dibawa dengan tiga pesawat, satu Saudi Airlines manakala dua lagi, Malaysia Airlines (MAS).

Ini merupakan kumpulan jemaah haji pertama tiba di Arab Saudi.

Wednesday, 27 August 2014

#Haji1435H : SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN SAMBUT KETIBAAN JEMAAH HAJI MALAYSIA



Laporan Harian Haji 1435H
26 ogos 2014
Madinah

Selepas sahaja solat Maghrib malam tadi lebih 100 orang petugas Haji 1435H di Madinah telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Menyambut Ketibaan Jemaah Haji Malaysia di Madinah di Hotel Dar Siba

Selesai saja bacaan Yassin diikuti pula dengan tahlil dan solat Isyak. Petugas - petugas yang hadir di hidangkan dengan Nasi Arab berlauk kambing dan makan dalam talam, makanan disediakan oleh petugas bahagian masakan.

Majlis selesai lebih kurang jam 9.30 malam waktu saudi. Semoga majlis ini di redhai dan di berkati Allah.

Admin MMFC

#MMFC #Haji1435H #Madinah #Mekah

Tuesday, 26 August 2014

#HAJI1435H : JEMAAH PERTAMA MALAYSIA DI JANGKA TIBA ESOK DI MADINAH



Laporan Harian Haji 1435H 

PENERBANGAN PERTAMA JEMAAH HAJI DIJANGKA TIBA ESOK

Hanya tinggal sehari saja lagi kira lebih 900 jemaah haji terdiri daripada kumpulan pertama, kedua dan ketiga, akan tiba di Madinah dalam tiga penerbangan secara berperingkat

Penerbangan pertama yang membawa 413 bakal jemaah akan tiba kira-kira pukul 9 pagi waktu Saudi di Lapangan Terbang Prince Mohammad Bin Abdulaziz

Penerbangan kedua dengan 261 jemaah haji akan tiba pada pukul 12.50 tengah hari dan penerbangan ketiga dengan 269 jemaah haji pada pukul 5.50 petang.

LAPORAN HARIAN HAJI 1435H : 2 SLOT PROGRAM BARU BUAT JEMAAH HAJI 1435H



Laporan Haji 1435H
25 ogos 2014
Madinah

LAWATAN KE MASJID JUMUAH DAN IJABAH SLOT BARU PROGRAM BUAT JEMAAH HAJI 1435H

Semasa sidang media di Madinah semalam , Pengurus Ibadat Tabung Haji Madinah , Haji Mohd Razali Zakaria menerangkan bahawa Tabung Haji telah menambah dua program baharu iaitu lawatan ke Masjid Ijabah dan Masjid Jumuah akan mengisi slot ziarah para jemaah haji Malaysia di Madinah dalam musim haji tahun ini.

"Dua program ziarah ini merupakan nilai tambah kepada program ziarah sedia ada di Madinah seperti ziarah ke Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Bukit Uhud, ziarah ke Masjid Quba' (masjid pertama dibina dalam sejarah Islam), Masjid Qiblatain (masjid di mana Nabi mendapat wahyu semasa solat supaya memindahkan kiblat pertama umat Islam dari Masjid Al-Aqsa ke Mekah) dan Masjid Tujuh (tujuh masjid yang dibina semasa Perang Khandaq) serta ke ladang kurma,"

Saya selitkan sedikit sejarah mengenai dua Masjid ini ;

Monday, 25 August 2014

#HAJI1435H : MENANTI BURUNG-BURUNG SYURGA


Menanti Burung-Burung Syurga

DUA hari sahaja lagi sejumlah 450 jemaah bakal menjadi kumpulan jemaah haji Malaysia pertama tiba di Madinah.

Penerbangan yang akan berlepas pada pukul 5.30 pagi waktu Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Ogos itu turut menjadi kumpulan jemaah haji terawal mendarat di Arab Saudi untuk mengerjakan haji tahun 1435H ini.

Ini kemudian disusuli oleh rakan-rakan mereka secara berperingkat dengan keseluruhan 22,320 jemaah sehinggalah penerbangan terakhir 27 September.

Cuaca di Madinah semalam sekitar 44 darjah celsius. Penulis merasakan panas terik dan berbahangnya. Hendak merasakannya sama seperti kita baru masuk kereta semasa panas terik. Dan kalau terus dibuka pendingin hawa, rasanya macam wap panas ke muka.

Namun keadaan di Madinah serta Mekah sekitar 38 hingga 41 darjah celsius itulah cuacanya. Ini dijangka berterusan sehingga Hari Wukuf di Padang Arafah 9 Zulhijjah, awal Oktober nanti.

Sebenarnya tidak ada masalah cuaca sebegitu kerana panas dan kering itulah ujian-Nya. Apatah lagi kalau dilihat kelibat rata-rata semua penduduk Madinah berjubah. Lelakinya lengkap berjubah putih, dengan potongannya `slim fit' dan 'regular fit' - terletak kemas pada tubuh. Wanitanya pula, sebahagian besarnya berpurdah serba hitam.

Ketibaan para jemaah haji Malaysia Rabu ini sememangnya cukup dinantikan oleh penduduk Mekah dan Madinah. Di Madinah, kedatangan jemaah haji negara menggembirakan penduduknya.

Saturday, 23 August 2014

LAPORAN HARIAN #HAJI1435H :LIHAT SEJARAH PERJUANGAN RASULULLAH DI 3 MASJID DI MADINAH



Laporan Harian Haji 1435H

23 Ogos 2014

Pagi ini selepas sahaja menunaikan solat subuh petugas-petugas media dibawa melawat 3 buah Masjid sekitar Madinah, masjid yang penuh dengan sejarah dan kisah perjuangan Rasulullah dan sahabat2.

Lokasi pertama kami ialah di Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Lokasi kedua pula kami dibawa ke Masjid Qiblatain di Madinah al-Munawarah antara tiga masjid tertua di dunia selain Masjid Quba dan Masjid an-Nabawi.


Pada asalnya ia dinamakan Masjid Bani Salamah kerana pembinaannya di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.

Dalam sejarah perkembangan Islam, ia dinamakan Masjid Qiblatain kerana mempunyai dua kiblat, iaitu menghadap ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram di Makkah.

LAPORAN HARIAN HAJI 1435H : KHUTBAH JUMAAT MASJID NABAWI MADINAH



Nota Khutbah Jumaat - Nota Khutbah Jumaat

22 Ogos 2014

MASJID NABAWI, MADINAH

1. Khatib membincangkan berkenaan Islah. Islah bermaksud perubahan sama ada dalam diri atau masyarakat dan sebagainya.

2. Takwalah kepada Allah dengan islah diri dan bentuk diri ke arah kebaikan.

3. Beberapa bentuk perubahan yang perlu dilakukan. Antaranya, Islah dengan banyakkan memberi nafkah dan sedekah.

4. Islah di antara kedua-kedua pasangan suami dan isteri. Jauhkan diri daripada perbuatan yang boleh menyebabkan Nusyuz dan Syiqaq antara suami isteri.

5. Islah dapat membentuk keluarga yang harmoni.

6. Islah dalam bentuk hubungan silaturahim sesama umat.

7. Islah hubungan dengan jiran.

8.Islah hubungan dengan kaum kerabat dan keluarga.

9. Islah hubungan dengan dua orang yang sedang bergaduh.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...