sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 30 August 2014

#HAJI1435H : JANGAN TOKOK TAMBAH HINGGA ADA CERITA PASAL KARPET TERBANG PULA


"Jangan tokok tambah hingga ada cerita pasal karpet (permaidani) terbang pula.

"Kadang-kala kerana nak perhatian, kita cerita itu ini kisah para Nabi. Sedangkan ini perlu diperjelaskan menerusi rujukan al-Quran dan sirah."

Komen itu diluahkan oleh anak muda Malaysia yang berperanan sebagai mutawif dalam memberi penerangan mengenai kisah para Nabi dan anbia kepada jemaah haji Malaysia dalam program ziarah di sini.

Pelajar universiti Madinah jurusan al-Hadis, Abdul Fattah Abdul Rahman, 25, yang telah tiga tahun mengiringi jemaah haji dan umrah dalam kalangan orang kenamaan dalam program ziarah berkata, penerangan mengenai kisah-kisah dalam al-Quran bergantung kepada teknik penyampaian seseorang mutawif. Ini termasuk berkemampuan menyelitkan unsur pengajaran dan menghiburkan.

"Tetapi jangan sesekali menyentuh soal politik.

"Namun yang penting, penerangan dalam program ziarah ke tempat-tempat bersejarah dan ada syafaat seperti Masjid Nabawi, Masjid Quba' dan Bukit Uhud perlu merujuk kepada sirah.

"Dalam kunjungan ke Masjid Quba' contohnya, hadis menyebut barang siapa yang membersihkan diri atau berwuduk di rumahnya, kemudian dia mendirikan solat sunat dua rakaat di Masjid Quba', pahalanya adalah seperti mengerjakan umrah," katanya kepada petugas media Tabung Haji di perkarangan Masjid Quba' di sini.

Abdul Fattah sebelum itu mengiringi sekumpulan 40 jemaah Malaysia yang datang bersama rakan-rakan mereka menaiki 19 buah bas dari tempat penginapan Hotel Al-Haram.

Dalam pada itu, nada sama turut dikongsi oleh rakannya, Muhamad Fitri Abdul Razak, 21, yang baru pertama kali bertindak sebagai mutawif mengendalikan jemaah haji.

"Memberi penjelasan mengenai kisah-kisah Nabi dan tempat-tempat suci di Madinah ini perlu ilmu pengetahuan bagi mengelakkan timbul unsur-unsur syirik," katanya yang kini di tahun tiga jurusan Usuluddin di Universiti Madinah.

Anak ketujuh dari sembilan beradik berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang itu memberitahu, jemaah haji Malaysia cukup dihormati oleh penduduk Madinah kerana sifat lemah lembut, selain Malaysia telah pun dikenali sebagai negara Islam yang pesat membangun terutama dalam meningkatkan syiar Islam.

"Nama Kuala Lumpur cukup tinggi di mata rakyat Arab Saudi sehinggakan peraturan visa kerja di negara ini menetapkan jika ada dari Malaysia yang berminat, hanya golongan profesional seperti doktor, jurutera dan pensyarah boleh berbuat demikian di sini," katanya.

Zulkifli Jalil
Utusan Malaysia
29 Ogos 2014

# Anda boleh juga layari utusan malaysia untuk membaca artikel ini keluaran 30 Ogos 2014 

1 comment:

Suhaimi said...

Alhamdulillah. mmg benar Penduduk Madinah juga lemah lembut sukakan org Malaysia..
yg kasar dan bodoh suka fitnah negara sendiri ialah macai2 PAS dan PR. mereka2 inilah parasit2 dan dajjal yg belajar dr ketua mereka Nuar yg sentiasa tak bersyukur dgn nikmat dn kelebihan di Malaysia.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive