sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday, 23 August 2014

LAPORAN HARIAN #HAJI1435H :LIHAT SEJARAH PERJUANGAN RASULULLAH DI 3 MASJID DI MADINAH



Laporan Harian Haji 1435H

23 Ogos 2014

Pagi ini selepas sahaja menunaikan solat subuh petugas-petugas media dibawa melawat 3 buah Masjid sekitar Madinah, masjid yang penuh dengan sejarah dan kisah perjuangan Rasulullah dan sahabat2.

Lokasi pertama kami ialah di Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Lokasi kedua pula kami dibawa ke Masjid Qiblatain di Madinah al-Munawarah antara tiga masjid tertua di dunia selain Masjid Quba dan Masjid an-Nabawi.


Pada asalnya ia dinamakan Masjid Bani Salamah kerana pembinaannya di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.

Dalam sejarah perkembangan Islam, ia dinamakan Masjid Qiblatain kerana mempunyai dua kiblat, iaitu menghadap ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Batu asas pembinaannya dilakukan sendiri Nabi Muhammad s.a.w dan siap pada 623. Baginda pernah bermalam di masjid itu selama 20 hari.

Rasulullah menerima wahyu daripada malaikat Jibril mengutuskan supaya arah qiblat ditukar ke arah Makkah. Ketika itu baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.

Maka, baginda berperingkat mengubah arah kiblat menghala ke Makkah. Perubahan arah kiblat menjadi tamparan hebat kepada kaum Yahudi yang sebelum itu begitu berbangga dengan kiblat mereka di Baitulmaqdis.


Dan lokasi terakhir kami pada hari ini adalah di Masjid 7. Masjid-masjid yang Tujuh merupakan salah satu kompleks bersejarah yang dikunjungi oleh para wisatawan kota Madinah. Masjid ini merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan Masjid Qiblatain yang dikunjungi dalam waktu yang bersamaan sehingga disebut dengan Masjid Tujuh. Tidak ada perintah dari Nabi S.A.W maupun dalil syari'at yang menunjukan atas keutamaan mengunjungi masjid-masjid ini.

Alhamdulillah walaupun cuaca agak panas namun semua petugas-petugas media dapat melaksanakan tugasan masing-masing dengan sempurna.

Namun jauh di sudut hati kami terpegun dengan kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat demi menegakkan syiar Islam.

Aktivis Pendang Jr
Madinah 1435H
23 Ogos 2014

* Laporan Harian Haji 1435H boleh juga di ikuti di Page Rasmi Mukhriz Mahathir FC 

2 comments:

Anonymous said...

T'Kasih Aktivis Pendang - di atas lapuran yg. sungguh MULIA ini beserta gamabar-gambar yg. sungguh indah. Teruskan dgn. lapuran SEJARAH tercinta ISLAM/Rasulullah SAW kita ini.

Makcik Sambal Belacan.

airil said...

Sama kita

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive