sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 20 September 2014

#HAJI1435H : AIR MATA SEORANG MUALAF DI TANAH SUCI




Pertama kali bertemu dengan En. Iswardy Tan Abdullah ,59 tahun hati Admin begitu sentuh dengan kesungguhan dan dalam fikiran admin insan ini punya pengalaman dan ujian yang besar apabila memeluk agama Islam. 

Tujuh tahun lepas peluang terbuka untuk mualaf berhati mulia ini ke Tanah Suci, namun memikirkan ibunya yang sedang sakit peluang itu perlu diketepikan.


Walaupun hatinya meronta-ronta untuk ke Tanah Suci, Iswardy Tan Abdullah, 59, sanggup menyimpan niatnya itu demi menjaga ibunya yang tercinta .  

Ibunya, penganut agama Buddha, merupakan orang pertama yang dimaklumkannya mengenai keinginannya untuk memeluk Islam ketika usianya 30 tahun.

Ibu telah memberi restunya tanpa banyak soal, Dalam jawapan kepada anaknya, wanita mulia itu berkata, "As long as you are happy with what you are doing, do it. I have no objection." (Asalkan anda gembira dengan apa yang anda lakukan, lakukanlah. Ibu tidak membangkang).

Jauh dilubuk hatinya mengharap ibunya juga masuk Islam , namun hakikatnya Allah lebih mengetahui .Ibunya meninggal dunia pada 2012, dan Iswardy terus berdoa moga beliau dijemput menjadi Tetamu Allah untuk mengerjakan haji, rukun Islam kelima.

Iswardy berkata pertama kali menjejakkan kakinya di Masjidilharam dan menghadap Ka'abah, air matanya berlinangan dan dapat merasakan dirinya begitu kerdil sekali.

Kali ini, pada kedatangan untuk mengerjakan haji, perasaan yang sama menusuk hatinya.

"Tetapi kali ini bezanya ialah kehadiran lautan manusia dari seluruh pelusuk dunia.

"Kami tidak mengenali satu sama lain tetapi datang bersama dalam satu perpaduan kerana Allah. Kami melakukan perkara yang sama (dalam solat). Sekalipun kami tidak bertutur bahasa yang sama, kami berkomunikasi dalam bahasa isyarat. Perasaan yang cukup menenangkan," katanya.

Iswardy berharap bila beliau pulang ke Malaysia beliau akan menjadi Muslim yang lebih baik.


"Jika di Madinah saya dapat melakukan solat setiap waktu di Masjid Nabawi, saya harus dapat melakukan lebih dari itu semasa di Malaysia nanti," katanya.

Iswardy berkata beliau tertarik kepada Islam kerana mendapati ajaran agama itu sesuai dengan cara hidupnya, dan beliau seterusnya membuat penyelidikan mengenai Islam.

"Semasa saya belajar di Unisel (Universiti Selangor) saya telah mengambil mata pelajaran mengenai Islam dan ini telah mendedahkan lagi saya kepada agama Islam," kata anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Kini, apa yang selalu ditonjolkan ialah konsep toleransi dalam Islam yang bersifat terbuka, tidak anti perkauman dan budaya, katanya.

Admin berdoa moga En Iswardy dirahmati Allah dan dikuatkan iman menjadi muslim sejati dan doa-doanya di sini di kabulkan Allah SWT . Amin Ya Allah

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive