sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MUHYIDDIN YASSIN. Show all posts
Showing posts with label MUHYIDDIN YASSIN. Show all posts

Thursday, 15 October 2015

Jauhi Sifat Orang Munafik, Pesan Muhyiddin


SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam menjauhi sifat-sifat orang munafik dalam perutusan Maal Hijrah 1437H.

Sebaliknya Muhyiddin menasihatkan umat Islam mengamalkan sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW iaitu siddiq (jujur), amanah dipercayai), tabligh (menyampaikan) dan fatonah (cerdas).

“Oleh itu, jauhilah sifat-sifat tercela seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran dan lemah fikiran yang merupakan sifat-sifat orang munafik.

“Sebagaimana yang telah diperingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ‘Tanda orang munafik ada tiga iaitu jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercayai (diberi amanah) dia berkhianat’ (HR Bukhari Muslim),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut berpesan supaya semua umat Islam di negara ini memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan seluruh umat Islam di Malaysia supaya dapat bersama-sama memperbaiki dan menganjak kedudukan kita daripada yang baik kepada yang lebih baik.

“Dalam usaha kita ke arah menjadi insan dan ummah yang diberi berkat dan dilimpahi dengan segala rahmatNYA, marilah kita memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita supaya terpancar sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita.

“Berazamlah untuk menjadi lebih baik dan jauhilah daripada perkara-perkara yang membawa kepada kemungkaran,” katanya.

Tambahnya, Maal Hijrah perlu dirai dengan penuh kesedaran dan kefahaman akan pentingnya penghayatan nilai-nilai murni keperibadian Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda menegakkan syiar Islam.

“Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat ALLAH SWT semoga seluruh umat Islam di negara kita sentiasa dilimpahi rahmat ALLAH SWT dan Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya.

Monday, 10 August 2015

Mukhriz Risau Suara Akar Umbi disisihkan Pimpinan Tertinggi



Dalam ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Jerai semalam. YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah menegaskan bahawa UMNO kini berada didalam keadaan kritikal dan pimpinan harus tangani isu yang berkaitan, demi untuk memperolehi semula keyakinan ahli dan rakyat pada parti keramat ini.

"Parti Umno satu-satunya parti yang mempunyai ahli cukup ramai dan mesyuarat bahagian pula diadakan setahun sekali. Oleh itu disinilah tempat kita untuk menyuarakan kegelisahan rakyat bagi membincangkan dan disampaikan kepada kepimpinan bahagian seterusnya dibawa ke peringkat pusat. Keputusan yang kita buat mestilah mendengar nadi denyut rakyat dan mengambil kira pandangan mereka".


Kata Dato Seri Hj Mukhriz yang risau jika pimpinan parti tidak ambil kisah tentang suara akar umbi.

"Kalau keputusan yang dibuat tidak menyenangi hati rakyat, maka bila tiba PRU nanti mereka akan menghukum kita. Jika hilang undi 2% pun kita akan hilang kuasa mentadbir negara. Tanya soalan tak salah, kerana pertanyaan kita itu bukan hendak menjatuhkan parti, sebaliknya untuk memperkuatkan parti". Kata beliau lagi.

Beliau menegaskan tiga perkara penting dalam ucapan semalam,

1. Jangan cuba singkirkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana beliau memenangi jawatan tersebut melalui pemilihan parti dan bukannya dilantik.

2. Jangan ada pihak yang cuba mengganggu siasatan yang sedang di lakukan oleh agensi-agensi yang berkaitan termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

3. Tan Sri Zeti merupakan seorang Gabenur Bank Negara yg disegani di peringkat antarabangsa. Jika ada tindakan yg dikenakan ke atas beliau,maka hilanglah terus kredibiliti kerajaan kita.

Kita sudah menghadapi krisis keyakinan terhadap pentadbiran. Jika kita kerap melakukan kesilapan dan perkara yang membelakangkan rakyat nescaya kita (UMNO) akan dihukum dalam PRU yang akan datang.

Monday, 27 July 2015

Berhenti Hentam Tun M - TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO supaya berhenti menghentam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Muhyiddin, tindakan sedemikian hanya mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.

"Lagi anda hentam lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," kata Muhyiddin semasa ucapan penggulungan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea," ujar Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Tambahnya, Tun Dr Mahathir yang bersikap kritikal dan lantang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau menyayangi Najib.

"Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib...pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein)."

"Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau," kata Muhyiddin.

#1MDB : Kalau The Edge Tak Betul Jadi Apa Yang Betul ? - TPM



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui sukar untuk memahami mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justeru itu, beliau tertanya-tanya mengenai sumber mana yang boleh dipercayai sekiranya laporan The Edge tidak boleh dipercayai.

"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi beritahu saya apa yang betul, tidak juga diberitahu sampai sekarang," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Tambahnya, beliau juga terpaksa membaca The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai 1MDB.

"Kita tidak boleh menyalahkan orang yang dahagakan pengetahuan (mengenai 1MDB) kerana tiada kenyataan dari pihak kita untuk menjelaskan inilah situasi yang sebenar," tegas Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

BACA: Jika PRU esok, BN akan kalah - Muhyiddin Yassin

Kementerian Dalam Negeri menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula Isnin (27 Julai) atas tiga sebab.

Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1MDB yang seterusnya berkait dengan kerajaan serta kepimpinan negara.

Kedua, laporan yang diterbitkan memetik sumber maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, dan yang mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam serta kepentingan negara.

Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan.

Tuesday, 15 July 2014

VIDEO : MALAYSIA MENGUTUK KERAS KEKEJAMAN ZIONIS TERHADAP PALESTIN @NajibRazak @MukhrizMahathir



Dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin di Majlis Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, YAB Timbalan Perdana Menteri mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman rejim zionis menyerang Umat Islam Palestin.

"Malaysia mengambil satu pendirian yang cukup jelas daripada awal waktu zaman Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri kita mengambil tindakan yang agak luar biasa memberikan sokongan bukan sahaja dari segi moral tapi material sampailah ke hari ini ".


Monday, 28 April 2014

HUDUD : UMNO INGIN BERKERJASAMA DENGAN PAS JELASKAN HUDUD ! ALLAHUAKBAR



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno ingin bekerjasama dengan Pas bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum Pas bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini. Mohd Amar memberi reaksi positif, kata Muhyiddin.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestij Tinggi, di Bahagian Teknologi Pendidikan di sini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang, dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong Pas dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara.

(Kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum Hudud) di Dewan Rakyat Jun depan bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud di negeri itu).

"Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara.

Tuesday, 8 October 2013

GEMPAR !!! TPM GEMPUR DUN SUNGAI LIMAU !!! #PRKSGLIMAU


Jangan lupa seluruh rakyat Kedah dan juga penduduk Jerai terutama di Dun Sungai Limau , jam 3 nanti Timbalan Perdana Menteri , Yb Tan Sri Muhyiddin Yassin akan beremu dan beramah mesra bersama masyarakat di Mada Sungai Limau Dalam. 

Moga kehadiran beliau ke DUN SUNGAI LIMAU akan merubah dan membawa pembangunan untuk penduduk Sungai Limau sendiri. 

Jom pakat kita mai petang ni na . 

#BERANIBERUBAH 

Thursday, 26 September 2013

#PEMILIHANUMNO !!! TRANSFORMASI KEPALA LUTUT!!! TRANSFORMASI JAMBAN !!!! @muhyiddinyassin @NajibRazak @khairykj



Pergi jahanam dengan transformasi...


Boleh jalan sama itu keterbukaan dan demokrasi...


Ramai lahirkan kekesalan apabila Tun Faisal digugurkan sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO atas alasan tidak menepati syarat asas. Syarat kelayakan ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.


Baiklah...!

Friday, 7 June 2013

TUDIAA !!! SAPA BERANI NAK LAWAN JAWATAN TU !! !! @MukhrizMahathir @NajibRazak #HanyaDiKedah

MUKHRIZ BAKAL KE HADAPAN JIKA ADA YANG LAWAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO 


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, beliau akan berkempen untuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika kedua-dua pemimpin itu dicabar pada pemilihan parti tahun ini.

Katanya, beliau tidak melihat orang lain paling layak untuk dua jawatan tertinggi parti atau mampu bersaing dengan mereka.

"Kalau jawatan tertinggi parti dipertanding iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, saya melihat Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin akan kekal sebagai penyandang.

"Saya sendiri akan berkempen untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Datuk Azimi Daim, 49, sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Mukhriz mengulas gesaan banyak pihak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertanding pada perhimpunan agung parti itu Oktober depan bagi memantapkan lagi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 selain mengelak perpecahan dalam parti.

APJ : TAAT PADA KETUA 

Wednesday, 24 April 2013

PANAS !!! KERAJAAN PAK KATAN KEDAH LAYAK DAPAT GRED E LA !!! #TukarKedah #PRU13 #GE13

 Muhyiddin Yassin

JERLUN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gred ‘E-’ kepada Pas Kedah atas alasan telah gagal mentadbir negeri itu dengan baik sepanjang lima tahun lalu.

Menurutnya, mereka tidak ada keupayaan membangunkan negeri ini sebaliknya tugas itu diambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui pelbagai projek pembangunan yang disalurkan kerajaan pusat.

“Kerajaan Pas Kedah sangat lemah, tak mampu, tak boleh laksana apa-apa untuk manfaat rakyat. Mereka hanya layak dapat gred E tolak.... maksudnya mereka sudah gagal,” katanya ketika merasmikan peletakan batu asas cadangan pembinaan pusat sukan Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementeriannya mempunyai ramai guru yang bertanggungjawab membuat penilaian prestasi atau kad laporan pelajar, tetapi rakyat negeri ini juga boleh menjadi penilai terhadap pentadbiran diterajui Pas Kedah.

“Sewaktu mereka mula mengambil alih kerajaan dulu pelbagai janji dibuat antaranya mahu berjuang membela nasib rakyat, membangunkan kemudahan sosial, menyediakan peluang pekerjaan.

“Namun malangnya selepas tempoh berkenaan kad penilaian dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana membentuk kerajaan perkara serius terutama untuk berhadapan pelbagai isu besar.

“Kita nak pilih parti, parti yang mampu memikul dan melaksanakan amanah, sempurnakan hajat rakyat di masa hadapan, dapat memajukan negeri serta negara, berupaya menunaikan janji bukan bertindak sebaliknya.

“Ini soal masa depan negara dan BN akan berusaha meneruskan tradisi kecemerlangan dengan mengutamakan rakyat supaya hidup lebih baik, anak lebih pandai menuju tahun 2020 negara menjadi negara maju dan pendapatan tinggi,” katanya.

Menurutnya, negara yang maju bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan asas dan ekonomi yang kukuh, pendapatan rakyat meningkat tetapi pertambahan hospital, sekolah termasuk sekolah agama serta kemudahan sukan.

“Bila musim pilihan raya rakyat perlu buat penilaian. Jika kerajaan negeri sekarang tidak mampu meneruskan tugas dan memikul tanggungjawab, rakyat harus membuat keputusan sendiri memilih parti yang mampu membawa kemajuan.

“Pakatan pembangkang pada pilihan raya kali ini agak bercelaru kerana mereka tidak sepakat tidak seperti BN melibatkan soal pengagihan kerusi hingga ada banyak kerusi, calon PKR bertanding melawan calon Pas di beberapa kawasan,” katanya.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...