Berkata menerusi kenyataan pada hari ini, jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk merombak kabinet sekiranya perjuangannya tidak selari dengan pendirian pemimpin negara ini.
“Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi.
“Sekiranya ia dianggap tidak selari dengan pendirian, maka itu adalah hak beliau sebagai perdana menteri untuk membuat rombakan,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dalam satu sidang media mengumumkan barisan Kabinet baharunya yang antara lain menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jawatan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.
Mengulas lanjut, Shafie berkata, beliau telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin semasa memegang jawatan Kabinet.
“Sejak memegang jawatan Kabinet, saya telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar,” katanya lagi.
2 comments:
Teruskanlah berkhidmat untuk rakyat, walaupun digugurkan. Reshuffel ni memang perkara biasa tujuannya untuk menambah baik. Turun naik dalam kehidupan itu adalah lumrah.
fear of god essentials
off white shoes
giannis shoes
yeezy gap
yeezy 500
hermes outlet
yeezy shoes
bape hoodie outlet
off white clothing
golden goose
Post a Comment