sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 5 October 2015

Rezeki bukan di tangan pemimpin



AMPANG - Veteran Umno, Tan Sri Sanudi Junid mendakwa ahli politik telah mengubah persepsi rakyat bahawa rezeki itu datang dari "pintu politik" dan bukannya ALLAH SWT melalui perniagaan.

Sanusi berkata persepsi itu menyebabkan rakyat berasa takut untuk mendedahkan kebenaran terutamanya penjawat awam apabila khuatir "periuk nasi" mereka terjejas dan hilang pekerjaan.

"Rezeki di tangan ALLAH dan bukan di tangan pemimpin, hanya orang politik saja mampu menafikan hadis Nabi. Sepatutnya, sembilan dari sepuluh rezeki datangnya dari sumber perniagaan.

"Tetapi, orang politik kata, sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu adalah dari pintu politik," katanya sewaktu berucap di Majlis Hi-Tea bicara politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di Hotel De Palma Hotel, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, sekiranya persepsi itu terus dibiarkan, orang Melayu akan terus menjadi bangsa yang ketinggalan dan tidak mustahil akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

"Selagi kita tidak betulkan (persepsi) kecintaan sepatutnya kepada agama, bangsa dan negara, itu perlu kepada agama, selagi itu kita jadi bangsa yang bangsat dan akan kalah dalam pilihan raya nanti," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan untuk mengembalikan maruah bangsa, orang Melayu sendiri khususnya Umno perlu menebusnya sendiri.

Kita tak mahu parti lain tebus maruah kita, tapi kita mahu Umno sendiri tebus maruah ini," katanya lagi.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive