sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 30 March 2016

Kerana Najib, Ambank Bakal Terima Padah Besar ?



Sebuah akhbar Australia melaporkan bahawa bank keempat terbesar di Australia - Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ)- mungkin menjual pegangannya dalam AmBank Holdings Berhad selepas publisiti buruk berhubung laporan ribuan juta ringgit disalurkan kepada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"ANZ difahamkan cuba untuk melupuskan pegangannya dalam bank di Malaysia itu yang dibelenggu skandal sejak September lalu - sebulan selepas puluhan ribu rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi jalanan membantah skandal itu," lapor The Australian dalam artikel bertajuk ‘Skandal Najib Razak: ANZ tidak boleh bertindak’ yang diterbitkan hari ini.

Akhbar itu melaporkan bahawa jumlah besar wang yang mencurah ke dalam akaun Najib mencetuskan amaran mengenai pengubahan wang haram di AmBank yang menyebabkan bank tersebut terpaksa membayar denda selepas Bank Negara mendapati ia melanggar undang-undang anti pengubahan wang haram dan peraturan transaksi kewangan memerangi keganasan.

Ini susulan pendedahan semalam oleh rancangan ehwal semasa 'Four Corners' terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang memperincikan bahawa ribuan juta ringgit didakwa mengalir ke dalam akaun AmBank Najib.

Akhbar itu melaporkan ANZ berkata ia tidak boleh bertindak ke atas pemindahan yang dikatakan bernilai lebih daripada AS$1 bilion ke akaun peribadi Najib di AmBank, walaupun ia adalah pemegang saham utama di institusi Malaysia itu dengan eksekutif ANZ bekerja sebagai pengurusan kanan dan juga menganggotai lembaga pengarahnya.

ANZ menjadi pemegang saham utama dalam AmBank Malaysia selama hampir 10 tahun, selepas membeli 24.9 peratus kepentingan pada tahun 2006.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive