sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 30 March 2016

Najib Arah Ketua Bahagian Merbok Gantung ketua Cawangan ?



BERCAKAP BENAR DAN BERANI KERANA BENAR !

Inilah UMNO parti ku ! Bercakap benar adalah pengkhianat parti.Mencuri ,merompak dan menyamun harta rakyat dipuja dan disanjung oleh pemimpin dan ahli.Inilah UMNO Parti tanah air ku !.

Ketua Bahagian Merbok 

Petang semalam 29.3.16 UMNO Bahagian Merbok telah mengirim warkah cinta menggantung jawatan Ketua Cawangan UMNO Cawangan Jalan Badlishah.Tiada sebarang alasan dan FASAL mana dalam Pelembagaan UMNO yang dinyatakan dalam warkah cinta tersebut.

Saya lantas membuka Perlembagaan UMNO,semak punya semak tak jumpa pula seorang Ketua Bahagian atau Jawatankuasa Bahagian boleh menggantung jawatan seorang Ketua Cawangan yang dipilih oleh ahli.

Yang saya jumpa ialah FASAL 10 Tanggungjawab Majlis Tertinggi.

FASAL 10.9 Melucutkan jawatan mana mana Ahli Badan Perhubungan,Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan atas apa apa sebab sekalipun.

Ini bermakna Ketua Bahagian Merbok yang bijaksana lagi maha berkuasa telah mengambil alih tugas Majlis Tertinggi. TAHNIAH !

Apa pun saya akan rujuk kepada daftar pertubuhan @ ROS untuk mendapat pandangan serta nasihat mereka.

Dari FB Anuar Abdul Hamid 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive