*Licik 2*
Pening dan mengelirukan kerana dalam ucapan YB Adun Kota Siputeh semasa Majlis Penyerahan Sumbangan di Pusat Khidmat Parlimen Jerlun tempoh hari disebutkan hal berkaitan Peruntukan untuk rakyat di Dun Ayer Hitam bakal diuruskan oleh Pusat khidmat Adun Kota Siputeh.
Peruntukan tersebut dibawah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU Kedah) untuk rakyat di Dun Ayer Hitam yang tergantung sebelum ini, kini boleh dimohon melalui Pusat Khidmat Adun Kota Siputeh.
Tindakan ini dilihat agak keterlaluan kerana ia menggambarkan Dun Ayer Hitam tidak mempunyai wakil rakyat daripada Barisan nasional (BN).
Kenapa seolah-olah wujud usaha untuk menafikan hak YB Adun Ayer Hitam sebagai wakil rakyat?
Sebagai salah seorang dari Ketua UMNO Cawangan di Dun Ayer Hitam, saya berpendapat YB Adun Kota Siputeh tidak wajar campurtangan dalam menguruskan peruntukan untuk rakyat di Dun Ayer Hitam
Tindakan YB Adun Kota Siputeh dikhuatiri menimbulkan salah faham dan lebih malang sekiranya ia dianggap sebagai menangguk di air yang keruh.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU Kedah) merupakan agensi kerajaan yang mampu menyalurkan terus peruntukan tersebut kepada rakyat di Dun Ayer Hitam samada melalui Penghulu Mukim atau Pengerusi JKKK.
Peruntukan sebanyak RM 300,000.00 (Tiga Ratus Ribu) tersebut sepatutnya digunakan untuk memenuhi keperluan dan bantuan kepada rakyat di Dun Ayer Hitam.
Untuk makluman, Pusat Khidmat Adun Ayer Hitam sendiri telah menerima pelbagai permohonan daripada Pengerusi JKKK dan rakyat.
Semua peruntukan kerajaan untuk rakyat yang disalurkan melalui YB Adun Ayer Hitam sebelum ini terbukti telah diuruskan dengan cekap dan amanah terutamanya dalam memenuhi keperluan asas rakyat.
Peruntukan yang lazim diurus untuk disalurkan kepada rakyat adalah seperti berikut:
1. Permohonan keperluan asas bekalan air paip untuk rakyat miskin.
2. Permohonan keperluan asas bekalan elektrik untuk rakyat miskin.
3. Permohonan bantuan membaiki rumah untuk rakyat miskin.
4. Permohonan menaik taraf jalan kampung dan jalan pida.
5. Permohonan menurap semula tar jalan kampung dan jalan pida.
6. Permohonan membaiki surau dan masjid.
7. Permohonan pembekalan kipas angin dan penghawa dingin untuk Masjid, Surau, Pusat Sumber dan Dewan Sekolah.
8. Permohonan Peralatan Pertanian dan Industri IKS untuk rakyat.
9. Permohonan keperluan masyarakat seperti Stor, Peralatan Kenduri, Khemah, Meja dan Kerusi.
Menjadi persoalan apabila YB Adun Kota Siputeh telah mengumumkan kepada Pengerusi JKKK Dun Ayer Hitam supaya menghantar permohonan bagi mendapatkan peruntukan tersebut melalui Pusat Khidmat Adun Kota Siputeh.
Benarkah YB Adun Kota Siputeh juga telah mencadangkan agar sebahagian peruntukan untuk rakyat ini digunakan bagi membiayai perbelanjaan Majlis Sahur Perdana dan Majlis Sambutan Hari Raya?
Ia bakal memberi gambaran seolah-olah YB Adun Kota Siputeh menggunakan peruntukan untuk rakyat di Dun Ayer Hitam bagi meraih sokongan politik.
Situasi tersebut juga akan mengambarkan ketidakmatangan YB Adun Kota Siputeh dalam mencari titik perdamaian.
Namun, saya berprasangka baik dan menganggap ucapan tersebut sebagai gurauan daripada YB Adun Kota Siputeh.
Saya juga menganggap ucapan tersebut belum tepat sehingga Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU Kedah) sendiri mengeluarkan kenyataan dan penjelasan.
Pada pendapat saya, peruntukan untuk rakyat di Dun Ayer Hitam harus disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukan bantuan kerana masih banyak permohonan bantuan daripada rakyat yang memerlukan kelulusan segera.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, BUKAN menjadi KEUTAMAAN untuk membiayai Majlis Sahur Perdana atau Majlis Sambutan Hari Raya tetapi memenuhi permohonan keperluan rakyat adalah diutamakan.
Percayalah, rakyat akan melihat tindakan terburu-buru YB Adun Kota Siputeh ini nanti sebagai perbuatan menganiaya dan tidak menghormati peranan YB Adun Ayer Hitam sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dun Ayer Hitam.
Sekiranya cadangan ini diteruskan juga, ia akan menimbulkan bibit perpecahan dikalangan rakyat dan pengundi di Dun Ayer Hitam.
Saifuddin Bin Saad
Ketua Cawangan Padang Sera Luar
_*bersambung*_
2 comments:
adun kota siputeh ni hard up atau sangap sangat populariti sampaikan duit peruntukan kawasan lain pun nak dikebas buat majlis yg tidak bermanfaat terutama dlm keadaan kis sara hidup yg terus tinggi.
sedarlah diri anda sedang diberi amanah.
Din jarak nie sebenarnya baru ja masuk umno...sbb nk kerja dekat pusat khudmat dun ayer hitam...dia kononnya nk jadi jaguh di jerlun...tapi sayang...segala usaha dia dok buat membuatkan org makin myampah..dia umpama pencacai pengangkat taik boboi...dia dok hasut org...sedangkan dia sendiri kedarah duit beli cambry guna duit program kerjaya...
Post a Comment