sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 13 April 2017

'Sebutlah dengan lidah yang fasih, tuan guru'



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diseru menyatakan secara jelas siapakah pihak yang dirujuknya berunding dengan AS untuk campur tangan dalam politik Malaysia.

Anggota Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff, berkata sebagai seorang ulama dan berjawatan tinggi dalam badan dunia, Abdul Hadi perlu mengemukakan bukti mengiringi setiap tuduhannya.

Kata Zulhazmi, membuat tuduhan tanpa disertakan bukti bukanlah akhlak yang disarankan Islam.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta Abdul Hadi dan seluruh pimpinan PAS supaya menyebut dengan lidah yang fasih lagi sahih, siapakah yang berunding dengan AS untuk mengubah politik Malaysia?

"Sebutlah dengan lidah yang fasih, siapakah yang berunding dengan kedutaan asing dan seterusnya menjemput AS dan negara asing ke Malaysia?" katanya melalui kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi pada 10 April lalu mendakwa, tidak wajar PAS dipersalahkan kerana berunding dengan Umno demi kepentingan Islam kerana kerajaan Pulau Pinang - yang diketuai DAP - melakukan perkara sama dengan Putrajaya.

"Kita boleh berunding dengan Umno, berunding dengan siapa saja untuk melaksanakan Islam, sedangkan dia dengan Amerika pun berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding.

"(Mereka) berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia.

"Kita tak sampai tangga (ke tahap) itu, nak suruh negara asing campur tangan negara kita.

"Kita berunding dengan Umno saja, sama-sama Melayu Islam, itu. Salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa, bincang tentang politik Malaysia," katanya di Rusila, Terengganu.

Zulhazmi berkata Abdul Hadi juga perlu menyatakan bilakah rundingan pihak terbabit dengan AS bagi mengubah politik Malaysia dibuat.

"Sebutlah dengan lidah yang fasih wahai Tuan Guru! Jangan mempolemikkan isu tanpa fakta dan bukti. Kemukakan bukti," katanya.

Zulhazmi juga mengingatkan, Abdul Hadi pernah disaman oleh anggota PKR apabila beliau membuat kenyataan mengaitkan pihak tertentu dengan pil kuda menjelang pilihan raya umum 2013.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...