sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label BANGSA MORO. Show all posts
Showing posts with label BANGSA MORO. Show all posts

Friday, 28 March 2014

HOT NEWS : KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI DI FILIPINA



Berikut teks ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) penuh bersejarah, yang beliau saksikan di Manila hari ini:

"Tuan Yang Terutama Benigno S Aquino III, Presiden Filipina

Tuan Yang Terutama Al Haj Murad Ebrahim, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)

Puan Yang Terutama Teresita Quintos Deles, Penasihat Presiden mengenai Proses Damai.

Yang Berhormat Menteri-menteri

Pengerusi Panel Perdamaian Filipina/Pengerusi Panel Perdamaian MILF

Dif-dif Kehormat, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

Hari ini, kita menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro. Ia merupakan perjanjian damai yang mengambil masa beberapa dekad untuk menjadi kenyataan.

Dengan menandatangani perjanjian ini, kedua-dua pihak tidak lagi melihat kepada masalah masa lalu, tetapi apa yang dijanjikan pada masa akan datang. Setelah bertahun-tahun wujudnya konflik, dan banyak jiwa yang menjadi korban, ini merupakan suatu detik yang lahir daripada keberanian. Dan ia akan mengubah sejarah negara mereka untuk selama-lamanya.

Dengan menyertai proses damai ini, Barisan Pembebasan Islam Moro telah membalas kembali kepercayaan yang diberi kepadanya oleh rakyat. Melalui rundingan yang diadakan dengan penuh keikhlasan, Kerajaan Filipina mengesahkan hak Bangsamoro untuk menentukan nasib mereka sendiri.

Kedua-dua pihak telah berkorban agar rakyat di selatan Filipina dapat menjalani kehidupan secara bebas, bebas daripada keganasan yang telah memisahkan banyak keluarga. Bebas daripada penderitaan yang disebabkan oleh konflik selama beberapa dekad. Bebas daripada ketakutan.

Dalam lembaran perjanjian ini, kita melihat janji untuk masa depan yang lebih cerah.

Masa depan apabila bilik darjah akan dipenuhi ketawa riang, bukan lagi bunyi tembakan. Apabila pemuda memerangi kemiskinan, bukan sesama sendiri. Apabila rakyat berganding bahu membina konsensus dan identiti baharu: Bangsamoro.

Perpaduan tidak boleh dicapai dalam tempoh semalaman. Selepas bertahun-tahun, tiada jalan pintas dan mudah untuk mencapainya. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dan akan terdapat halangan yang menantinya. Bagaimanapun, komitmen terhadap keamanan – komitmen yang saya nampak terdapat di dalam dewan ini – tidak boleh sekali-kali menjadi goyah. Kita perlu cekal dan tabah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Kedua-dua pihak telah meninggalkan konflik sebelum ini di belakang mereka, tetapi kita perlu perkuatkan diri kita untuk menghadapi cabaran baharu. Setelah berakhirnya konflik, maka kerja sukar untuk mewujudkan pembangunan pun bermula. Kita perlu beri makna baharu kepada kehidupan yang pernah dilanda keganasan.

Peperangan selama beberapa dekad telah merampas daripada satu generasi penjagaan kesihatan, pendidikan, pendapatan. Perdamaian bukan sahaja sepatutnya membawa kemakmuran, tetapi juga peluang. Hanya dengan itu, masa depan Bangsamoro akan terjamin.

Dua tahun lepas, saya berjanji kepada Presiden Aquino bahawa Malaysia akan terus membantu untuk mewujudkan pembangunan. Kami sedia menolong membina institusi, memperkemaskan pendidikan, menambah baik bidang pertanian. Janji terus kekal, selagi ia diperlukan. Malaysia akan tetap menjadi rakan bagi keamanan.

Keyakinan kami terhadap kerjasama merentasi sempadan diperkukuhkan lagi oleh tragedi yang berlaku. Kehilangan 239 orang yang menggunakan Penerbangan MH370 adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Malaysia berterima kasih atas sokongan yang diberi oleh rakan-rakan dan jiran kami, termasuk Filipina, dalam usaha mencari yang hingga kini masih diteruskan. Dalam waktu yang menyulitkan ini, kami mendapat kekuatan daripada respons penuh ihsan yang diterima daripada negara sahabat kami.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Perjanjian ini memberi jaminan terhadap hak rakyat Bangsamoro dan kedaulatan Filipina. Kami berharap rakyat Bangsamoro akan bekerja seiring dengan Kerajaan Filipina dan MILF untuk memastikan kejayaannya.

Komitmen terhadap perdamaian ini terikat kukuh. Ia mesti dipenuhi dan dilindungi. Semua pihak perlu berpegang pada semangat dan kandungan perjanjian ini. Kita perlu berusaha untuk memastikan wujudnya rasa hormat terhadap agama dan menghayati prinsip tidak melakukan keganasan. Kita perlu lindungi hak asasi manusia, menjunjung tinggi keluhuran undang-undang dan mengamalkan kesederhanaan.

Sunday, 3 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : PANAS !! ANGGOTA KOMANDO DIPERANGKAP !!! #LahadDatu

LAHAD DATU: BERPURA SERAH KALAH UNTUK PERANGKAP ANGGOTA KOMANDO

Petaling Jaya, 2 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perdana Menteri berkata perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini. - BERNAMA

Thursday, 28 February 2013

CEROBOH SABAH : ANWAR SANGGUP KORBANKAN RAKYAT SABAH DEMI MENJADI PERDANA MENTERI ? - 8


Agak mengejutkan apabila agensi berita antarabangsa, Reuters mendakwa kumpulan bersenjata yang menceroboh Kampung Tanduo , Lahad Datu , Sabah sejak 12 Febuari lalu berlaku atas jemputan Anwar Ibrahim. 

Dakwaan menyatakan bahawa Anwar menawarkan Sabah kepada pemerintahan Kesultanan Sulu dan menjadikan Sabah sebagai autonominya sendiri adalah suatu diluar jangkaan rakyat Malaysia, tetapi kita tidak menafikan yang Anwar sanggup membuat apa saja demi kuasa politik bodohnya itu. 

Ditambah menyakinkan lagi gambar pertemuan sulit Anwar dan bekas pemimpin MNLF yang tersebar di media sosial 


Berbalik kepada pencerobohan yang dilakukan oleh mereka yang menggelar 'tentera Diraja Kesultanan Sulu'  , tempoh mereka keluar hanya ada 24jam dari sekarang setelah pihak berkuasa Malaysia mengedarkan risalah tempoh 4jam untuk menyerah diri dan meletak senjata ataupun terima tindakkan tegas daripada pihak berkuasa.

Segala kemungkinan akan berlaku termasuk pertumpahan darah yang bakal diterima jika mereka terus berdegil , jika keadaan ini berlaku tidak mustahil Anwar akan menghentam habis-habisan kerajaan Malaysia kerana tindakkan tersebut , sikap licik Anwar ini sememangnya kita tahu demi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Walaupun Anwar menafikan yang beliau bertemu secara sulit Nur Misuari tetapi semuanya telah terbongkar. Dengan tempoh masa yang diberikan oleh pihak berkuasa hanya ada kurang 24jam dari sekarang sememangnya sesuatu yang membimbangkan terutama keselamatan penduduk Kampung. 

Anwar pastinya gembira jika ada pertumpahan darah kerana mudah baginya untuk menyerang habis-habisan kerajaan Malaysia kononnya membunuh sesama umat Islam dan sebagainya. 

Harap kita semua tidak termakan dengan sikap licik lagi penuh muslihat Anwar ini .


Semoga Allah melindunggi rakyat Malaysia dan mereka yang menceroboh sedar akan apa yang mereka lakukan adalah hanya menjadi kambing hitam manusia yang hanya mahukan kedudukan. 

Wallahualam.. 


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...