Agak mengejutkan apabila agensi berita antarabangsa, Reuters mendakwa kumpulan bersenjata yang menceroboh Kampung Tanduo , Lahad Datu , Sabah sejak 12 Febuari lalu berlaku atas jemputan Anwar Ibrahim.
Dakwaan menyatakan bahawa Anwar menawarkan Sabah kepada pemerintahan Kesultanan Sulu dan menjadikan Sabah sebagai autonominya sendiri adalah suatu diluar jangkaan rakyat Malaysia, tetapi kita tidak menafikan yang Anwar sanggup membuat apa saja demi kuasa politik bodohnya itu.
Ditambah menyakinkan lagi gambar pertemuan sulit Anwar dan bekas pemimpin MNLF yang tersebar di media sosial
Berbalik kepada pencerobohan yang dilakukan oleh mereka yang menggelar 'tentera Diraja Kesultanan Sulu' , tempoh mereka keluar hanya ada 24jam dari sekarang setelah pihak berkuasa Malaysia mengedarkan risalah tempoh 4jam untuk menyerah diri dan meletak senjata ataupun terima tindakkan tegas daripada pihak berkuasa.
Segala kemungkinan akan berlaku termasuk pertumpahan darah yang bakal diterima jika mereka terus berdegil , jika keadaan ini berlaku tidak mustahil Anwar akan menghentam habis-habisan kerajaan Malaysia kerana tindakkan tersebut , sikap licik Anwar ini sememangnya kita tahu demi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Walaupun Anwar menafikan yang beliau bertemu secara sulit Nur Misuari tetapi semuanya telah terbongkar. Dengan tempoh masa yang diberikan oleh pihak berkuasa hanya ada kurang 24jam dari sekarang sememangnya sesuatu yang membimbangkan terutama keselamatan penduduk Kampung.
Anwar pastinya gembira jika ada pertumpahan darah kerana mudah baginya untuk menyerang habis-habisan kerajaan Malaysia kononnya membunuh sesama umat Islam dan sebagainya.
Harap kita semua tidak termakan dengan sikap licik lagi penuh muslihat Anwar ini .
Semoga Allah melindunggi rakyat Malaysia dan mereka yang menceroboh sedar akan apa yang mereka lakukan adalah hanya menjadi kambing hitam manusia yang hanya mahukan kedudukan.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment