Dua adik beradik perempuan antara yang ditahan di dalam operasi yang dijalankan sepasukan anggota polis Cawangan Trafik IPD Johor Baharu Selatan, malam kelmarin.
Kedua-dua mereka menyertai sekumpulan remaja yang menjadikan laluan Pantai Lido sebagai medan berlumba.
Ketika ditahan, kereta dinaiki dua remaja yang berusia 16 dan 19 tahun itu dipandu menentang arus oleh seorang lelaki berusia 19 tahun bagi mengelak sekatan jalan raya.
Hasil siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai lesen memandu.
Sumber: Buletin 1.30, TV3
KAMI CUCU CICIT PENDANG AKAN TENTANG MAT SABU HABIS-HABISAN !!!
Kemarahan penduduk yang ditipu oleh YB ADUN PAS KUPANG semakin memuncak dan mereka bersatu untuk mengambil tindakkan kepada Pejabat Adun PAS Kupang ~
BALING - Kerajaan Pas Kedah didakwa gagal menunaikan janji untuk memberi geran hak milik tanah kepada 119 peneroka tanah hutan di 11 buah kampung di sekitar peti undi Kampung Iboi, Kupang di sini.
Difahamkan pada 2011 dan 2012, peneroka tersebut juga membuat bayaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut keluasan tanah bagi tujuan mendapatkan geran, namun sehingga kini tiada maklum balas yang diterima.
Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.
"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.
"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.
"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi, di sini hari ini.
Seorang lagi peneroka, Leha Seman, 60 yang merupakan ibu tunggal berkata, dia juga membayar RM1,000 untuk urusan mendapatkan geran tersebut dan sehingga kini geran itu masih gagal diperoleh.
"Saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan saya untuk mendapatkan geran tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas diterima," katanya.
Dalam pada itu, Azmi berkata, peneroka yang terlibat disaran menubuhkan jawatankuasa bertindak dengan segera bagi menangani masalah tersebut dan membuat laporan polis tentang kemungkinan wujudnya penyelewengan.
"Kita bukan hendak tuduh ada penyelewengan tetapi kita percaya berlaku hal sedemikian berdasarkan bukti dan resit yang dibawa oleh mereka yang terlibat hari ini.
"Kita hendak tahu ke mana duit yang diberikan kepada pejabat ADUN Kupang kerana sampai sekarang tiada geran dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya.
Dalam pada itu, Tun Mohd. Amar berkata, satu memorandum berkaitan hal tersebut akan dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat dan pihaknya akan melihat perkara itu dari sudut undang-undang. - Utusan
APJ : YB JOE ingatlah ye ~ bukan selalunya kita boleh terbang tinggi dan tak semua orang kampung boleh ditipu . Jangan jadi manusia berbin atau berbintikan syaitan
Semalam kita dikejutkan dengan berita pergaduhan kaum di Sungai Petani Kedah , yang membuatkan kerisauan dikalangan penduduk. Pihak berkuasa dahpun keluarkan kenyataan media teentang pergaduhan ni .
Tapi kat TV3 pun dah dijelaskan perkara itu dan tindakkan susulan akan diambil kepada penyebar fitnah yang menyatakan ada berlaku rusuhan . Semoga menjadi iktibar pada kita semua.
kita lupakan kes tersebut dan ni aku nak tayangkan video panas apa yang dah PAS KEDAH lakukan dan kekejaman mereka pada rakyat kedah - BN SELAMATKAN KEDAH
Adun Belantik Mendedahkan Kezaliman Kerajaan Negeri Pentadbiran PAS.