sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label CALON BN PENDANG. Show all posts
Showing posts with label CALON BN PENDANG. Show all posts

Monday, 22 April 2013

EKSKLUSIF : OPS BONGKAR !! PAS KEDAH SELEWENG !!! #PRU13 #TukarKedah #GE13


Semalam aku ada menulis tentang kaitan isteri isteri calon Pas dan kaum keluarga pemimpin Pas yang terlibat dalam penyelewengan wang sebuah institut pengajian Islam tersohor di negeri Kedah (klik sini).

Hasil daripada laporan audit dalaman dibawah(gambar), memang terdapat banyak unsur penipuan terancang yang dibuat oleh kaum keluarga pemimpin pemimpin Pas dalam Maktab Mahmud..

Setelah selesai siasatan rapi dibuat, kami TMK dapati terdapat beberapa pekara meragukan dalam beberapa pekara seperti bahan bahan bukti contoh maklumat pembayaran, bukti bukti sokongan pembayaran, rekod kehadiran meragukan, salahguna wang dan kebanyakkan bukti bukti ini dilupuskan lebih lebih lagi melibatkan soal kewangan..








Lihat semakan audit di Maktab Mahmud Alor Star, semua bahan bukti telah dilupuskan dan tidak menjawab penemuan audit seperti diarahkan.. Ini bermakna memang berlakunya penyelewengan dalam pentadbiran di Maktab Mahmud Alor Star..


Edisi pembongkaran pagi ini aku mulakan dengan rekod kehadiran salah seorang pegawai, dimana mengikut rekod selama 2 bulan iaitu pada bulan oktober 2009 dan Januari 2010 mendapati kehadiran kakitangan bernama Jamil bin Mat Saad adalah sama setiap hari iaitu tepat jam 7.00 pagi berturut turut selama sebulan..

Langsung tak pernah lewat atau awal.. Pelik !! Belum pernah lagi aku jumpa orang yang setiap hari datang kerja tepat waktunya..

Akhirnya sebab tak puas hati, pihat audit buat spot check pada 26 september 2010 jam 11.30 pagi mendapati rekod keluar Jamil bin Mat Saad telah tercatat pada pukul 15.30 petang..Bermakna orang tu tak ada di pejabat tapi dah ada rekod punch card..

Untuk makluman semua, kunci mesin kedatangan hanya dipegang oleh seorang sahaja iaitu majikan atau pengetua.. Siapa Pengetua Sekolah Maktab Mahmud Pendang?? Sabar !!! akan didedahkan untuk artikel seterusnya..

Saturday, 20 April 2013

TUDIAA !!! MAT SABU KARAM DI PENDANG #PRU13 #TukarKedah

PENDANG - Mampukah Pendang, antara kubu kuat Pas di Kedah, 'menyelamatkan' karier politik Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang kalah dalam dua dalam pilihan raya (PRU) umum lepas.

Keputusan Timbalan Presiden Pas itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bertanding di Pendang dalam PRU13 berhadapan bekas anggota Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul akan ditentukan oleh lebih 63,000 pengundi pada 5 Mei ini.

Mat Sabu kalah di Parlimen Kuala Terengganu kepada calon Barisan Nasional (BN), Razali Ismail pada 2008 dan sebelum itu pada 2004 beliau kalah di Kuala Kedah.

Othman, 62, berkata faktor Pendang dikuasai Pas sejak 2004 tidak memberi kelebihan kepada parti itu dan pertandingan satu lawan satu di kawasan berkenaan menguntungkan BN atas banyak sebab termasuk memiliki jentera pilihan raya yang mantap.

"Undi kami tidak pecah dan saya yakin pengundi masyarakat Siam berjumlah hampir 4,000 akan bersama BN. Secara tidak langsung kami akan lebih fokus menjalankan tidak kurang 10 ceramah setiap malam.

"Isu saya dan dua lagi calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) anak tempatan turut memberi kelebihan kepada BN manakala wakil rakyat dari Pas tidak langsung membawa pembangunan di Pendang dan Tokai," kata bekas anggota Parlimen Pendang dari 1983 hingga 2004 itu.

Beliau ditemui selepas pengumuman nama-nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dun oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pendang Mohd Nordin Yahya hari ini.

"Masa jadi anggota Parlimen dulu mudah projek pembangunan dibawa ke Pendang. Sekarang masyarakat di sini amat memerlukan wakil rakyat yang boleh berhubung terus dengan kerajaan pusat untuk bawa perubahan yang diidamkan," kata Othman.

Sementara itu, kerusi Dun Tokai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang dari Pas, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Najmudin Darus (BN) dan seorang calon Bebas, Abu Bakar Abdullah.

Dun Sungai Tiang pula menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan penyandang dari BN Datuk Suraya Yaacob, Fadhil Baharom (Pas), Chearean Isem (Kita) dan calon Bebas, Rosli Omar.

Sementara itu Suraya berkata masyarakat Siam amat taat dan tidak akan memberikan undi selain kepada BN.

"Undi mereka sebanyak 85 peratus konsisten sejak 2008 namun saya yakin jumlahnya boleh bertambah setelah kerajaan persekutuan mengiktiraf masyarakat Siam sebagai Bumiputra walaupun mereka kumpulan etnik yang kecil," katanya.

Najmudin, 50, berkata Mohamed Taulan (Pas) tidak memberi perhatian untuk membangunkan Tokai dan memikirkan masa depan generasi kedua.

Katanya Tokai seharusnya 'dilayan' sebagai kawasan pinggir bandar yang hampir dengan bandar raya Alor Setar kerana taraf hidup di sini sama seperti di kedua-dua bandar itu.

"Harga rumah di sini sama seperti di Alor Setar dan Sungai Petani. Ramai orang kaum Cina dari luar datang dan menetap di Tokai yang seharusnya menjadi faktor kuat Tokai dibangunkan sejak dua tiga tahun lepas. Saya akan berusaha memecahkan tradisi ini," katanya. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...