sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label CEO MAS. Show all posts
Showing posts with label CEO MAS. Show all posts

Wednesday, 10 December 2014

Video : Beri Kepercayaan Kepada Rakyat Malaysia Teraju MAS - PPUM @azwanbro



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) mendesak pihak Khazanah Nasional untuk mengkaji semula pelantikan CEO (Newco) baharu MAS dengan memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia sendiri untuk menerajui MAS dan langkah-langkah pemulihannya. PPUM percaya ramai yang layak dikalangan anak watan yang mempunyai kemampuan dan pengalaman dalam urustadbir pemulihan korporat.

Walaubagaimanapun PPUM tidak menafikan gandingan pakar antarabangsa dan pakar tempatan mampu menjayakan skim pemulihan MAS. 




Namun begitu, PPUM amat merasakan aset strategik nasional dan dana RM6bil yang disuntik oleh Khazanah perlu diuruselia oleh calon anak watan di mana sebagai rakyat beliau akan lebih memahami keperluan budaya dan cara kerja serta iklim ekonomi negara.

PPUM juga melihat justifikasi pemulihan lebih berbentuk pengurangan kos operasi dan pencarian laluan udara yang lebih profitable. Justeru PPUM percaya Khazanah mampu untuk mencari calon tempatan yang layak sekiranya mahu. Usaha ini boleh dibantu oleh pihak Talent Corp. dan agensi-agensi yang berkaitan.

PPUM melihat sekiranya pelantikan ini diteruskan ia bakal mengundang pelbagai persepsi terhadap kemampuan pengurusan Khazanah di mana ia terpaksa bergantung dengan pakar luar. PPUM amat khuatir sekiranya pakar luar dijadikan taruhan dengan risiko yang terlalu tinggi.

Maka PPUM mencadangkan sekiranya Khazanah memerlukan tenaga luar, bolehlah melantik sebagai perunding atau penasihat dan mengembalikan jawatan CEO kepada rakyat Malaysia.

Tuesday, 25 March 2014

UPDATE #MH370 : HANCUR LULUH HATI SAYA - CEO MAS AHMAD JAUHARI #PRAYFORMH370




RAKYAT NEWS
: Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Sejurus selepas sidang akhbar mengenai MH370 awal hari ini, Ahmad Jauhari berkata beliau bukan berkata demikian kerana kedudukannya sebagai CEO MAS, tetapi sebagai seorang bapa dan anak.

"Setiap anggota keluarga MAS mendoakan kesejahteraan 239 roh mereka yang menaiki MH370 dan orang yang mereka sayang pada hari yang memilukan ini. Kami (MAS) mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Ahmad Jauhari yang mengalirkan air mata apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang nasib pesawat itu malam semalam.

Beliau berkata seluruh warga MAS turut berasa sedih dan pilu. "Sedih kerana kesemua mereka yang menaiki Penerbangan MH370 pada 8 Mac tidak akan dapat lagi berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan kini, keluarga terbabit terpaksa menjalani kehidupan tanpa orang yang mereka sayangi. Satu lagi perkara yang tidak patut dilupakan ialah 13 rakan kami dan rakyat Malaysia lain juga menaiki pesawat itu.

"Izinkan saya menyatakan dengan sejelas-jelasnya tentang peristiwa petang semalam bahawa satu-satunya motivasi bagi kami (MAS) ialah untuk memastikan bahawa dalam tempoh yang amat singkat, keluarga berkenaan dapat mendengar berita sedih itu sebelum dunia mendengarnya," kata beliau.

Beliau berkata dengan sedapat mungkin, MAS menyampaikan berita itu secara peribadi kepada keluarga terbabit atau melalui telefon dan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya sebagai langkah susulan untuk memastikan hampir 1,000 anggota keluarga terbabit mendapat berita itu dari syarikat penerbangan tersebut sendiri, bukan dari media.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...