Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) mendesak pihak Khazanah Nasional untuk mengkaji semula pelantikan CEO (Newco) baharu MAS dengan memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia sendiri untuk menerajui MAS dan langkah-langkah pemulihannya. PPUM percaya ramai yang layak dikalangan anak watan yang mempunyai kemampuan dan pengalaman dalam urustadbir pemulihan korporat.
Walaubagaimanapun PPUM tidak menafikan gandingan pakar antarabangsa dan pakar tempatan mampu menjayakan skim pemulihan MAS.
PPUM juga melihat justifikasi pemulihan lebih berbentuk pengurangan kos operasi dan pencarian laluan udara yang lebih profitable. Justeru PPUM percaya Khazanah mampu untuk mencari calon tempatan yang layak sekiranya mahu. Usaha ini boleh dibantu oleh pihak Talent Corp. dan agensi-agensi yang berkaitan.
PPUM melihat sekiranya pelantikan ini diteruskan ia bakal mengundang pelbagai persepsi terhadap kemampuan pengurusan Khazanah di mana ia terpaksa bergantung dengan pakar luar. PPUM amat khuatir sekiranya pakar luar dijadikan taruhan dengan risiko yang terlalu tinggi.
Maka PPUM mencadangkan sekiranya Khazanah memerlukan tenaga luar, bolehlah melantik sebagai perunding atau penasihat dan mengembalikan jawatan CEO kepada rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment