sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Wednesday, 10 December 2014

Video : Beri Kepercayaan Kepada Rakyat Malaysia Teraju MAS - PPUM @azwanbro



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) mendesak pihak Khazanah Nasional untuk mengkaji semula pelantikan CEO (Newco) baharu MAS dengan memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia sendiri untuk menerajui MAS dan langkah-langkah pemulihannya. PPUM percaya ramai yang layak dikalangan anak watan yang mempunyai kemampuan dan pengalaman dalam urustadbir pemulihan korporat.

Walaubagaimanapun PPUM tidak menafikan gandingan pakar antarabangsa dan pakar tempatan mampu menjayakan skim pemulihan MAS. 




Namun begitu, PPUM amat merasakan aset strategik nasional dan dana RM6bil yang disuntik oleh Khazanah perlu diuruselia oleh calon anak watan di mana sebagai rakyat beliau akan lebih memahami keperluan budaya dan cara kerja serta iklim ekonomi negara.

PPUM juga melihat justifikasi pemulihan lebih berbentuk pengurangan kos operasi dan pencarian laluan udara yang lebih profitable. Justeru PPUM percaya Khazanah mampu untuk mencari calon tempatan yang layak sekiranya mahu. Usaha ini boleh dibantu oleh pihak Talent Corp. dan agensi-agensi yang berkaitan.

PPUM melihat sekiranya pelantikan ini diteruskan ia bakal mengundang pelbagai persepsi terhadap kemampuan pengurusan Khazanah di mana ia terpaksa bergantung dengan pakar luar. PPUM amat khuatir sekiranya pakar luar dijadikan taruhan dengan risiko yang terlalu tinggi.

Maka PPUM mencadangkan sekiranya Khazanah memerlukan tenaga luar, bolehlah melantik sebagai perunding atau penasihat dan mengembalikan jawatan CEO kepada rakyat Malaysia.

Tuesday, 25 March 2014

UPDATE #MH370 : HANCUR LULUH HATI SAYA - CEO MAS AHMAD JAUHARI #PRAYFORMH370




RAKYAT NEWS
: Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Sejurus selepas sidang akhbar mengenai MH370 awal hari ini, Ahmad Jauhari berkata beliau bukan berkata demikian kerana kedudukannya sebagai CEO MAS, tetapi sebagai seorang bapa dan anak.

"Setiap anggota keluarga MAS mendoakan kesejahteraan 239 roh mereka yang menaiki MH370 dan orang yang mereka sayang pada hari yang memilukan ini. Kami (MAS) mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Ahmad Jauhari yang mengalirkan air mata apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang nasib pesawat itu malam semalam.

Beliau berkata seluruh warga MAS turut berasa sedih dan pilu. "Sedih kerana kesemua mereka yang menaiki Penerbangan MH370 pada 8 Mac tidak akan dapat lagi berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan kini, keluarga terbabit terpaksa menjalani kehidupan tanpa orang yang mereka sayangi. Satu lagi perkara yang tidak patut dilupakan ialah 13 rakan kami dan rakyat Malaysia lain juga menaiki pesawat itu.

"Izinkan saya menyatakan dengan sejelas-jelasnya tentang peristiwa petang semalam bahawa satu-satunya motivasi bagi kami (MAS) ialah untuk memastikan bahawa dalam tempoh yang amat singkat, keluarga berkenaan dapat mendengar berita sedih itu sebelum dunia mendengarnya," kata beliau.

Beliau berkata dengan sedapat mungkin, MAS menyampaikan berita itu secara peribadi kepada keluarga terbabit atau melalui telefon dan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya sebagai langkah susulan untuk memastikan hampir 1,000 anggota keluarga terbabit mendapat berita itu dari syarikat penerbangan tersebut sendiri, bukan dari media.

Monday, 24 March 2014

GEMPAR #MH114 : PESAWAT MAS MH114 PECAH LAMPU MENDARAT AKIBAT DIREMPUH SEKUMPULAN ITIK DI NEPAL !!!


Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Nepal.

MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata sebaik sahaja mendarat, pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.

Akibat kejadian itu, penutup lensa lampu mendarat pesawat itu telah pecah dan menafikan laporan yang mengatakan bahawa cermin hadapan pecah dalam insiden itu.

"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu juga dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," kata kenyataan itu.

"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.

Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.

Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.

Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.

MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.

Monday, 10 March 2014

VIDEO #MH370 : YDP AGUNG ZAHIR RASA SIMPATI KES KEHILANGAN PESAWAT MH370 #PRAYFORMH370




DAULAT TUANKU 

#MH370 HARI KE -3 : REKOD RADAR TENTERA DAN RADAR SIVIL MENUNJUKKAN MH370 CUBA BERPATAH BALIK KE KL


Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu masuk hari ketiga hari ini.

Operasi mengesan pesawat MH370 dipergiatkan pada hari kedua dengan penglibatan lebih banyak pihak dan kawasan carian yang lebih luas serta kemunculan beberapa kemungkinan baru 
mengenai kehilangan pesawat itu.

Operasi pada Ahad yang diketuai oleh pasukan tentera Malaysia disertai oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan negara serantau termasuk Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, melibatkan gerakan dari udara dan laut.

Usaha mengesan pesawat itu juga dipandu oleh petunjuk baru yang membayangkan ada kemungkinan besar pesawat jenis Boeing 777-200 itu cuba berpatah balik dari laluan asal Kuala Lumpur ke Beijing.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata rekod radar tentera menunjuk tanda-tanda pesawat itu cuba berpatah balik dan petunjuk itu disokong oleh petunjuk daripada radar sivil.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang Isnin mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.

Walaubagaimanapun, Hishammuddin berkata tiada serpihan pesawat ditemui di kawasan timbulnya tompokan minyak tersebut.

“Pada ketika ini, pesawat-pesawat Vietnam telah ke kawasan terbabit untuk mengenal pasti sama ada minyak itu datangnya dari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama di KLIA.

Berlaku sedikit kekeliruan pada Ahad kerana pada sebelah pagi diumumkan terdapat empat individu yang menaiki pesawat MH370 pasport yang dicuri.

Namun pada sebelah petangnya disahkan hanya terdapat dua penumpang pesawat MH370 menggunakan passport curi.

Hishammuddin memberitahu media selepas melawat keluarga penumpang MH370 di Hotel Everly, Putrajaya mengumumkan identiti dua penumpang misteri itu sudah dikenal pasti.

Butiran mereka juga telah dihantar kepada agensi perisikan dalam dan luar negara untuk siasatan lanjut.

Astro AWANI difahamkan menurut sumber yang mahir dengan tumpahan minyak, tompokan yang ditemui itu mungkin bukan dari MH370 kerana warna tompokan tersebut.

Sementara itu, pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratna memberitahu Astro AWANI kebarangkalian untuk pesawat milik Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dirampas oleh pengganas amat rendah. -ASTRO AWANI

#MH370 : TUDIAA !! ISTERI PM SIBUK BERI SOKONGAN PADA KELUARGA MANGSA PESAWAT MAS TAPI ISTERI KETUA PR TU SIBUK KEMPEN NAK JADI CALON KAJANG !!!!

ISTERI PERDANA MENTERI JUMPA KELUARGA MANGSA PESAWAT MAS HILANG 





Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat keluarga mangsa pesawat MH370 yang menginap di Hotel Everly di sini sebentar tadi.

Rosmah tiba pada kira-kira 12.45 tengahari sebelum meluangkan masa hampir dua jam bagi memberi sokongan moral dan menyelami perasaan sedih dialami keluarga mangsa.

Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pada hari penerbangan.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

SEMENTARA ITU 

ISTERI KETUA PEMBANGKANG KAKI LIWAT SIBUK NAK JADI CALON PRK KAJANG 


Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih untuk menggantikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini.

#MH370 : SELURUH DUNIA MENANTI BERITA TERKINI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370 !!!!



Insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam mengejutkan seluruh dunia.

Sejak ia berlaku, seluruh masyarakat dunia melahirkan rasa simpati, keprihatinan dan doa mereka terhadap insiden berkenaan sama ada melalui laman sosial, blog, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan lain-lain.

Menerusi laman sosial Facebook, sebuah akaun 'Missing Malaysia Airlines MAS Flight MH370' mendapat perhatian orang ramai dengan mencatatkan 265,401 'likes'.

Antara yang melahirkan rasa simpati ialah Fiona Bisonia, yang berkata: "Hati meruntun sayu bila mengenangkan para penumpang dan anak kapal. Walaupun tiada keluarga yang terlibat, tapi kita sebagai rakyat prihatin tetap merasa sedih.

Moga para penumpang dan krew MH370 dalam keadaan selamat di manapun mereka ketika ini. God bless MH370."

Sementara itu, Nicole Ganes pula berkata: "Lord, we lift up flight MH370 to You. We pray that You will shield them from every harm and danger. As there are passengers that consists of children, adults or even the elderly and it
doesn't matter what race, religion or denomination they hail from".

("Tuhan, kami menyerahkan nasib penerbangan MH370 kepada Engkau. Kami berdoa (semoga) Engkau akan melindungi mereka daripada sebarang bahaya.

TERKINI !!!! RUMUSAN HARI KEDUA MISI MENCARI PESAWAT MALANG MH370 #MH370



Usaha mencari dan menyelamat terus ditingkatkan bagi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang pada awal Sabtu pagi. Usaha ini juga ditingkatkan dengan kerjasama beberapa negara jiran dan juga Australia dan Amerika Syarikat.

Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 masih ingin maklumat yang kukuh.

Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat. 


Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. 

Susulan itu,pihak berkuasa terus menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370.

Pada sidang media yang diadakan pada jam 8 malam,Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat MAS MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Kawasan Anjung Tinjau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang di hadkan hanya kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 semalam kini dibuka kepada orang awam.

Ahli keluarga penumpang MH370 lebih bersedia untuk luahkan perasaan bersama kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370 Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang melaporkan beberapa serpihan pesawat ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia.

Perdana Menteri Australia Tony Abott berkata Australia akan menghantar dua pesawat mencari dan menyelamat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft untuk membantu operasi mencara pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.

Pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratna kebarangkalian MH370 dirampas pengganas amat rendah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat MH370.
Pasukan penyelamat Amerika Syarikat berkata objek mencurigakan yang dikenalpasti terapung di pulau Tho Chu tidak ada kena mengena dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Sunday, 9 March 2014

TERKINI !!! SIDANG MEDIA 9.00AM MENGENAI KEHILANGAN PESAWAT MH370 #PRAYFORMH370


SIDANG MEDIA KLIK SINI

#PRAYFORMH370 !! GAMBAR-GAMBAR PILU TRAGEDI PESAWAT MH370 HILANG #MAS







TERKINI !!! INFO PENTING KES PESAWAT MALANG MH370 MAS #PRAYFORMH370



Sedikit penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370, untuk difikirkan bersama:

1. Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan.

2. Hubungan Diplomatik

MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3. Misi Melibatkan 5 Negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan. Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370.

Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit.

Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4. Tidak Semudah Yang Dijangka

Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5. MAS Tetap Dihati

Kali terakhir MAS mengalami 'major incident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major incident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas.

Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.


Dato' Abdul Rahman Dahlan

MAS Releases MH370 Passenger And Crew Manifest #MAS


KUALA LUMPUR, March 8 (Bernama) -- Malaysia Airlines Saturday released the passenger and crew manifest of its missing MH370 Beijing-bound flight.

It contains the name, age and nationalities.

Following are the flight's passenger manifest:


1. An/Wenlan (65) China

2. Bao/Yuanhua (63) China

3. Bai/Xiaomo (37) Canada

4. Bian/Maoqin (67) China

5. Bian/Liangjing (27) China

6. Bibynazli/MohdHassim (62) Malaysia

7. Brodskii/Nikolai (43) Russia

8. Burrows/Rodney Mr (59) Australia

9. Burrows/Mary Mrs (54) Australia

10.Cao/Rui (32) China

11.Chan/Huanpeen Mr (46) Malaysia

12.Che/Junzhang (68) China

13.Chen/Jian (58) China

14.Chen/Changjun Mr (35) China

15.Chen/Wei (43) Malaysia

16.Chen/Yun Ms (57) China

17.Chew/Karmooi Ms (31) Malaysia

18.Chuang/Hsiuling Ms (45) Taiwan

19.Chng/Mei (33) Malaysia

20.Chustrak/Oleg (45) Ukraine

21.Dai/Shuling (58) China

22.Daisy/Anne (56) Malaysia

23.Deineka/Sergii (45) Ukraine

24.Di/Jiabin (36) China

25.Dina/MohamedYunus Ramli (30) Malaysia

26.Ding/Ying (28) China

27.Ding/Lijun (43) China

28.Ding/Yingg Ms (62) China

29.Dong/Guowei (48) China

30.Dou/Yunshan Mr (61) China

31. Du/Wen (50) China

32. Feng/Dong (21) China

33. Feng/Jixin (70) China

34. Fu/Baofeng (28) China

35. Gan/Tao (44) China

36. Gan/Fuxiang (49) China

37. Gao/Ge (27) China

38. Gu/Naijun (31) Australia

39. Guan/Huajin Ms (34) Malaysia

40. Guan/Wenjie Mr (35) China

41. Han/Jing (53) China

42. Hashim/Noorida (57) Malaysia

43. Hou/Aiqin Ms (45) China

44. Hou/Bo (35) China

45. Hu/Siwan Chd (3) China

46. Hu/XiaoningMr (34) China

47. Huang/YiMs (30) China

48. Huang/Tianhui (43) China

49. Hue/PuihengMr (66) Malaysia

50. Jia/Ping (32) China

51. Jiang/Cuiyun (62) China

52. Jiang/Xueren (62) China

53. Jiang/YingMs (27) China

54. Jiao/Weiwei (32) China

55. Jiao/Wenxue (58) China

56. Jinghang/Jee (41) Malaysia

57. Ju/Kun (32) China

58. Kang/Xu (34) China

59. Koh/Tiongmeng (40) Malaysia

60. Kolekar/Chetana (55) India

61. Kolekar/Swanand (23)India

62. Kolekar/Vinod (59) India

63. Kozel/Christian (30) Austria

64. Lawton/CatherineMrs (54) Australia

65. Lawton/RobertMr (58) Australia

66. Lee/KahkinMr (32) Malaysia

67. Lee/SewchuMDM (55) Malaysia

68. Li/Yanlin (29) China

69. Li/Zhi (41) China

70. Li/Guohui (56) China

71. Li/Hongjing (20) China

72. Li/Jie (27) China

73. Li/Mingzhong (69) China

74. Li/Wenbo (29) China

75. Li/Yan (31) China

76. Li/Yuan (33)Australia

77. Li/Yuchen (27) China

78. Li/Zhijin (30) China

79. Li/Zhixin (35) China

80. Li/Le (36) China

81. Liang/LuyangMr (60) China

82. Liang/Xuyang (30) China

83. Lim/PowchuaMs (43) Malaysia

84. Lin/AnnanMr (27) China

85. Lin/Mingfeng (34) China

86. Liu/Fengying (65) China

87. Liu/JinpengMr (33) China

88. Liu/Qiang (40) China

89. Liu/Rusheng (76) China

90. Liu/Shunchao (46) China

91. Liu/Zhongfu (72) China

92. Lou/Baotang (79) China

93. Lu/Jianhua (57) China

94. Lu/Xianchu (33) China

95. Lui/Ching (45) China

96. Luo/Wei (29) China

97. Ma/Wenzhi (57) China

98. Ma/JunMr (33) China

99. Maimaitijiang/A (35) China

100.Mao/Tugui (72) China

101. Maraldi/Luigi (37) Itali

102. Maria/Mohamed Yunus Ramli (52) Malaysia

103. MatRahim/Norfadzillah Miss (39) Malaysia

104. Meng/Nicole Chd (4) USA

105. Meng/Bing (40) China

106. Meng/Fanquan (70)China

107. Meng/Gaosheng (64) China

108. MohdKhairulAmri/Selamat Mr (29) Malaysia

109. MohamadSofuan/Ibrahim Mr (33) Malaysia

110. MuhammadRazahan/Zamani Mr (24) Malaysia

111. Mustafa/Suhaili Miss (31) Malaysia

112. Mukherjee/Muktesh (42) Canada

113. Ng/MayliMs (37) Malaysia

114. Norliakmar/Hamid Mdm (33) Malaysia

115. Ouyang/Xin (38) China 38

116. Puspanathan/Subramanian (34) Malaysia

117. Ramlan/Safuan Mr (32) Malaysia

118. Sharma/Chandrika Ms (51) India

119. Shi/Xianwen (26) China

120. Shirsath/Kranti (44) India

121. Sim/Kengwei (53) Malaysia

122. Siregar/Firman (25) India

123. Song/Feifei Mr (32) China

124. Song/Chunling Ms (60) China

125. Song/Kun (25) China

126. Su/Qiangguo (71) China

127. Suadaya/Ferryindra Mr (42) Indonesia

128. Suadaya/Herryindra Mr (35) Indoensia

129. Sugianto/Lo Mr (47) Indonesia

130. Surtidahlia/ Mrs (50) Netherlands

131. Tan/TeikhinMr (32) Malaysia

132. Tan/AhmengMr (46) Malaysia

Saturday, 8 March 2014

TERKINI !!! SIDANG MEDIA TERKINI MENGENAI NASIB MALANG PESAWAT MAS #MH370



UNTUK SIDANG MEDIA TERKINI KLIK SINI

UPDATE TERKINI : SENARAI NAMA-NAMA PENUMPANG PESAWAT MALANG MAS #MH370



Berikut sebahagian daripada senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga 1.40 petang ini:


1- Fariq Ab. Hamid

2- Zaharie Ahmad Shah

3- Foong Wai Yueng

4- Goh Sock Lay

5- Gomes Patrick Francis

6- Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan

7- Junaidi Mohd. Kassim
8- Andrew Nari

9- Ng Yar Chien

10- Tan Ser Kuin

11- Tan Size Hiang

12- Wan Syaid Wan Ismail

13- Anne Catherine Daisy (MYS)

14- Bai Xiaow (CAN)

Missing Malaysia plane found crashing off Vietnam sea: navy official



A Malaysia Airlines plane en route to China that went missing on Saturday morning with 239 people on board was found crashing off Vietnam’s southern island, a senior navy official has confirmed.

Tuoi Tre (Youth) newspaper quoted Rear Admiral Ngo Van Phat, political commissar of the Fifth Naval Region as saying that they detected the ill-fated airplane some 153 nautical miles (300 kilometers) from Tho Chu Island in the Mekong Delta Province of Kien Giang.
The sea water is located between Vietnam and Malaysia.

Phat said Vietnamese officials are ready for a rescue mission once they receive orders from related agencies.

According to Malaysia Airlines’ statement, air traffic controllers lost contact with the Boeing B777-200 aircraft (flight MH 370) more than two hours after it departed.

The plane departed Kuala Lumpur at 12:21 a.m. Saturday (1621 GMT Friday) and was scheduled for landing in Beijing at 6:30 a.m. (2230 GMT) the same day.

Chinese news agency Xinhua reported the plane’s radar contact was lost when it was in the Vietnamese airspace.

However, Lai Xuan Thanh, head of the Civil Aviation Administration of Vietnam, told Thanh Nien that the plane was supposed to be present in Ho Chi Minh City’s flight information region (FIR) at 12:21 a.m. Saturday (1721 GMT Friday).

But, at the time Vietnam could not contact with the aircraft, he said.
The airplane was carrying 227 passengers with 14 nationalities and 12 crew members, including 152 Chinese nationals.


SIARAN LANGSUNG : TERKINI KEHILANGAN PESAWAT MAS #MAS


UNTUK SIARAN LANGSUNG KLIK SINI

TERKINI !! SENARAI NAMA PENUMPANG PESAWAT MAS YANG HILANG !! #MAS



UNTUK SENARAI KLIK SINI

TERKINI !! KEHILANGAN PESAWAT MAS , HISHAM MINTA KELUARGA BERTENANG !!! #MAS



Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines yang hilang, MH370 supaya bertenang dan hanya mendapatkan maklumat daripada sumber yang betul.

Hishammuddin dalam Twitternya berkata, pihak beliau akan memaklumkan perkembangan pesawat yang hilang itu dari semasa ke semasa.

“Kami akan terus memberi maklumat. Harap semua berdoa," katanya. - UO 

TERKINI !!! MENGENAI KEHILANGAN PESAWAT MAS B777-200 BERSAMA 227 PENUMPANG !!!



Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Wednesday, 5 March 2014

HOT NEWS !! KHAZANAH PERLU JAWAB ISU KERUGIAN BESAR MAS !! #MAS



Pegawai tertinggi Khazanah perlu memberi penjelasan lengkap kepada umum mengenai kerugian Malaysia Airlines System Bhd (MAS) pada empat suku tahunannya berturut-turut sehingga mencecah RM1.2 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjelasan oleh Khazanah adalah penting berikutan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut memegang 7- peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan negara tersebut.

"Mereka masih tidak boleh menyelesaikan masalah MAS. Kita boleh panggil mereka kerana mereka lebih layak daripada kita. Kelayakan mereka disebabkan mereka dibayar mengikut standard antarabangsa, jadi mereka perlu memberi penjelasan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...