
Ketua Kluster Minyak dan Gas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Tengku Putra Tengku Ahmad berkata bagi membidas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Shamsul Azhar Abbas sebelum ini.
"Banyak pemain di bidang minyak dan gas amat kecewa dengan kenyataan Shamsul. Beliau terlalu liberal di dalam organisasinya. Beliau sepatutnya perlu ingat bahawa ini (Petronas) adalah syarikat yang dibangunkan oleh Melayu.
"Shamsul merupakan manusia yang sombong dan perlu letak jawatan kerana tiada jiwa negara. Jika beliau kata mahu angkat industri ini ke peringkat antarabangsa maka kerajaan patut ambil semula konsesi dan dibida menerusi tender terbuka," katanya kepada pemberita di dalam sidang media di sini hari ini.
