sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label CHE LONG. Show all posts
Showing posts with label CHE LONG. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

TERKINI #KualaBesut !! PEHHH RAHSIA SULIT HUSAM TERBONGKAR DEMI PROKSINYA ? @tunfaisal @ahmadmaslan





Jelas kini Husam Musa dalam keadaan terdesak hingga mengeluarkan surat kepada para pengikut PAS di Kuala Besut dengan menjanjikan sekiranya PAS menang dalam pilihanraya kali ini, PAS akan menjadi Menteri Besar.


#KualaBesut !! GEMPAR !! CHE LONG RUPANYA NAK TARIK DIRI KERANA MARAHKAN HUSAM ?? APA KE BENDA NI PAS OIII ??? @tunfaisal @ahmadmaslan



Apj terkedu bila baca keratan di atas tu , dari no yang tertera memang Apj tahu tu no talifon Che Long sendiri . Che Long nampaknya tak puas hati dengan puak-puak Pas ni , yang duk buruk da buka cerita pasal dia hisap dadah rupanya dari puak-puak Pas yang tak puas hati kerana dia dipilih atas faktor kroni kepada Husam. 

Jelas sekali luahan sms di atas tentang kekecewaan Che Long yang dilihat jadi kuda tunggangan Pas , Duit habis berpuluh ribu untuk kempen jadi calon , pastu kena 'gam' pulak mulut . Jahanam la kalau macam ni , belum apa-apa dah jadi kecoh , Pas Dun Kuala Besut sendiri marah kerana calon pilihan mereka tak diambil oleh Pas Pusat . Pas Terengganu haya jadi pak turut saja , terpaksa ikut apa kata Pas Pusat dan Pas Kelantan yang dilihat mendominasi PRK Kuala Besut ni. 

Bab kena tutup mulut ni memang menjadi isu hangat , macam mana nak jadi pemimpin kalau mulut kena tutup , hadoii apa dah jadi dengan Pas ni , main tangkap muat saja , demi kepentingan politik peribadi , yang jadi mangsa adalah rakyat. 

Tuesday, 23 July 2013

VIDEO GEMPAR PRK !!! #KualaBesut RAKYAT TIBAI PAS KAW KAW KES 16:16 @tunfaisal @ahmadmaslan


Baru-baru ni kenyataan daripada pemimpin Pas menyatakan jika berlaku 16:16 Pas akan beri jawatan Menteri Besar kepada Barisan Nasional , taktik untuk kempen yang agak bodoh dan bangang dari pemimpin Pas , rakyat bukannya bodoh dan tak tahu menilai . Itu semua taktik lapok doh !!! 

Cubo kito tengok apo kato penduduk dalam isu ni : 



mu pahe tok pahe lagi !!!! 

GEMPAR PRK !!! OP BONGKAR RAHSIA-RAHSIA CHE LONG TERDEDAH ? TUDIAAA !!! #KualaBesut @ahmadmasalan @tunfaisal



Che Long! Che Long! Sungguh tidak disangka begitu banyak rahsia yang disembunyikan oleh calon "WINCABLE CANDIDATE" Pas ini daripada pengetahuan pengundi DUN Kuala Besut juga kepada ahli Pas sendiri yang mungkin tidak mengetahui rahsia ini. Siapa sangka calon kontraktor Pas yang hanya berpendidikan SPM ini mempunyai 1001 rahsia yang disembunyikan dalam kempen beliau. Entah apa lagi rahsia yang disembunyikan Che Long ni daripada pengetahuan umum.


KN akhirnya berjaya mengorek 17 RAHSIA penting mengenai calon hamPas ini yang jelas membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi wakil rakyat untuk pengundi dan penduduk Kuala Besut. Inikah ciri kononnya pemimpin Islam Pas sedangkan Che Long bukanlah ahli Pas yang sejati atau benar-benar berjiwa Pas kerana beliau asalnya adalah ahli UMNO yang kecewa apabila tidak memperolehi "Job" dari UMNO. Che Long yang minat berniaga telah melihat itulah peluang terbaik beliau untuk menjadi kaya-raya dan hanya masuk Pas kerana melihat peluang perniagaan yang luas di bumi Kelantan yang hampir dengan Kuala Besut. Lihatlah betapa besarnya kilang papan milik beliau di Kelantan.
(SILA KLIK SINI).

Lihatlah di bawah ini KN telah senaraikan 17 Rahsia siapa Che Long sebenarnya... 

1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :

a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd

2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli Umno di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di Dun Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong Pas di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam juga telah mengcantas YB Ustaz Satiful Bahri yang di war-warkan bakal mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.

7) Kempen dari Pas pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan. Dikatakan jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.

8) Ura- ura dikatakan kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon. 

9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

10) Bagi sayap wanita pula, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana calon mereka yang tewas pada PRU 13 yang dahulu, Napisah Ismail tidak dicalonkan walaupun berjaya meningkatkan jumlah majoriti PAS berbanding 2008.

11) Sementara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sdbagai Pengarah Pilihanraya) kerana Besut berada dalam negeri itu, tidak kelihatan sudah banyak malam

12) Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada Pas Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut.


13) Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK dun Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.

14) Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

15) Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

16) Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

17) Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.

dari blog : kulaan niring 

GEMPAR !!! ESOK 12 TGH HARI CALON PAS BAGI RASUAH PADA RAKYAT UMUR 21 KE ATAS ?? APA CITE NI BOH ?? #PRK #KualaBesut @tunfaisal @ahmadmaslan

Pehhh !!! penuh risalah yang disebarkan mengatakan esok calon Pas Kuala Besut nak beri minyak pecuma kepada penunggang motosikal di Besut. Mana-mana rakyat yang tak leh mengundi dilarang , hanya umur 21 tahun ke atas saja yang boleh isi minyak free ni. 

Apj cuma tersenyum masa dapat risalah nih , bukan apa , dulu sikit punya teruk Pas dok kata Umno beri rasuah , habis yang depa buat ni nak panggil apo ?? pemberian kasih sayang minyak free ?? adehhh itulah sikap Pas , apa yang Umno beri pada penduduk semua rasuah tapi time depa kiro hadioh untuk rakyat , huh !! 

Apj esok nok jadi ore pertamo pegi boh minyak moto sewo nih !! kikiki free de !!! sape tak nok ke !! mace Pas selalu kato apo kerejae beri kito sapu kikiki , ehhh sudah kawe royak pantai timur pulok doh , maklumloh dah seminggu kat Besut nih !!! hihi 

Apj harap esok ramailah penunggang motosikal berbaris buh minyak kat caltex tu !! beratus motopun takpo takde sekate. 


Esok jage takde pulok , kami tak sabar nak isi minyak free nih , bukan hari-hari dapat , time ni je , hihi Kita jumpa disana , disana , diiiii saaaanaaa .. 



Sunday, 21 July 2013

#KualaBesut !! VIDEO AIR MATA BESUT YANG BUAT PAS TERKEDU !!! @tunfaisal @ahmadmaslan #PRK


Apj tersentuh bila tengok video ni , rayuan seorang bapa saudara kepada calon Pas bagi Dun Kuala Besut iaitu Che Long atau Azlan@Endut. Video yang menyentuh perasaan kita semua.

Pendedahan ahli keluarga, sepupu kepada calon Pas Besut, Azlan @ Endut atau dikenali sebagai Che Long. Ahli Keluarga tidak bersetuju beliau menjadi calon pas, tetapi atas desakan Pas dan pergolakan dalaman Pas Besut, beliau menjadi alat politik Husam Musa yang sekian tenggelam dalam arena politik PAS sendiri. ikuti pendedahan ekslusif





POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...