sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label DATARAN DARULAMAN. Show all posts
Showing posts with label DATARAN DARULAMAN. Show all posts

Sunday, 25 August 2013

LAST CALL !!! TUDIAA !!! AKSI TERHEBAT WAYANG KULIT SRI ASUN SEBENTAR LAGI !!!! CEPAT MAI SINI #HariKoperasi13 @tunfaisal @skm_malaysia


Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Wayang Kulit TERSAHOR di Kedah iaitu Wayang Kulit Sri Asun . Malam ini tepat jam 9 Malam mereka akan membuat persembahan untuk malam terakhir di Hari Koperasi Negara di Dataran Darulaman, Jitra. 

Jom tunggu apa lagi , kita penuhkan setiap ruang di Dataran Darulaman . Jumpa DISANA DISANA DISAAANAAA !!!!


TUDIAA !!! LEBIH 40.000 SERBU HARI KOPERASI NEGARA 2013 #HariKoperasi13 @tunfaisal @MukhrizMahathir




Thursday, 22 August 2013

#HariKoperasi2013 : KOPERASI PEMANGKIN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT !! JOM MAI KEDAH RAMAI RAMAI !!! @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir @NajibRazak @tunfaisal


HKN atau Hari Koperasi Negara telah menjadi acara tahunan bagi gerakan koperasi di negara ini bermula tahun 2002. Sambutan HKN kebiasaannya diadakan pada bulan Julai setiap tahun sebagai mengambil penghormatan bermulanya gerakan koperasi di negara ini pada bulan Julai 1922.

Tetapi pada tahun ini, oleh kerana bulan Julai merupakan bulan puasa, sambutan HKN akan diadakan dari 23 hingga 25 Ogos 2013 iaitu selepas umat Islam menyambut Aidilfitri. Bertemakan “Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat”, HKN 2013 akan diadakan di Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah dan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 11.00 pagi, 24 Ogos 2013.

Tujuan HKN diadakan adalah sebagai medan untuk menghebahkan dan menunjukkan kepada masyarakat umum tentang peranan serta aktiviti-aktiviti yang diceburi oleh koperasi yang masih kurang disedari ramai. Kebanyakan orang, apabila disebut sahaja koperasi, mungkin hanya mengaitkannya dengan aktiviti pinjam-meminjam sahaja. Walhal, koperasi kini telah jauh melangkah ke hadapan dengan menceburi pelbagai sektor ekonomi berskala seperti pertanian dan industri asas tani, pelancongan, pemborongan dan peruncitan serta perladangan.

GEMPAR !!! APA PAK DIN BUAT KAT KEDAH LUSA NIH !!!! PANAS !!!! @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir @NajibRazak @tunfaisal #HariKoperasi13




Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan sambutan itu pada 24 Ogos ini dan orang ramai dijemput hadir bagi meraikannya.

Lebih 40,000 koperasi di seluruh negara akan menyertai sambutan Hari Koperasi Negara yang akan diadakan di Dataran Darul Aman, Alor Setar, Kedah selama tiga hari bermula 23 Ogos ini.

Wednesday, 21 August 2013

PEHH !!!!! KEDAH RIUH LAGI !!!!! APA LAGI NIH !!!! @NajibRazak @MukhrizMahathir @suraya_yaacob @tunfaisal #HariKoperasi13



Lebih 40,000 koperasi di seluruh negara akan menyertai sambutan Hari Koperasi Negara yang akan diadakan di Dataran Darul Aman, Jitra, Kedah selama tiga hari bermula 23 Ogos ini.

Sambutan kali ini agak unik kerana Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mengadakan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan sambutan itu yang turut disertai pertubuhan koperasi dari luar negara.


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...