sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label DATO SERI JAMIL KHIR BAHAROM. Show all posts
Showing posts with label DATO SERI JAMIL KHIR BAHAROM. Show all posts

Tuesday, 30 September 2014

#HAJI1435H : SEKALIPUN DGN AMBULANS , SEMUA JEMAAH HAJI AKAN DI PASTIKAN BERWUKUF DI ARAFAH



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya turut menerima khabar gembira apabila empat daripada lapan jemaah Malaysia yang terlantar atau dirawat di pusat rawatan rapi (ICU) di hospital Arab Saudi, telah dibenarkan keluar semalam.

insya-Allah kita (Tabung Haji) akan berusaha membawa mereka semua (empat orang yang masih dirawat) ke Arafah melainkan tidak dibenarkan hospital Arab Saudi.

"Sekalipun terpaksa membawa mereka dalam ambulans sebab kita faham 'haji adalah Arafah'," kata beliau selepas melawat pusat penginapan jemaah haji Malaysia di Hotel Rehab Al-Janadiriyyah

Turut serta isterinya, Datin Seri Fatmawati Saidin; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Berwukuf bermaksud seseorang jemaah itu wajib berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula daripada gelincir matahari hari 9 Zulhijjah (3 Oktober ini) sehingga seketika sebelum terbit fajar pada 10 Zulhijjah.



Sunday, 28 September 2014

#HAJI1435H : JEMAAH TIDAK DI JANGKITI EBOLA DAN MERS-coV - @dsjamilkhir @azeezputera



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak ramai daripada kalangan jemaah haji Malaysia yang telah tiba untuk Musim 1435H ini menghadapi masalah kesihatan.

Malah, kata beliau, jika tiada halangan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Tabung Haji akan berusaha membawa lapan pesakit jemaah Malaysia yang masih terlantar di hospital negara ini untuk dibawa berwukuf di Arafah.

"Bilangan pesakit (jemaah Malaysia) di hospital Arab Saudi ini agak rendah berbanding pada pengalaman kita dulu. Mungkin kerana jemaah Malaysia memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan.

"Dan kerajaan Arab Saudi sendiri pun memantau perkembangan penyakit Ebola dan MERS-coV yang sedikit mengganggu persiapan (haji). Bukan setakat jemaah haji Malaysia sahaja, jemaah negara-negara lain pun tidak kedengaran berita dijangkiti penyakit ini," 

Jamil Khir turut menjelaskan bahawa dua jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia tiga hari lalu adalah dua orang wanita yang masing-masing berumur 52 dan 62 tahun.

"Ini bagi menjawab kebimbangan keluarga lain di tanah air yang menyangka mereka adalah jemaah yang telah berumur. Setakat ini empat jemaah Malaysia meninggal dunia dan Tabung Haji akan membuat badal haji untuk mereka," kata beliau.


Thursday, 3 July 2014

RAKYAT TIDAK PERLU SERTAI PEPERANGAN DI SYIRIA @dsjamilkhir @NajibRazak



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam di Malaysia tidak perlu melibatkan diri dalam peperangan di Syria atas nama jihad.

Bagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada golongan yang terjejas dengan peperangan itu, katanya.

"Janganlah kita membuat keputusan untuk melibatkan diri tanpa mengkaji adakah peperangan itu dianggap jihad,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Malah, golongan yang terlibat dalam peperangan itu juga tidak mengharapkan rakyat Malaysia turut serta dalam konflik tersebut, kata Jamil Khir.




"Banyak pandangan daripada mujahidin di sana tidak mengharapkan rakyat Malaysia turun dalam peperangan sebaliknya membantu dari sudut kemanusiaan, pakaian dan sebagainya," katanya.

Saturday, 3 May 2014

HUDUD : JAWATANKUASA TEKNIKAL PUSAT DIWUJUDKAN BAGI KAJI PELAKSANAAN HUDUD - @NajibRazak @dsjamilkhir



Satu jawatankuasa teknikal di peringkat pusat akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penubuhan jawatankuasa itu akan melibatkan kerajaan Pusat, kerajaan negeri Kelantan dan PAS.

Selain berperanan untuk melihat pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dari pelbagai aspek, jawatankuasa itu akan memberi penerangan mengenai pelaksanaan undang-undang itu di pelbagai peringkat termasuk kepada parti-parti komponen, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, di sini, Jumaat.

Thursday, 14 November 2013

CADANG POLIS KAWAL KEDIAMAN PENGUATKUASA AGAMA !! @dsjamilkhir @Zahid_Hamidi @KBAB51



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menempatkan anggota polis membuat kawalan berkala di kediaman pegawai dan anggota penguatkuasa jabatan agama.

Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada KDN secepat mungkin bagi memastikan keselamatan anggota penguatkuasa agama.

"Kami faham KDN dan pasukan polis ada kekangan dan tugasan tetapi apa pun kami akan berbincang dengan KDN secepat mungkin.

"Kawalan ini adalah untuk mereka yang tinggal di luar kuarters...kami memerlukan rondaan secara berkala dan harian daripada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, hari ini.

Sunday, 27 October 2013

GEMPAR !!! AYAH DS JAMIL KHIR BEDAL MAHFUZ DAN CALON PAS !!! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH



Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.



Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya. Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

Tuesday, 1 October 2013

HOT NEWS !! PEMILIHAN UMNO BHG JERAI VS PRK SG LIMAU !!! @dsjamilkhir @NajibRazak #Jamil4MT #PRKSGLIMAU



Pemilihan Umno Bahagian Jerai tidak akan mengganggu proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai, berkata perkara itu juga tidak akan mendatangkan perpecahan di kalangan anggota Umno malah dapat mematangkan pendekatan mereka dalam berpolitik.

"Kaedah pemilihan kali ini tak ada kelompok kerana masing-masing tawarkan diri untuk bertanding dan mahu berkhidmat untuk parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Korobori Pengakap Kanak-kanak 2013 Peringkat Kedah di Kem Dara Mandi dekat sini hari ini.

Pada pemilihan parti kali ini Jamil Khir akan bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerai menentang penyandang, Datuk Shuhaimi Abdullah.

Monday, 16 September 2013

PEMILIHAN UMNO !! TEGURAN TERBUKA BUAT DS JAMIL KHIR !! @dsjamilkhir @NajibRazak




Kali ni mungkin agak menentang apa yang Apj tulis , tapi sebagai rakyat marhaen Apj rasa patut Apj beri pendapat dan teguran demi perjuangan Parti kita.

Apa yang Apj nak katakan adalah mengenai pemilihan jawatan Ketua Bahagian Jerai yang akan diadakan tidak lama lagi , Apj sememangnya sangat rapat dengan parlimen Jerai apabila ditugaskan di Parlimen ini semasa PRU13 lalu.

Ura-ura kedengaran dari akar umbi mengenai hasrat Dato Seri Jamil Khir Baharom mahu mencabar dan merebut jawatan Ketua Bahagian Jerai yang disandang oleh Dato Suhaimi Abdullah sememangnya kuat diperkatakan oleh akar umbi , ada yang menyokong dan ada juga menentang.

Wednesday, 11 September 2013

PANAS !!! BILA TOK JAMIL TIBAI SAM KETOT !!! PEHH !!! @dsjamilkhir @NajibRazak



Tudiaa !!! kali ni Apj tabik pada Tok Jamil sebab berani bertindak keatas si Ketot dari Melaka tu yang menfitnahnya. Satu tindakkan yang harus diikuti oleh barisan pemimpin Bn lain agar manusia-manusia bangkang tu sedar sikit !! Anak didik Anwartu pasti terkedu dengan tindakkan Menteri kita sorang nih !! 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan berunsur fitnah Ketua Angkatan Muda Keadilan itu terhadapnya membabitkan isu permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamil Khir, menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan, memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai lepas.

Saturday, 13 July 2013

PANAS !!! ISU KALIMAH ALLAH, JAMIL KHIR BIDAS KENYATAAN DUTA VATICAN CITY !!!!

Kenyataan timbulkan kegelisahan tak wajar



Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna oleh mana-mana pihak.

"Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak," katanya.

Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini. - Bernama

Apj : Dalam isu ini pihak yang menjaga hal ehwal Agama Islam terutama Datuk Seri Jamil Khir harus bertegas dan pertahankan hak umat Islam . 

Thursday, 25 April 2013

HOT NEWS : GAMBAR !! RIBUAN PENDUDUK JERAI BERSAMA DENGAN TUN M PETANG TADI !! TUDIAAA !!! #TukarKedah #TolakPAS #PRU13

SEPETANG BERSAMA TUN M DI GUAR CHEMPEDAK , JERAI KEDAH 


Bertempat di Guar Chempedak di Parlimen Jerai , Tun Mahathir telah bersama dengan ribuan penduduk sekitar Parlimen Jerai dalam program 'Sepetang Bersama Tun Mahathir. 

Majlis juga dihadiri oleh kesemua calon BN bagi Parlimen Jerai. Turut kelihatan adalah Ketua Bahagian Parlimen Jerai iaitu Dato Suhaimi Abdullah. 












HIDUP BN JERAI 

Wednesday, 24 April 2013

PANAS !!! ZUL YA !! HANG MAI TENGOK NI BUDAK-BUDAK HANG KURANG AJAR BUANG BENDERA BN DI JERAI !! HANG NAK JAWAPAN AKU BAGI !!! #TukarKedah #TolakPAS #PRU13



Kejadian sifat dengki dan khianat ajaran PAS ni berlaku kat Bukit Besaq / Titi Kota Sarang Semut , sebelum tu aku nak habaq  bendera BN penuh kat sepanjang jalan lebih best lagi dekat dengan khemah yang PAS bina , cuba tengok dalam gambaq tu . 


Cuba tengok balik apa dah jadi , awat kawaq mana yang dok cabut bendera BN kat situ ??? dekat dengan khemah PAS pulak tu , sapa ajaq buat lagu ni ?? ajaran Islam tak ajaq kita dok kacau harta benda orang , yang hampa jenis tak bertamadun ni apa hal ??  cabut bendera orang masuk syurga ka woiiii !!! 






Kat bawah ni kawan aku baru cuit sikit dia dah meroyan tuduh UMNO punya kerja !! awat PAS tak ada mata atau pejamkan mata tengok budak-budak dia cabut bendera orang ?? 


Aku nak habaq kat hang Abang Zul Ya woii , hang tu kata orang kuat Azizan , tapi jawapan hang tu takleh blah tau dak !! malu woiii , hang tulis lagu tu , ni aku bagi hang bukti bendera ni kena cabut kat mana !! tapi aku tau la jawapan hang macam biasa la , ini semua boleh buat !! KERJA UMNO !!! alaaa macam hang tulis tu !!! 

Sudahlah buat elok-elok bang Ya oiiii , malu hang sebagai seorang pemimpin kat kedah ni !!! 

pssst : ADA LAGI GAMBAQ BUKTI !! TUNGGU SAT NO 

TOLAK PAS 

Monday, 22 April 2013

HOT NEWS : TUDIAAA PAS JERAI TERSENTOT BILA TENGOK GAMBAR PROGRAM PEMUDA BN JERAI #PRU13 #GE13 #TukarKedah


Sekarang ni tengah berlansung tayangan Wayang kulit Sri Asun di perkarangan bilik gerakan Pemuda Umno Jerai anjuran Pemuda Umno Jerai. Orang Kedah semua tau dan mengetahui tentang wayang kulit Sri Asun yang begitu popular dari dulu sampai sekarang.


Hampir 250 orang telah datang untuk menyaksikan tayangan wayang kulit ini , kebanyakkan penduduk sekitar Jerai. 



Tahniah buat Pemuda BN Jerai atas kejayaan program malam ini dan pastinya rakyat terhibur dengan teletah  wayang kulit Sri Asun ini , bukan selalu dapat tengokpun , APJ turut terhibur malam ni.

Sekali lagi petanda yang rakyat menyokong penuh program yang di anjurkan barisan Nasional , kali ini kita tawan Parlimen Jerai dari PAS yang tidak membawa apa-apa buat penduduk Jerai.

TOLAK PAS PANGKAH BN 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...