sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label G PALANIVEL. Show all posts
Showing posts with label G PALANIVEL. Show all posts

Friday, 12 July 2013

SAH PALANIVEL PENGERUSI BARU MIC KEDAH MULAI ESOK !! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir @NajibRazak

Datuk Seri G. Palanivel

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan mengambil alih jawatan Pengerusi MIC Kedah, mulai esok bagi memperkukuhkan lagi parti, di negeri itu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Palanivel berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan MIC bahagian secara tetap sekurang-kurangnya dua kali sebulan, untuk memahami dan menyelesaikan isu di sana.

Esok, beliau dijangka memulakan lawatan ke Kedah untuk bertemu Pengerusi Cawangan dan Bahagian dari Merbok, Jerai dan Sungai Petani dan mengadakan mesyuarat tetap dengan mereka.

"MIC Kedah perlu bergerak ke hadapan. Saya membuat keputusan (untuk mengambil alih sebagai Pengerusi Kedah) bertujuan mengukuhkan asas parti di negeri itu," kata Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Difahamkan pengambilalihan kepimpinan didorong oleh aduan daripada beberapa pengerusi MIC di negeri itu, berikutan pelbagai masalah yang dihadapi kepimpinan.

Mengenai status Pengerusi MIC Kedah S. Ananthan dan jawatan lain, Palanivel berkata perkara itu akan diputuskan kemudian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MIC Kedah M.L Maran mengalu-alukan keputusan Palanivel dan berharap ia akan membawa perubahan positif dalam penjenamaan semula MIC negeri.

"Ia penting untuk mengukuhkan kedudukan MIC di Kedah. Pengambilan beliau akan lebih membantu dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat India dan mengembalikan amanah rakyat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Maran mengucapkan terima kasih kepada Ananthan atas sumbangan beliau kepada parti. - Bernama

Tuesday, 18 June 2013

PEMIMPIN-PEMIMPIN HARUS CONTOHI SIKAP PALANIVEL !!!

Datuk Seri G. Palanivel

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menyatakan akan bertanding sebagai presiden parti itu buat kali terakhir pada penggal ini. Katanya beliau tiada masalah jika disenaraikan atau tidak dalam pemilihan presiden MIC pada 22 November depan selepas penamaan calon pada 1 November.

Jika terpilih kali ini adalah penggal terakakhir beliau sebagai presiden kerana beliau sudah berumur 64 tahun.

Apj puji sikap Palanivel kerana beliau menjadikan faktor umur untuk bersara dari politik tidak seperti sesetengah pemimpin lain yang kubur sudah kata maripun masih mahu kejar jawatan dan pangkat. 

Pemimpin lama harus memikirkan masa depan negara dengan memberi kesegaran pada pemimpin muda untuk memimpin negara dan mereka menjadi penasihat bagi memajukan negara. 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...