
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun, berkata hari terbuka itu akan merangkumi tiga segmen penting iaitu sesi 'town hall' atau perjumpaan awam, kongres perumahan rakyat dan pameran oleh biro-biro pergerakan itu.
"Pada sesi town hall yang akan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin itu nanti, kita akan mendengar pandangan, saranan dan persoalan daripada generasi muda pelbagai kaum dari bandar dan luar bandar terhadap Bajet 2015.
"Sesi itu akan menjadi suara generasi muda untuk kita angkat kepada pucuk pimpinan dan ia akan menjadi input buat mereka (sebagai) badan pelaksana bagi memastikan pelaksanaan Bajet 2015 berjalan dengan baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pergerakan Pemuda UMNO di sini, hari ini.
