sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label HINA AGONG. Show all posts
Showing posts with label HINA AGONG. Show all posts

Saturday, 8 June 2013

TUDIAA !!! 2 LAGI HINA AGUNG SERAH DIRI !! KURANG AJAR SANGAT !!!

Hina Agong: 2 individu serah diri

KUALA LUMPUR - Dua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam.

Polis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui pemberita.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang kemudian menerima respons daripada pengguna lain.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis dan pada Khamis lepas, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Ampang bagi membantu siasatan.

Wanita itu antara empat individu yang dicari polis berhubung kes itu. - Bernama

Tuesday, 4 June 2013

PANAS !! WANITA HINA AGONG DI KENAKAN TINDAKKAN !! HAMIK KAW

Khalid Abu Bakar

PEKAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan akaun Facebook individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu.

"Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap individu yang dikatakan terlibat dalam kegiatan itu, harap dapat bersabar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Turut hadir timbalan beliau, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menurut kenyataan media ringkas SKMM hari ini, SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM mengesan dan menahan suspek yang dipercayai menghina Tuanku Abdul Halim menerusi laman Facebook bagi membantu siasatan.

Suspek yang merupakan seorang wanita itu dikatakan menyembunyikan diri setelah identitinya terbongkar di beberapa laman web. - Bernama

GEMPAR !! WANITA DAJAL DI TAHAN !!!

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan pihak berkuasa hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dalam kenyataan di sini berkata wanita itu ditahan untuk membantu siasatan.

SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia mengesan dan menahan wanita itu hasil siasatan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai, kata kenyataan itu.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog mendedahkan identitinya," kata suruhanjaya itu.

SKMM itu turut meminta rakan-rakan wanita itu untuk tampil membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, kata SKMM.

Suruhanjaya itu menegaskan ia memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam memuat naik kandungan serta komen-komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi Diraja Malaysia.

Beberapa laporan polis telah dibuat selepas komen-komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar dalam laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena Hari Keputeraan ketua negara itu pada Sabtu. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...