sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label HUKUM MATI. Show all posts
Showing posts with label HUKUM MATI. Show all posts

Thursday, 23 May 2013

ALHAMDULILLAH !!! PEMBUNUH-PEMBUNUH SOSILAWATI DAN RAKAN-RAKAN DIHUKUM MATI !!!

Sosilawati Lawiya

SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010. SINAR

APJ : pembunuh2 itu wajib dihukum mati !!! semoga keluarga magsa2 tabah dan gembira dengan khabar ini

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...