
Tempohari, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, telah menganjurkan Program Pemerkasaan Ekonomi Melayu dan Bumiputra Menerusi Keusahawanan serta memberi kemudahan pinjaman melalui TEKUN NASIONAL bagi mempertingkatkan peniaga peniaga yang sedia ada pada masa kini.
Sejak diwujudkan pada tahun 1998, TEKUN NASIONAL telah berjaya membawa 287 ribu orang usahawan bumiputra melibatkan pinjaman berjumlah RM3.06 Bilion.
Daripada jumlah tersebut terdapat lebih kurang 65% usahawan yang terdiri dari golongan muda yang berumur di bawah 40 tahun yang berminat dalam bidang perniagaan.

