Aku siarkan email dari pembaca mengenai isu yang hangat di perkatakan sekarang iaitu tentang Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ yang menjalankan operasi lampu strob, HID, nombor plat .
dari rizal***@ymail.com : katanya beliau tertekan dengan saman yang beliau kena baru-baru ini. pad bulan 9 lalu lesen kereta beliau telah tamat tempoh , beliau mempunyai 11 saman trafik dan telah disenaraihitam dari membuat lesen. pengadu telah menyatakan bahawa beliau telah membayar 6 saman dan masih berbaki lagi 5 saman .
Atas faktor kewangan beliau terpaksa menangguhkan dahulu bayaran baki 5 saman trafik sebelum ini . Beliau terpaksa berulangalik ke tempat kerja menaiki kereta walaupun beliau sedar lesen tamat tempoh kerana membawa anak kecil untuk di jaga setiap hari waktu berkerja.
Satu hari ada sekatan jalanraya oleh pihak JPJ dan beliau telah di periksa dan disaman kerana lesen kereta tamat tempoh . Puas merayu dan beritahu mengenai bayaran saman trafik sudah dijelaskan separuh dan bukannya beliau tidak mahu membayar lesen tetapi atas faktor kewangan terpaksa ditangguhkan dahulu .
Pegawai JPJ tersebut langsung tidak melayan rayuan beliau , sementara menanti tarikh naik mahkamah beliau sekali lagi disaman oleh JPJ dalam operasi lain atas alasan sama lesen tamat tempoh .