sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KLIA. Show all posts
Showing posts with label KLIA. Show all posts

Saturday, 29 March 2014

ARTIS PANAS !!! ARTIS PEREMPUAN BERCIUM DENGAN MAT SALEH DI KLIA ??? SIAPAKAH DIA ???




Seorang selebriti popular dilaporkan berkelakuan sumbang di khalayak ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila bercium dengan seorang lelaki 'mat saleh'.

Selebriti yang sebelum ini dikaitkan dengan seorang kerabat di-Raja itu bukan sahaja bercium tetapi dikatakan memasukkan tanggannya ke dalam baju pasangannya dan mengurut bahagian belakang badan lelaki itu.

Lelaki itu dipercayai deejay popular dari negara luar.

Perbuatan tidak senonoh selebriti itu sempat dirakam (foto dan video) oleh wartawan yang sedang membuat liputan mengenai kehilangan pesawat MH370.

Wartawan itu berkata selebriti itu seolah-olah tidak kisah orang ramai melihat kelakuannya, walhal dia popular dan amat mementingkan nilai ekslusifnya.

"Yang tidak faham kenapa mereka suka sangat buat aksi berlebihan di khalayak ramai. Orang lain pun bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun.

"Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok," dedah wartawan tersebut.

Selebriti ini dipilih menjadi duta beberapa produk popular di negara ini.

RAKYATNEWS

APJ : AKU MACAM DAPAT AGAK ARTIS PEREMPUAN NI , HURN !!! LAWA TAPIIIIIII !!! 

Friday, 12 July 2013

PANAS !!! KERAJAAN MALAYSIA BAKAL TERJERAT DENGAN 'BUAYA BESAR' AIR ASIA ?? @NajibRazak


Apj terkejut dengan kenyataan dari Timbalan Menteri Pengangkutan semalam di Dewan Rakyat yang mengakui bahawa Air Asia diberi layanan seperti Anak Emas oleh Kerajaan sehingga kos pembinaan Lapangan Terbang Tambang Murah KLIA2 meningkat kepada RM 4 bilion berbanding 2 bilion sebelum ini..

Peningkatan itu disebabkan sikap tamak dan gelojoh Air Asia mahu pelbagai kemudahan yang sedia ada ditambah ketahap maksimum..

Lebih menghairankan, kerajaan tidak membantah dengan permintaan melampau AirAsia, sebaliknya mengikut segala kehendak mereka..

Apa yang istimewa sangat Air Asia ni sampai Kerajaan perlu tunduk dengan desakkan Air Asia?

Kalau kos pembinaan dah meningkat kepada 4 bilion, itu bukan lagi lapangan terbang tambang murah, tapi dah setaraf lapangan mahal didunia...

Peningkatan kos pembinaan lapangan terbang tambang murah KLIA2 kepada RM4 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini, antaranya untuk memenuhi permintaan syarikat tambang murah AirAsia, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata AirAsia sebagai operator terbesar KLIA2 antara lain meminta penambahan keluasan dan peningkatan infrastruktur termasuk memanjang dan melebarkan landasan, menambah bilangan pintu ketibaan dan pelepasan, pengendalian bagasi automatik selain diadakan ‘premium airport lounge’.

Syarikat itu juga mahu hotel miliknya iaitu Tune Hotel dan ibu pejabatnya didirikan di dalam kawasan lapangan terbang itu.

“Banyak perkara yang kita tampung permintaan daripada AirAsia yang saya kira macam ‘anak emas’ untuk tingkatkan spesifikasi (di lapangan terbang itu), dan ini menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan.

“Permintaan AirAsia itu perlu diambil kira kerana ia berdasarkan keperluan baru yang wujud selain perkembangan drastik industri penerbangan negara,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, Rabu.

Abdul Aziz berkata antara penambahbaikan telah dibuat termasuk memanjangkan landasan daripada 2.5km ke 4.4km dan dilebarkan kepada 2.2km, bertujuan menampung pesawat yang lebih besar seperti Airbus A380.

Ia juga melibatkan penambahan keluasan terminal daripada 150,000 meter persegi kepada 250,000 meter persegi dan jumlah pintu pelepasan dan ketibaan kepada 68 berbanding 55 dalam perancangan asal.

Penambahbaikan itu juga bertujuan untuk menampung pertambahan kapasiti penumpang kepada 45 juta setahun.
Jawapan Abdul Aziz menyebabkan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangkit mempersoalkan apakah kelebihan AirAsia sehingga diberi pelbagai keistimewaan.

“Kenapa kerajaan asyik layan AirAsia, siapa AirAsia sehingga perlu diberi keistimewaan begitu?” soalnya.

Menjawab soalan Bung Moktar, Abdul Aziz berkata kebanyakan permintaan syarikat itu dipenuhi kerana ia berdasarkan ‘commercial logic’ dan sebagai operator terbesar, pandangan syarikat itu harus diambil kira. Kepada jawapan itu Bung Moktar sekali lagi mencelah: “Bukan kerana dia buaya besar?” katanya yang mencetuskan ketawa anggota Parlimen lain.

Terdahulu Abdul Aziz berkata kos pembinaan KLIA2 masih dianggap termurah berbanding di negara-negara lain kerana ia hanya melibatkan RM89 bagi setiap penumpang.

“Di Jerman, kos pembinaan bagi setiap penumpang ialah pada kadar RM478 dan melibatkan pembinaan selama enam tahun walaupun kapasiti terminalnya sama dengan KLIA2.

“Begitu juga pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang melibatkan kos RM2,143 (seorang penumpang) dan Lapangan Terbang Changi, di Singapura membabitkan RM2,906 bagi seorang penumpang. Jadi dalam banyak-banyak pembinaan lapangan terbang di dunia, terminal KLIA2 antara yang termurah dan paling cepat dibina setakat ini,” katanya.

Apj setuju dengan apa yang dicakap oleh Bung Moktar , dah memang 'buaya besar' yang menelan apa saja bahkan sentiasa berfikir dialah paling berkuasa dan hebat. Orang lain perlu dengar cakap dia. 

Apj tidak mahu Kerajaan terbelit dengan tingkah laku Air Asia ni , jangan sampai bila dah jadi sesuatu nanti baru nak menyesal kerana selalu bagi lembu dan kerbau untuk 'buaya besar' ni makan , ayampun dah tak lalu nanti , asyik nak lembu dan kerbau saja. 


Tuesday, 14 May 2013

GEMPAR !!! ISTERI PENGASAS AL-ARQAM DITAHAN DI KLIA


SEPANG: Balu pengasas al-Arqam, Hatijah Aam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebentar tadi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejurus tiba dari Jeddah.

Menurut jurucakap JAIS, Hatijah yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba dengan penerbangan MAS kira-kira jam 11.30 pagi dan terus dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam untuk Soal siasat.

Sekumpulan wakil media yang menunggu di balai ketibaan antarabangsa di sini bagaimanapun gagal merakam gambar Ummu Jah kerana beliau difahamkan dibawa keluar mengikut pintu laluan lain.

Ketibaan Ummu Jah juga ditunggu oleh kira-kira 20 orang dipercayai bekas pengikut al-Arqam- Berita Harian

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...