sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AIR ASIA. Show all posts
Showing posts with label AIR ASIA. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

#QZ8501 : Ekor Pesawat Malang Air Asia Ditemui


Bahagian ekor pesawat malang QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa ditemui, lapor Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas).

Ketua Basarnas, F Henry Bambang Soelistyo memberitahu bahawa nombor siri masih jelas pada serpihan tersebut.

Pencarian ekor pesawat tersebut penting kerana ia mengandungi rakaman suara dan data atau kotak hitam pesawat, lapor NBC News.

Namun, kotak hitam tersebut masih belum dijumpai, kata Bambang kepada wartawan pada satu sidang media.

Penemuan itu diumumkan selepas satu lagi serpihan pesawat Airbus A230-200 tersebut dikesan oleh kapal USS Fort Worth milik Amerika Syarikat.

Sehingga kini, sebanyak 37 mayat mangsa nahas sudah ditemui.

Pesawat penerbangan QZ8501 kepunyaan AirASia Indonesia berkenaan terhempas pada 28 Disember lepas.

Seramai 162 penumpang termasuk anak kapal berada di dalam pesawat tersebut semasa kejadian berlaku.


j

Thursday, 1 January 2015

#QZ8501 : Coretan Terakhir Nisaa Fauzie #AirAsia


Pagi tadi, tiga jasad lagi ditemui dengan satu daripadanya adalah seorang peramugari. Perkara itu disahkan oleh jurucakap pasukan mencari dan menyelamat nasional (SAR), Bambang Soelistyo. Dan beberapa jam lalu, identiti peramugari itu disahkan sebagai Khairunisa Haidar Fauzi.




Gambar 'I Love You dari 38,000 kaki' yang dimuat naik di Instagram oleh salah seorang pramugari dalam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa menjadi viral di laman sosial.

Detiknews melaporkan, Khairunisa Haidar Fauzi atau lebih dikenali sebagai Nisa, 22, sememangnya seorang yang cukup aktif di laman sosial dan pramugari itu sebelum ini sering memuat naik fotonya ketika bertugas di Instagram.

Dua minggu sebelum tragedi pesawat itu, Nisa dilihat memuat naik gambar sekeping kertas berwarna coklat tertera "I Love You From 38,000ft" dipercayai tulisan tangan beliau sendiri yang ditampalkan di cermin tingkap dengan pemandangan sayap pesawat berada di atas awan.

#QZ8501 : Kapal Malaysia Temui Empat Mayat Pesawat AirAsia Indonesia



KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang, menemui tiga mayat terapung di Laut Jawa ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, hari ini.

Ini menjadikan jumlah mayat yang dijumpai oleh kapal Malaysia kepada empat, iaitu termasuk satu mayat yang dijumpai oleh KD Lekir pada pukul 9 pagi.

Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam akaun Twitternya berkata tiga mayat itu ditemui pada 4.30 petang.


#QZ8501: At 1630H, KD Pahang, in Sector 1, found 3 bodies of victims, floating at sea. She is in the process of recovering them.— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy)December 31, 2014

#QZ8501: Gambar menunjukkan mayat yg dijumpai oleh KD Lekir telah dinaikkan ke atas Kapal tersebut.pic.twitter.com/3vwcqpw4RT— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy)December 31, 2014


"Pada jam 1630, KD Pahang menjumpai tiga mayat terapung di laut di Sektor 1. Kapal sedang menaikkan mayat tersebut," katanya.

Wednesday, 31 December 2014

#QZ8501 : Hanya AirMata Menceritakan Bila Bangkai Pesawat DiTemui



Tidak ada apa-apa ungkapan mampu dilafazkan melainkan airmata yang mengalir bilamana pasukan Mencari dan Menyelamat berjaya menemui bangkai pesawat malang Air Asia QZ8501 hari ini. 

Masuk hari ke empat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Indonesia (SAR) berjaya mengesan bangkai pesawat AirAsia QZ8501 menggunakan sistem sonar.

Bangkai tersebut dikesan berada di dasar Laut Jawa, iaitu sehari selepas penemuan serpihan pesawat yang pertama.

Namun belum ada maklumat sama ada pesawat berkenaan masih berada dalam keadaan asal atau sebaliknya.

Terdahulu, Ketua SAR, Bambang Soelistyo mengumumkan setakat ini pasukan menyelamat telah menemui enam jasad daripada pesawat berkenaan.

Kapal Perang Indonesia, KRI Bung Tomo turut menemui sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa selain beberapa objek keras daripada bahagian pesawat QZ8501.

Antara objek yang ditemui termasuk peralatan kecemasan, satu unit tingkap kecemasan, beg berisi makanan, kasut kanak-kanak dan sebuah kamera.

Gerakan mencari bagaimanapun dilaporkan berdepan kesukaran kerana ombak besar dan hujan lebat.

QZ8501 Dijumpai, Perasaan Tony Hancur Luluh


KUALA LUMPUR - AirAsia Indonesia mengaku serpihan yang dijumpai semalam adalah daripada penerbangan QZ8501 yang hilang, seperti yang disahkan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan berkenaan berkata, serpihan pesawat Airbus A320-200 itu dijumpai di Selat Karimata, kira-kira 110 batu nautika ke barat daya Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perasaannya hancur luluh dengan perkembangan itu.

"Ini adalah detik yang amat getir bagi kami semua di Air Asia dalam menanti perkembangan selanjutnya tentang operasi mencari, tetapi perkara yang menjadi keutamaan kami sekarang ialah kebajikan anggota keluarga mereka yang menaiki QZ8501," katanya.

Kenyataan itu berkata, Air Asia Indonesia akan menjemput anggota keluarga terbabit ke Surabaya di mana sekumpulan penjaga kebajikan yang dedikasi akan ditugaskan membantu setiap keluarga bagi memastikan semua keperluan mereka dipenuhi.

"Kaunselor, ahli agama dan pakar kerohanian juga diundang ke pusat keluarga untuk memberi apa jua khidmat yang diperlukan," katanya.

Kenyataan itu berkata, operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan dan siasatan lanjut terhadap serpihan yang dijumpai juga sedang dijalankan.

Presiden Indonesia Joko Widodo memberitahu media bahawa semua aset udara dan maritim akan digunakan dalam gerakan mencari secara besar-besaran bagi mengesan pesawat itu, yang hilang daripada pengesanan radar pada Ahad ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Tuesday, 30 December 2014

#QZ8501 : TERKINI Lebih 40 Mayat Di Bawa Keluar Dari Laut - Tentera Laut Indonesia


Sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501.

Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat.

"Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang, " kata Simorangkir .

TERKINI : SERPIHAN PESAWAT AIR ASIA DITEMUI DI LAUT



JAKARTA: Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia hari ini mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

Maklumat tersebut adalah dapatan daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melihat serpihan tersebut secara langsung.

"Pasukan SAR kami, iaitu pesawat Kalibrasi Kementerian Perhubungan melihat adanya serpihan pesawat berwarna putih dan merah di perairan Pangkalan Bun," ujar Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo di Jakarta hari ini.

Beliau menjelaskan, penemuan serpihan pesawat tersebut berada di koordinat 03.52,50 Selatan dan 110.30,53 Timur.

Serpihan kedua, 03.52,73 Selatan dan 110.30,18 Timur.

Ketiga, 03.53,62 Selatan dan 110.29,39 Timur di perairan Pangkalan Bun.

“Kedudukannya di sekitar 100 batu dari pelabuhan Pengkalan Bun iaitu radius 225 darjah. Maklumat ini sudah diselaras pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI)," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah daripada pesawat AirAsia yang hilang dan ketika ini Menteri Pengangkutan telah berangkat ke Pangkalan Bun,” kata Djoko.

Sunday, 28 December 2014

Terkini : Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Laut Belitung Timur #PrayForQZ8510




KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com.

"Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.

Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.

"Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com.

#PrayForQZ8501 : TERKINI Juruterbang Lapor Elak Awan Sebelum Hilang Dari Radar



JAKARTA: Pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, awal pagi tadi dikatakan sebelumnya melaporkan akan menghindari awan tebal.

Kompas.com sebentar tadi memetik Pegawai Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmojo menyatakan juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 waktu Indonesia.

"Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya. "Pada pukul 06.17 WIB, pesawat hilang hubungan dan pada jam 6.18 pagi yang terlihat hanya 'flight plan' atau rencana penerbangan," katanya,

Pesawat berkenaan dikatakan membawa 138 penumpang dewasa, 16 anak-anak dan seorang bayi. - Kompas.com

#PrayForQZ8501 : Pesawat Airbus AirAsia DiKhabar Jatuh Di Perairan Belitung Timur



BANGKAPOS.COM, BELITUNG - Pesawat Airbus dikabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur, Bangka Beltung,. Namun belum dipastikan titik lokasi jatuhnya pesawat tersebut.

"Tadi Pak Danlanud telepon Bapak (Basuri), ngasi informasi ada pesawat air bus jatuh di sekitar perairan Beltim," ungkap Yuhinu, ajudan Bupati Beltim Basuri T Purnama, saat menghubungi bangkapos.com,

Terpisah Kasat Polair Beltim AKP Yanto mengatakan, informasi yang diperoleh dari direktorat polair Babel, perkiraan lokasi perairan Babel. Namun masih dipastikan lokasi pesawat jatuh.

"Kita masih koordinasi dengan direktorat dan mengumpulkan informasi dari nelayan maupun kapal yang melintas perairan Beltim," ungkap AKP Yanto saat dihubungi bangkapos.com

Thursday, 10 April 2014

MELAMPAU !!! AIR ASIA JANGAN ANGKUH DAN BIADAP !!! @tonyfernandes @NajibRazak


Aku harap kerajaan terus dengan keputusan untuk menamatkan operasi LCCT pada 9 mei ini mengikut jadual yang ditetapkan , sudah banyak kali Kerajaan beralah dengan Air Asia ni. Sampai bila kerajaan nak tunduk !! 

Asia dikatakan tidak akan berpindah ke KLIA2 walapun selepas tarikh 9 mei ini . Ini menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar mereka terhadap Kerajaan. KLIA2 dibina dengan kos 4 billion bukannya sikit duit , dan hampir keseluruhan operasinya untuk Air Asia tetapi sikap tak kenang budi mereka ni dah makin melampau !!!

Berapa banyak lagi masa yang diperlukan Air Asia untuk berpindah ke KLIA 2 ??? Apa lagi mereka mahu ??? Apa lagi yang mereka mahu tekan kerajaan !!! 

Kerajaan akan memindahkan agensi Kastam dan Imigresen dari LCCT ke KLIA2 dan jika mereka tetap berdegil biar mereka teruskan niat busuk mereka tu !!! 

Sebagai rakyat aku dah naik menyampah tengok AIR ASIA menekan dan terus menekan kerajaan supaya mengikut arahan mereka !! Kali ini aku harap kerajaan terus bertegas dan jangan berlembut lagi dengan mereka !!! 

Wednesday, 26 March 2014

TERBAIK !!! JURUTERBANG GILA AIR ASIA DIGANTUNG TUGAS KERANA BIADAP MENGENAI MH370 !!! TERIMA KASIH AIR ASIA !! #AIRASIA


Seorang juruterbang syarikat penerbangan AirAsia digantung tugas kerana didakwa mengkritik pengumuman kerajaan berhubung pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi menggunakan laman sosial.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata, tindakah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas juruterbang berkenaan.

“Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook,” katanya menerusi akaun Twitternya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Rani Osman dalam Twitternya berkata, juruterbang itu melanggar “arahan khusus” iaitu tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangan AirAsia membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan pihak lain, tegas beliau.

Mynewshub.my semalam melaporkan, seorang individu dipercayai juruterbang syarikat penerbangan Air Asia X mengkritik langkah-langkah kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370.

Berikutan kenyataan juruterbang itu melalui Facebook:

(*Mencarut* … betulkah sudah ada bukti konkrit yang MH370 dah terhempas?! Adalah tidak betul untuk membuat andaian jika tiada bukti yang mengesahkannya!! Serpihan tu belum dibuktikan lagi daripada pesawat! Tunjukkan bukti pada kami MH370 dah terhempas. Selagi itu, berhenti sembunyikan fakta! Orang buta pun boleh nampak banyak perkara yang kerajaan tahu tapi tak nak dedahkan!!) – mynewshub.my

APJ : TERIMA KASIH AIR ASIA DAN MOHON TINDAKKAN TEGAS ATAU KAMI AKAN TERUS MEMBANTAH DAN MEMBOIKOT AIR ASIA !!! 

Tuesday, 25 March 2014

TERGEMPAR #MH370 : PILOT GILA AIR ASIA TERLIBAT KES PESAWAT MH370 TERHEMPAS ??? APA KES NI AIR ASIA ??? SETAN !!!!



BIDAMAN : Hari ni penulis ternampak gambar yang di 'share' dalam timeline seorang sahabat Facebook tentang keceluparan seorang individu yang menggunakan akaun FB dengan nama Krish Jajendira menuduh kerajaan menyembunyikan fakta mengenai kehilangan pesawat MH370 . Pelik dengan sikap sesetengah orang ni bila memandai buat andaian kononnya kerajaan sembunyikan fakta . Macam mana nak sembunyikan fakta sedangkan yang terlibat dalam operasi Search and Rescue (SAR) ni melibatkan banyak negara . Apa yang ditulis beliau benar-benar menyakitkan hati, di kala orang bertungkus lumus membuat misi pencarian, beliau dengan selamba menyalahgunakan media sosial memaki hamun usaha yang dilakukan kerajaan.




Penulis petik apa yang ditulis beliau itu disini ;

"For fuck's sake la .. is there any concrete proof that MH370 has indeed crashed ? It's not right to simply assume when you have no evidence to back up your claims !!

Supposed debris that isn't confirmed to be from the plane yet ! Show us the proof then tell us the MH370 has crashed. Till then , stop hiding facts ! It's still obvious to even a blind man that there is ton of info the gov definitely knows and isn't sharing yet"




Samada benar atau tidak kerajaan menyembunyikan maklumat berkenaan pencarian pesawat ini ia adalah bukan satu isu . Sekiranya ada maklumat yang disembunyikan mungkin ia berasaskan alasan2 yang konkrit . Contohnya seorang perompak yang ada tebusan meminta polis tidak menyebarkan kejadian rompakan itu atau tebusan akan dibunuh . Jadi patutkah polis sebarkan maklumat rompakan itu kepada umum ?

Berbalik kepada isu kehilangan MH370 , ia melibatkan pencarian terbesar dalam sejarah dunia dan banyak negara terlibat . Untuk menyembunyikan sesuatu penemuan yang besar itu terutama di waktu sekarang di mana teknologi penyebaran maklumat pesat berkembang adalah sesuatu yang mustahil . Kalau ada pun yang disembunyikan pasti akan ada kebocoran maklumat sedikit sebanyak . Tengok saja sejarah Wikileaks , sesuatu perkara yang cuba disembunyikan pada zaman sekarang adalah agak sukar dengan kewujudan internet bilamana si pemberi maklumat diberikan 'topeng' untuk merahsiakan identiti.

Apa pun tujuan sebenar artikel ni ditulis bukan lah nak berceloteh panjang lebar mengenai ketelusan kerajaan dalam menyampaikan fakta berkenaan MH370 , tetapi lebih kepada untuk memperkenalkan kepada umum individu yang sesedap hati memaki dan memperlekehkan usaha kerajaan dan negara2 lain yang terlibat dalam SAR MH370 dengan harapan mereka yang kenal individu ni boleh tolong bagi nasihat sikit. Dalam beberapa gambar beliau , tertera tag leher yang tertera logo AirAsia . Mungkin beliau bekerja dengan syarikat penerbangan itu . Penulis tak pasti tapi nampaknya ramai yang 'speculate' di adalah pilot Air Asia . Kalau benar Tony Fernandes kena bagi nasihat sikit, kalau dibiarkan mulut akan jadi makin celupar.

Friday, 12 July 2013

PANAS !!! KERAJAAN MALAYSIA BAKAL TERJERAT DENGAN 'BUAYA BESAR' AIR ASIA ?? @NajibRazak


Apj terkejut dengan kenyataan dari Timbalan Menteri Pengangkutan semalam di Dewan Rakyat yang mengakui bahawa Air Asia diberi layanan seperti Anak Emas oleh Kerajaan sehingga kos pembinaan Lapangan Terbang Tambang Murah KLIA2 meningkat kepada RM 4 bilion berbanding 2 bilion sebelum ini..

Peningkatan itu disebabkan sikap tamak dan gelojoh Air Asia mahu pelbagai kemudahan yang sedia ada ditambah ketahap maksimum..

Lebih menghairankan, kerajaan tidak membantah dengan permintaan melampau AirAsia, sebaliknya mengikut segala kehendak mereka..

Apa yang istimewa sangat Air Asia ni sampai Kerajaan perlu tunduk dengan desakkan Air Asia?

Kalau kos pembinaan dah meningkat kepada 4 bilion, itu bukan lagi lapangan terbang tambang murah, tapi dah setaraf lapangan mahal didunia...

Peningkatan kos pembinaan lapangan terbang tambang murah KLIA2 kepada RM4 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini, antaranya untuk memenuhi permintaan syarikat tambang murah AirAsia, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata AirAsia sebagai operator terbesar KLIA2 antara lain meminta penambahan keluasan dan peningkatan infrastruktur termasuk memanjang dan melebarkan landasan, menambah bilangan pintu ketibaan dan pelepasan, pengendalian bagasi automatik selain diadakan ‘premium airport lounge’.

Syarikat itu juga mahu hotel miliknya iaitu Tune Hotel dan ibu pejabatnya didirikan di dalam kawasan lapangan terbang itu.

“Banyak perkara yang kita tampung permintaan daripada AirAsia yang saya kira macam ‘anak emas’ untuk tingkatkan spesifikasi (di lapangan terbang itu), dan ini menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan.

“Permintaan AirAsia itu perlu diambil kira kerana ia berdasarkan keperluan baru yang wujud selain perkembangan drastik industri penerbangan negara,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, Rabu.

Abdul Aziz berkata antara penambahbaikan telah dibuat termasuk memanjangkan landasan daripada 2.5km ke 4.4km dan dilebarkan kepada 2.2km, bertujuan menampung pesawat yang lebih besar seperti Airbus A380.

Ia juga melibatkan penambahan keluasan terminal daripada 150,000 meter persegi kepada 250,000 meter persegi dan jumlah pintu pelepasan dan ketibaan kepada 68 berbanding 55 dalam perancangan asal.

Penambahbaikan itu juga bertujuan untuk menampung pertambahan kapasiti penumpang kepada 45 juta setahun.
Jawapan Abdul Aziz menyebabkan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangkit mempersoalkan apakah kelebihan AirAsia sehingga diberi pelbagai keistimewaan.

“Kenapa kerajaan asyik layan AirAsia, siapa AirAsia sehingga perlu diberi keistimewaan begitu?” soalnya.

Menjawab soalan Bung Moktar, Abdul Aziz berkata kebanyakan permintaan syarikat itu dipenuhi kerana ia berdasarkan ‘commercial logic’ dan sebagai operator terbesar, pandangan syarikat itu harus diambil kira. Kepada jawapan itu Bung Moktar sekali lagi mencelah: “Bukan kerana dia buaya besar?” katanya yang mencetuskan ketawa anggota Parlimen lain.

Terdahulu Abdul Aziz berkata kos pembinaan KLIA2 masih dianggap termurah berbanding di negara-negara lain kerana ia hanya melibatkan RM89 bagi setiap penumpang.

“Di Jerman, kos pembinaan bagi setiap penumpang ialah pada kadar RM478 dan melibatkan pembinaan selama enam tahun walaupun kapasiti terminalnya sama dengan KLIA2.

“Begitu juga pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang melibatkan kos RM2,143 (seorang penumpang) dan Lapangan Terbang Changi, di Singapura membabitkan RM2,906 bagi seorang penumpang. Jadi dalam banyak-banyak pembinaan lapangan terbang di dunia, terminal KLIA2 antara yang termurah dan paling cepat dibina setakat ini,” katanya.

Apj setuju dengan apa yang dicakap oleh Bung Moktar , dah memang 'buaya besar' yang menelan apa saja bahkan sentiasa berfikir dialah paling berkuasa dan hebat. Orang lain perlu dengar cakap dia. 

Apj tidak mahu Kerajaan terbelit dengan tingkah laku Air Asia ni , jangan sampai bila dah jadi sesuatu nanti baru nak menyesal kerana selalu bagi lembu dan kerbau untuk 'buaya besar' ni makan , ayampun dah tak lalu nanti , asyik nak lembu dan kerbau saja. 


Wednesday, 3 July 2013

GEMPAR !!!! BUNG TIBAI CEO AIR ASIA X !!!! HAMIK KAW !!!!!



Anggota Parlimen BN menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X CEO Azran Osman Rani berhijrah ke negara pilihannya ekoran kritikannya terhadap Utusan Malaysia yang dikaitkan dengan laporan perkauman selepas pilihan raya umum.

Bercakap ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, orang seperti Azran tidak layak berada di negara ini dan patut berhijrah ke negara lain.

Bagaimanapun, speaker Pandikar Amin Mulia mencelah dan berkata, tidak perlu mengkritik seseorang yang tidak boleh menjawab balik.

Beliau menegur supaya anggota Parlimen itu tidak menyalahgunakan kelebihan sebagai wakil rakyat untuk bercakap apa sahaja dan beliau mengingatkan supaya membahaskan isu berkaitan sahaja.

Bagaimanapun, Bung Mokhtar terus mengkritik Azran dengan menggelarnya "Melayu biadab" ketika bertukar hujah dengan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Friday, 31 May 2013

TUDIAA MAI DAH !!! MALINDO AIR RANCANG TERBANG 6 JAM DENGAN 787-8

Malindo Air

MALINDO Air bersedia melakukan penerbangan ke Timur tengah, Asia Utara dan selatan Australia pada 2015 selepas menerima serahan tiga hingga lima pesawat penumpang Boeing 787-8 Dreamliner dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu sedang merancang menggunakan pesawat baharu pada laluan sejauh enam jam dan sedang mengkaji penerbangan ke tiga kawasan.

Katanya Malindo Air sedang menunggu pengesahan bertulis dari prinsipalnya, PT Lion Grup dari Indonesia, mengenai bilangan jet yang akan diberi bagi kegunaannya.

"Kami meminta lima pesawat. Pada peringkat awal, kami mungkin menerima tiga dan dua lagi akan diterima dari Batik Air," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pejabat tiketnya di Terminal SkyPark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner -- yang mempunyai dua lorong dan berbadan lebar -- dikatakan berharga US$200 juta setiap satu.

Batik Air, yang juga anak syarikat Lion Grup, kini terbang pada laluan domestik Indonesia.

Mengenai sama ada Malindo Air prihatin terhadap laporan mengenai isu enjin Dreamliner, Chandran berkata ia terpulang kepada Boeing untuk menyelesaikannya.

"Kami pasti Boeing boleh menyelesaikannya. Kami berkeyakinan terhadap mereka," katanya.

Chandran berkata cadangan penerbangan keluar laluan pada 2015 itu akan dilakukan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya syarikat penerbangan itu juga akan mengkaji kemungkinan menggunakan pesawat B787-8 Dreamliner ke utara China menggunakan Kota Kinabalu sebagai satu hab.

Chandran berkata syarikat penerbangan itu merancang mengembangkan rangkaiannya di dalam tiga fasa -- iaitu domestik, laluan penerbangan berjejari lima jam dan jarak laluan sederhana yang dijangka mempunyai jarak jejari lapan hingga sembilan jam.

"Kami kini berada pada fasa pertama. Kami ingin memastikan kehadiran kukuh di dalam negara. Kami akan terbang pada kesemua laluan di Semenanjung Malaysia dari Lapangan Terbang Subang pada fasa pertama.

"Adalah diharapkan kami akan memasuki fasa kedua pada separuh kedua tahun ini. Saya juga ingin mengulangi bahawa kami tidak akan terbang pada laluan jarak jauh," katanya. - Bernama

Thursday, 30 May 2013

PANAS !!!! HANG NAK PUSING APA LAGI RAFIDAH AIR ASIA Oiiii !!!! CHOIII !!!!


Akhirnya Taikun terbesar dalam Air Asia X , Kak Dah berbunyi jugak , setelah sekian lama membisu dengan beberapa isu melibatkan Air Asia dan CEO KEPARATNYA itu iaitu Azran . Sebelum APJ sambung cerita lebih , ni sedikit coretan kata-kata Kak Dah tu .. 

Rafidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno berkata, apa yang dinyatakan oleh Azran hanya pandangan peribadinya semata-mata, tiada kaitan dengan syarikat.

"Tentu sekali kita perlu bezakan antara pendapat dan kenyataan syarikat dengan kenyataan peribadi dalam media sosial," katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Wanita Umno menerusi kenyataan Penolong Setiausahanya, Datuk Rosni Sohar mendesak Rafidah menjelaskan pendiriannya sebagai bekas pemimpin Umno dan juga anggota Kabinet berhubung tindakan Azran.

Syarikat penerbangan itu juga diminta supaya tidak melupai jasa baik kerajaan yang ditunjangi Umno sebagai parti orang Melayu yang telah banyak membantu AirAsia mengembangkan perniagaannya hingga sampai ke tahap di mana ia berada sekarang.

Bagaimanapun kata Rafidah, semua pihak perlu memahami hakikat untuk membezakan pandangan peribadi (Azran) dengan kenyataan syarikat.

"Ini termasuk mereka yang telah membuat pelbagai komen berhubung isu ini," katanya. 

Ha nampak tak apa yang si Kak Dah nih kata , pandangan peribadi si botak bahalol tu katanya , jap aku nak tuihhhh 10 x kat Hang Kak Dah oiii !!! Hang tak baca atau tengok ka apa jadi , apa yang si botak tu tulis kat twitter dan fb bodoh dia tu ?? 

Ni kat bawah aku copy sikit apa yang si Botak hang tu kata !!! 

Azran secara terbuka menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, beliau turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan Air Asia di Utusan Malaysia.


Ha tudiaaa !! Kalau tak reti baca lagi aku tak tau la macam mana nak habaq kat hang lagi Kak Dah oii !!! Sudahlah Kak Dah ... Kalau peribadi Botak tu takkan dia boleh tulis 'PIHAKNYA MENARIK BALIK IKLAN AIR ASIA DI UTUSAN MALAYSIA ' !!! huhh !!! hang paham ka dia tulis apa Kak Dah oiii !!! hang tak reti baca ka !!!!  

Nak Bela botak nipun agak-agakla !! Sudah la perabis duit rakyat dulu !! cehhh !!! terungkit pulak hal lama !!! choiiii !!!! 


Tuesday, 21 May 2013

TUDIAA !!!! SYARIKAT MALAYSIA BAWA PULANG KANAK-KANAK CACAT DAN IBUNYA KE MALAYSIA SETELAH DITINGGALKAN AIR ASIA #SayNoToAirasia


KEJADIAN ITU DISINI

MAS Jadi Penyelamat 2 Beranak Yang Kandas Dihalang Pulang Oleh Air Asia

KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia (MAS) memberi layanan di luar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang dari Vietnam seorang rakyat negara ini bersama bayi perempuan berusia 14 bulan, yang dihalang menaiki pesawat tambang murah.

Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan Mariam Sofea Mohd Reza dihalang menaiki pesawat tambang murah itu di Lapangan Terbang Ho Chi Minh pada Sabtu malam selepas bayi perempuan berkenaan disyaki mempunyai simptom penyakit berjangkit.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata petugas MAS membawa Mariam Sofea berjumpa seorang doktor kerana langkah itu adalah prosedur standard untuk semua penumpang yang memiliki simptom penyakit berjangkit bagi memperoleh sijil layak menaiki pesawat.

Ini bagi memastikan tidak ada penumpang yang mendatangkan risiko kesihatan kepada penumpang lain, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata doktor kemudian mengesahkan bayi itu tidak lagi dijangkiti dan sudah melepasi tempoh inkubasi manakala bintik hitam di tubuh Mariam Sofea sebenarnya keruping.

“Sejurus selepas itu, MAS membantu menyediakan dokumen perjalanan untuk Izan, Maryam Sofea dan dua lagi saudara mereka. Mereka ditempah untuk penerbangan MH759 yang berlepas dari Ho Chi Minh semalam agar tidak perlu lagi bermalam di sana sekali gus terpaksa berbelanja lebih,” katanya.

Ahmad Jauhari berkata petugas MAS dari Saigon turut menghantar keluarga itu ke lapangan terbang dari hotel mereka, dan apabila tiba di lapangan terbang, pasukan perkhidmatan di situ sudah bersedia dengan semua dokumentasi yang diperlukan bagi memastikan daftar masuk pantas.

“Seorang petugas diarah mengiringi keluarga itu bagi pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Ini penting kerana terdapat persoalan berhubung cop dalam pasport mereka berikutan insiden hari sebelumnya,” katanya.

Izan dan keluarganya berjaya menaiki penerbangan MH759 dan berlepas dari Saigon ke tanah air pada 4.40 petang.

Ahmad Jauhari berkata pihaknya gembira pasukan petugas MAS di Saigon memberi layanan mesra 100 peratus ala Malaysia dalam situasi ini.

Beliau berkata keupayaan pasukan itu bertindak di luar tugas mereka perlu dipuji, dan turut membanggakan mereka tidak melanggar mana-mana peraturan dalam prosedur standard.

“Saya secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dalam kes ini,” katanya.

Penerbangan MAS berlepas ke bandaraya Ho Chi Minh tiga kali sehari. - BERNAMA


Monday, 20 May 2013

OP CELAKA !!!! KANAK-KANAK CACAT JADI MANGSA SETAN AIR ASIA !!! #SayNoToAirasia

Kira-kira jam 8.45 malam tadi, mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri oleh kakitangan lelaki Air Asia. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam ( 10 malam waktu Malaysia ).





Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan soalan.


"Ada masalah apa puan?"



"Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat kerana dia demam campak. Kami sekeluarga, dua belas orang, datang ke Ho Chi Minh pada hari Rabu lalu. Kami memang ada membawa bekalan ubat demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam lagi," ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.


"The mother and the baby had to stay here for five days. They cannot board the aircraft," arah kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.


Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.




Menurut ahli keluarga Izan, semua beg pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat. Setelah bercuti selama empat hari, kandungan beg bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam sukar dipisahkan.


Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.


Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu.


"So, all twelve had to stay then ," balasnya.


"I understand the situation, law is a law but don't forget, these are human beings not dogs or cats. If she were going to stay here for another five days, she and the baby need cloth to wear. Please refer this matter to your superior again before making further decision," balas saya.


Tidak lama kemudian, muncul seorang penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perubatan ( medical doctor ) datang menghampiri dan menyentuh tubuh Maryam.



"Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh," ujar doktor terbabit.
Namun kenyataan beliau tidak dihiraukan oleh petugas di situ.


Beberapa minit kemudian tampil pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah ketiak bayi itu sebanyak dua kali.




"Apabila kita bertanya, berapakah suhu badan Maryam, dia membisu," ujar kakak Izan, Norhamiza.




Saya perhatikan, airmata jernih mula bergenang di bawah dua kelopak mata Izan sambil dia terus mendakap erat anaknya mengalami sindrom down.


Barangkali dia bak tidak mampu mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.


Keputusan muktamat telah dibuat oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang lain.


"The captain doesn't allow this baby on board," ujar pegawai sama kepada kami.


Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak membawa baki wang tunai tatkala pulang ke Malaysia.


Di saat perpisahan hampir menjenguk, Izan dipeluk erat oleh ahli keluarganya. Mereka juga tidak berupaya menahan deraian airmata tumpah di pipi.




"Ibu ini diarahkan untuk tinggal bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak mempunyaii wang tunai mencukupi. Kalau hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan," kata saya spontan kepada semua penumpang sedang beratur untuk menaiki pesawat.


Tidak semena-mena, warga Malaysia pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa, tanpa berfikir panang, mengeluarkan matawang pelbagai jenis dari poket serta beg duit mereka dan pantas menghulurkan kepada Izan.





Hebat sungguh warga Malaysia. Memori sebegitu bakal terus terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung badan.


Saya berasa amat kagum.


Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga, fakta itu diketepikan. Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan sejumlah wang kepada Izan, berdiri dielevator.




Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya keluar daripada kawasan itu.




Sebelum beredar, Izan sempat dipeluk oleh beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan wang tunai.




Saya berasa amat terharu menyaksikan detik memilukan itu tetapi gagal untuk tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit.


Andai kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes tiba-tiba berkebetulan muncul di lokasi itu, pasti saya tidak segan untuk merayu ...



"Tan Sri, tolong hulurkanlah sedikit bantuan. Mungkin kakitangan Air Asia boleh mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna perkhidmatan syarikat Tan Sri itu juga BUKAN orang kaya dan ternama seperti Tan Sri. Apapun, hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang untuk pulang. Jika penumpang tidak mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula Tan Sri, individu tersohor di mata rakyat Malaysia"


Malangnya saya tidak berpeluang bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala beliau diperlukan.


Saya bukan Richard Branson and I don't wear skirt.





Lupakan Tony tetapi saya berharap selepas membaca entri ini, beliau dan kakitangan Air Asia akan mengambil tindakan segera menangani kesengaraaan bakal ditempuh penumpang malang pesawat Air Asia terbabit.
Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan and Maryam are humans.


Sekitar jam 9.30 malam, kami semua hanya mampu menjadi penonton ketika ibu dan anak itu diarahkan keluar dari pintu 18, lapangan terbang.




Pesawat AK 1455 terbang pada kira-kira jam 10 malam waktu Vietnam, terlewat kira-kira sejam berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN, tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.




Sebaik menaiki pesawat, saya menceritakan butiran kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu utama pesawat. Melihat reaksi wajahnya gadis berpakaian serba merah itu, saya dapat menjangkakan kes itu terlalu asing bagi dirinya.


"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu," pinta saya.


Setelah menjamah nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi.


"Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata gadis tinggi lampai itu.


"Adakah kapten mengetahui kejadian itu? Kerana ground staff tadi memaklumkan saya dan keluarga Izan, kapten tidak membenarkan Mariam menaiki pesawat," soal saya.




"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan," akui Kasturi.


Kapten bertugas, Ariffin Bakar.


Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat ternyata membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera di hospital di Ho Chi Minh terlebih dahulu.


Sewaktu tiba di LCCT, saya mendapatkan berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.
"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan.



"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon, Izan berkata, kakitangan Air Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen teksi dan berkata, I am sorry. Izan kemudian terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May Flower Hotel, tempat kami menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60 semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama Izan ke Vietnam," tambah Norhamiza.


"Jadi tidak benarlah kenyataan mereka kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?," tanya saya kepada ahli perniagaan itu.


"Tidak," balasnya ringkas.



"Apakah pesanan puan kepada Air Asia?," soal saya.


"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam membawa penyakit, sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam," luah Norhamiza, kecewa.



Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi untuk Maryam melakukan pemeriksaan darah di hospital di Vietnam? Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?



APJ : AKU BOIKOT SELURUH KETURUNAN AIR ASIA SYAITAN 






POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...