sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KUALA MUDA. Show all posts
Showing posts with label KUALA MUDA. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

ISU AIR KEDAH !!! GUAN ENG KENA FAHAM KONSEP MENANG-MENANG !! JUMPA BINCANG !!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir @cmlimguaneng

Mukhriz temui Guan Eng bincang caj air mentah



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membincangkan caj penjualan air mentah dari negeri ini kepada Pulau Pinang.

Beliau berkata ini susulan Lim dilaporkan meminta untuk mengadakan perbincangan namun belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Mukhriz berkata Lim telah salah faham mengenai tuntutan kerajaan negeri Kedah itu kerana tuntutan itu lebih bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak.

"Itu yang kita hendak sampaikan kepada Guan Eng namun belum sempat kita nak cakap apa-apa dia dah tolak. Sebagai negeri berjiran banyak perkara kita boleh saling bantu membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 280 Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung kawasan Parlimen Jerlun pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga, Tunjang dekat sini, malam tadi.

Mukhriz berkata perbincangan peringkat pegawai antara kedua-dua kerajaan telah dibuat dan boleh diteruskan pada peringkat kerajaan.

Lim sejak awal lagi menegaskan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membayar caj air mentah yang dituntut oleh Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa Pulau Pinang tidak perlu membayar sesenpun kepada Kedah.

Kedah membuat tuntutan untuk mengenakan caj tersebut atas alasan air yang dibekalkan adalah melalui Sungai Muda dan wang yang dikutip akan digunakan bagi menampung kos pemuliharaan kawasan tadahan air di kawasan Empangan Pedu. - Bernama

Apj : guan eng jangan sombong , kedah pelihara kebersihan air untuk bagi air bersih pada Penang , kos tu guna duit bukan guna kertas atau daun !!

Wednesday, 19 December 2012

TERKINI : GAMBAR ANTARA MEREKA YANG PARAH AKIBAT 'RUSUHAN KAUM ?? PDRM JAWAB !!!

'
Ni antara gambar-gambar yang dikatakan mangsa kejadian rusuhan kaum di Sungai Petani . 





blog Labi- Labi telah mengeluarkan entri berkaitan isu berkenaan.


Sebelum kita berprasangka yang bukan- bukan terhadap penganut agama lain, seharusnya diingat bahawa perlakuan yang ditampilkan sebahagian individu ini bukanlah mewakili keseluruhan mereka.

Ikuti artikel yang dikeluarkan blog tersebut;

Kejadian pergaduhan teruk antara golongan Pelampau India daripada Geng 35 dengan orang Melayu Islam di Sungai Petani. Khabarnya Geng 35 telah mengugut untuk membakar masjid dan surau. Beberap aanggota polis Melayu telah dibelasah oleh anggota Geng 35. Perintah darurat telah dikeluarkan oleh Polis dan FRU di kawasan tersebut. Mohon bersatu! Umat Islam digesa jangan bertindak terburu-buru, dan mengikut arahan polis agar peristiwa buruk tidak berlaku.

Kat bawah ni antara berita yang tersebar ..



Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan 
kes serangan kongsi gelap india 35 melakukan serangan perkauman 
di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap kaum melayu & ancaman 
serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik 
Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04-
4222222..Jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar 
khabar angin.Kekalkan perpaduan antara kaum

APJ : PIHAK PDRM TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN MEDIA SEPERTI DI SINI

TERKINI : PERGADUHAN DI DAERAH KUALA MUDA , PDRM BERI KENYATAAN MEDIA !!!


PERHATIAN :
PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) ,

MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .
PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA .

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...