sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SUNGAI PETANI. Show all posts
Showing posts with label SUNGAI PETANI. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

Friday, 16 August 2013

Wednesday, 10 July 2013

TUDIAA !!!! BARU BERAPA BULAN MENTADBIR KEDAH , DAH MACAM-MACAM PELABURAN YANG DIBAWA MASUK !! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah



Al-Rajhi rancak pembangunan Kedah

Sungai Petani: Al-Rajhi Bank (Al-Rajhi) berkeyakinan kehadiran institusi kewangan terkemuka dari Arab Saudi berkenaan di negara ini terutama di Kedah mampu membantu merancakkan pembangunan di negeri ini melalui beberapa produk perbankan yang diperkenalkan.

Malah, kehadiran Al Rajhi juga diharap dapat merapatkan hubungan antara negeri ini dengan negara Timur Tengah yang dilihat banyak membuka peluang pelaburan dan perniagaan kepada usahawan bukan sahaja di Kedah, malah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azrulnizam Abdul Aziz berkata, Al Rajhi menawarkan pelbagai produk peruncitan dan borong yang direka khas untuk keperluan masyarakat dari individu bawahan sehinggalah kepada golongan mewah, jemaah haji serta pekerja warga asing.

Katanya, bank berkenaan turut menawarkan produk kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan juga syarikat korporat multinasional, selain Al Rajhi juga terkenal di kalangan jemaah yang mengerjakan haji dan umrah di Makkah dan Madinah.

“Sejak dibuka di negara ini pada 2007, Al Rajhi Bank kini mempunyai 24 cawangan di seluruh negara termasuk di Sungai Petani serta Sabah dan Sarawak. Bank ini turut memasang sebanyak 102 mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta mempunyai seramai 170,000 pelanggan.

“Sebagai bank Islam terbesar dengan 700 cawangan dan 3,100 cawangan ATM seluruh dunia, Al Rajhi Bank berusaha memperkenalkan pelbagai produk 100 peratus berlandaskan syariah bagi memenuhi keperluan pelanggan di negara ini.

“Malah, kejayaan bank ini melalui sistem perbankan Islam di Malaysia juga merintis jalan kepada pengurusan Al Rajhi Bank untuk membuka cawangan di Jordan dan Kuwait,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian cawangan Al Rajhi Bank ke-24 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir di Lagenda Height, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mukhriz turut melancarkan kad Hijrah Priority yang ditawarkan kepada pemegang akaun dan juga pelangan berpendapatan RM3,500 sebulan selain penyerahan sumbangan Pegawai Penyelaras Masjid Kuala Muda Ahmad Nizam Ariffin sempena Ramadan.

mymetro 

Apj : Baru berapa bulan memerintah dan mentadbir Kedah , dah macam-macam yang dibawa masuk pelaburan diKedah, Tahniah Mb Kedah 

Wednesday, 19 December 2012

TERKINI : GAMBAR ANTARA MEREKA YANG PARAH AKIBAT 'RUSUHAN KAUM ?? PDRM JAWAB !!!

'
Ni antara gambar-gambar yang dikatakan mangsa kejadian rusuhan kaum di Sungai Petani . 





blog Labi- Labi telah mengeluarkan entri berkaitan isu berkenaan.


Sebelum kita berprasangka yang bukan- bukan terhadap penganut agama lain, seharusnya diingat bahawa perlakuan yang ditampilkan sebahagian individu ini bukanlah mewakili keseluruhan mereka.

Ikuti artikel yang dikeluarkan blog tersebut;

Kejadian pergaduhan teruk antara golongan Pelampau India daripada Geng 35 dengan orang Melayu Islam di Sungai Petani. Khabarnya Geng 35 telah mengugut untuk membakar masjid dan surau. Beberap aanggota polis Melayu telah dibelasah oleh anggota Geng 35. Perintah darurat telah dikeluarkan oleh Polis dan FRU di kawasan tersebut. Mohon bersatu! Umat Islam digesa jangan bertindak terburu-buru, dan mengikut arahan polis agar peristiwa buruk tidak berlaku.

Kat bawah ni antara berita yang tersebar ..



Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan 
kes serangan kongsi gelap india 35 melakukan serangan perkauman 
di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap kaum melayu & ancaman 
serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik 
Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04-
4222222..Jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar 
khabar angin.Kekalkan perpaduan antara kaum

APJ : PIHAK PDRM TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN MEDIA SEPERTI DI SINI

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...