sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MAH SIEW KEONG. Show all posts
Showing posts with label MAH SIEW KEONG. Show all posts

Saturday, 31 May 2014

AHLI KABINET : INI BUKAN POLITIK MURAHAN SEPERTI DAP



Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh untuk menjadikan Presiden Gerakan Datuk mah Siew Keong sebagai menteri sekiranya beliau menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, esok.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, rakyat Teluk Intan seharusnya melihat tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tawaran positif ekoran kawasan tersebut bakal ditadbir oleh menteri kabinet.

"Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai lantikan Siew Keong sebagai menteri merupakan perkara yang perlu diterima baik oleh pengundi dan tidak disalah tafsir kononnya ianya hanya merupakan gimik politik.




"Saya yakin beliau memang akan dilantik sekiranya menang pada PRK ini kerana sebelum ini memang pernah ada Menteri Kabinet yang dilantik daripada Parti Gerakan cuma ketika ini tiada ahli Gerakan yang menduduki kerusi Parlimen," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Program Ramah Mesra bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) India di Rumah Rehat Teluk Intan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin menjelaskan, sekiranya Siew Keong menang pada PRK Teluk Intan seterusnya dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri, ianya akan memberikan faedah yang cukup besar kepada penduduk di kawasan itu.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...